Selepas selesai merumput di Petak F minggu lepas (related posting klik sini), takkan nak biarkan kosong pulakan. Jadi curi-curi masa lagi menyelit pokok-pokok tumbuhan jenis berubi atau rizom tanam di situ. Hujung tahun ini lebih banyak fokus tanam makanan jenis berubi atau rizom tak perlu nak risau hasil kena ngap ngap dengan avian sangat. Dah banyak binatang perliharaan berlegar-legar di belakang waktu siang nak kena tukar cara berkebun nanti satu hasil pun tak dapat. Lagipun masih terdapat pelbagai jenis ubi-ubi yang sesuai ditanam di dalam iklim tropika ini untuk dipelajari dalam diri Tukang Kebun yang masih kurang ilmu pengetahuan ini.
Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Awin di Petak Hijau buat pertama kalinya dapatlah kami rasa makan fresh ubi sagu larut buat untuk makan tengahari pada Diwali tahun ini. Rebus ubi sagu larut makan panas-panas dengan yakiniku (daging panggang/bakar) versi Japanese suami buat. Kebetulan lepas baru selesai tuai dan tanam pokoknya semula hujan dah mula turun. Berlari-lari masuk ke rumah terus masak untuk lunch. Terima kasih dekat Ilhan yang temankan Tukang Kebun di Petak F tolong ambil baju bila lihat awan yang hitam. Moga anak-anak rizom ubi sagu larut yang ditanam pada Diwali tahun ini akan tumbuh dengan jayanya dapatlah merasa lagi tahun depan. Manis ubinya. Ada juga yang dah tua tu silap Tukang Kebunnya tak tuai awal-awal. Itu sebab kena catat dalam posting ini bila ditanam untuk nota peringatan.
Kemudian ubi sago bemban pula dituai semua dari Petak F ini. Kemudian ditanam semula di belah lain dalam Petak F untuk crop rotation. Tempat yang ubi sago bemban dituai menjadi petak tempat ubi sago larut pula tumbuh. Bila check semula rasanya bulan November ini kebarangkalian dah boleh juga tuai ubi sago bemban yang ditanam di Petak A dan Petak B bulan March tahun ini (related posting klik sini). Jika dituai semuanya rasa tak termakan jadi minggu ini Tukang Kebun offer untuk yang teringin nak makan atau buat ubat dengan ubi sago bemban (boleh dipos).
~ Organik Ubi Sago Bemban 200gram for RM7.00 ~
~ 1 pot for RM7.00 pokok ubi sago bemban ~
Selain dari pokok mulberry yang juga hidup bersama dalam Petak F ini ialah pokok sayur manis atau asin-asin. Pokoknya baru dicantas jadi baru naik pucuk-pucuk baru semula. Jika nak pokok sayur manis yang merimbun kena juga mencantas supaya ianya dikatakan 'branching' tumbuh dahan-dahan baru.
Gambar di bawah ini pokok sayur manis jadi dormant sekejap sebab kurang cahaya matahari terlindung oleh pokok liar bunga telang yang merimbun di atasya. Ini dah nampak bangun semula dengan terkeluarnya tunas-tunas baru. Minggu ini juga ada ready stok baru anak pokok sayur manis yang ditanam bukan melalui keratan tapi dari pembahagian pokok yang dah dewasa sudah mempunyai akar-akar yang panjang mudah hidup di kala musim kemarau. Bila pindahkan pastikan gali dalam ikut panjang akarnya ke dalam tanah, jadi bila kemarau akar pokoknya dah mampu nak hirup air yang terletak lebih jauh dalam tanah. Kalau dekat dengan tanah kan air mula-mula tersejat. Salah satu tips untuk mudah jaga pokok sayur manis tahan lama ketika kemarau jika tiada masa untuk menyiram kerap. Tukang Kebun seminggu sekali pun susah nak cari masa siram dekat Petak F masa musim kemarau.
Jika kita kerap menyiram akar-akar tumbuhan seperti sayur manis akan jadi manja, malas nak tumbuh akar dan hanya akarnya membesar dekat dengan paras aras atas tanah. Jika kita tak manjakan dengan air tapi amalkan deep watering katakan dalam 3 hari sekali menyiram dengan quantity air banyak. Akan memaksa tumbuhan ini akarnya bergerak jauh ke dalam tanah mencari air. Biasanya masa musim kemarau kita tengok macam takde pertumbuhan je pokok sayur manis ini. Tapi sebenarnya pokok sayur manis ini fokus kepada akarnya yang kita tak nampak menjalar lebih jauh ke dalam tanah mencari air. Tukang Kebun kalau gembur-gemburkan tanah di Petak F ini berselirat jumpa akarnya jauh ke dalam tanah. Kekadang yang terluka bila Tukang Kebun tarik dekat permukaan atas tanah boleh menjadikan tunas-tunas baru anak pokok sayur manis. Salah satu caranya juga untuk menghasilkan pokok-pokok baru sayur manis bukan sahaja dari biji benih ataupun keratan.
~ 1 pot anak pokok sayur manis/asin-asin RM5.00 ~
Selain dari itu Jumaat lepas ada juga menyelit anak-anak pokok kunyit di Petak F. Moga ayam tak makan tunas-tunas baru dari anak pokok kunyit yang baru timbul. Ayam ini suka tau pucuk-pucuk muda daun kunyit untuk snack dia.
Syukur Alhamdulillah lepas ambil Ilhan dari sekolah agama kelam kabut kami berdua menuai setandan pisang bantan. Dah beberapa ulas yang masak sudah menjadi santapan makhluk Allah yang bebas di belakang. Sebelum semuanya dah masak, bolehlah Tukang Kebun buat masak lemak cili api pisang muda bantan dengan ikan masin untuk lauk makan malam Jumaat lepas. Sementara nak tunggu Tukang Kebun tukar jadi Tukang Masak bolehlah jadi snack anak-anak yang mana pisangnya dah masak.
Diana...masak lemak pisang mantan ( panggilan kat tempat kak ) ni memang sedap ya, rasa gebu2 lemak...adui...terliur ni..
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala.
PadamKat utara panggil mantan ya.
yang masih hijau sebelum tukar kuning penuh. Sedapkan buat masak lemak.
Cantek nyer pisang bantan tu... sesedap masak lemak pisang juga....
BalasPadamBunda belom pernah beli dan mskan sayuran atau buahan organik... teringin jugak..
Salam Bunda Nora.
PadamPisang bantan saiz kecil-kecil je macam jari. Anak-anak suka makan.
Salam Sis Diana.
BalasPadamBetul tu nak meratah je.