Halaman

Isnin, 28 Disember 2015

Benih Jagung Pulut

    Beginilah rupa benih jagung pulut yang baru sahaja bercambah. Jika dalam keadaan begini masih lagi bagi ayam sedap dimakan dan begitu juga semut akan dibawa pergi jika tidak ditimbus dengan tanah dengan baik. Hujan yang lebat kadangkala benihnya yang telah disemai dalam tanah menyebabkan benih jagung tesebut timbul kelihatan. 
  Organ pembiakan jantan untuk jagung pulut sebelum dilepaskan debunganya untuk disenyawakan kepada organ pembiakan betina amat merah hati warnanya. Mirip kelihatan seperti kulit padi sebelum dibuka kantungnya menampakkan isi beras di dalam.
  Pokok jagung dan pokok padi juga mempunyai ikatan tali persaudaraan. Zaman dahulu untuk mempelbagaikan hasil semasa musim menanam padi, petani juga akan menanam jagung.
 Daun jagung pulut juga nampak berjalur-jalur. Agen pendebungaan bagi pokok jagung biasanya angin. Disebabkan itu ianya biasa ditanam di kawasan lapang supaya angin bertiup sepoi-sepoi dapat mendodoi pokoknya supaya debunga dapat hinggap ke organ pembiakan betina.
 Jika tiada angin sepoi-sepoi yang datang ketika musim pendebungaan pokoknya, bolehlah pada waktu awal pagi goyong-goyong perlahan pokoknya supaya debunga jantan dapat jatuh kepada rambut-rambut muda yang menawan baru sahaja keluar di sisi tangkai batang pokok jagung tersebut. Menarik juga bagi jagung pulut warna rambutnya walaupun masih muda sudah kelihatan berwarna merah hati yang biasanya jagung-jagung jenis lain berwarna keputihan.

 Jika yang nak melancong atau bekerja macam tak sempat nak tuai jagungnya tunggu hingga masak, pada saiz begini boleh juga nak tuai jagungnya sebagai baby corn. Atau disebabkan cuaca yang dahsyat macam ribut menyebabkan batang-batangnya patah dan buah masih membesar muda boleh juga tuai sebagai baby corn. Ataupun banyak buah jagung-jagung yang keluar dari sisi tangkai, jika nak buah jagung yang besar biasanya petani tinggalkan 1~2 tongkol sahaja di pokok. Jadi yang lain boleh isinya dibuat sayur.

More info about babycorn klik sini.
  Jagung pulut seperti jagung baby blue jade (related posting klik sini), jika nak makan sebagai jagung rebus kena tuai sebelum menjadi begitu tua. Sebelum isi jagungnya bertukar ke warna kekuningan gelap. Tuai masa isinya masih berwarna keputihan atau kuning cair. Cara nak tahu masa sesuai untuk dituai sebagai jagung rebus ialah bila kita picit isinya air berwarna susu bukan warna air yang jernih.

  Fresh biji benih jagung pulut baka kampung Sabah available di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih berharga RM3.00 ~
  Juga available dalam senarai Kebun Bahagia Bersama ialah pelbagai jenis baka kampung kacang tanah.

~ 1 pek kacang tanah pulut anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang tanah hitam anggaran 15 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang taragang anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
  Yang mana biji-biji benih kacang tanah yang Tukang Kebun reject lepas sorting, Tukang Kebun tabur di bawah pokok terung sekali terkejut tengok meriah pula bercambah di bawah pokok terung tersebut. Sebenarnya seperti tauge, kacang tanah yang baru sahaja bercambah boleh juga dijadikan sayur. Sedap juga yang kacang tanah yang baru bercambah macam tauge buat masak goreng kicap dengan tauhu. Disebabkan sibuk tak sempat nak petik masa baru bercambah, takpelah jadikanlah ia sebagai 'green manure' untuk baja nitrogen fixer pokok terung tersebut kemudian.

12 ulasan:

  1. saya suka tengok warna bulu jagung tu...hehehe...

    BalasPadam
  2. Kalau dah banyak sangat sampai tak kesempatan
    Tapi yg tak ada tengok dijadikan green manure aje rasa sayangnya...

    BalasPadam
  3. Teringat tahun 80an dulu pernah tanam jagung pulut atas batas ban dgn arwah bapa. Jagungnya begitu menjadi. Besar dan penuh isi..

    BalasPadam
  4. dulu orang selalu cakap balik kampung tanam jagung
    sebab masa tu kurang ilmu niaga dibidang tani
    masakini balik kampung tanam kangkung
    dulu melayu malu niaga
    sekarang baru tau niaga itu sunah dan digalakkan
    amalkan berniaga tanpa menipu
    dapat duit n pahala

    jamy

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Farah.

    Macam warna maroon ya.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Cuti sekolah ni asyik ada sahaja nak buat.
    Tak sempat nak tuai awal-awal lagi.
    Masak pun kurang kebelakangan ini.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Kalau tanah subur dan cuaca baik memang besar isi jagung pulut ini kan.

    Salam Bahagia Jafmy.

    Betul tu dulu kata balik kampung tanam jagung.
    Sekarang pula asyik suruh makan kangkung, nak jimat kena tanam kangkung sendiri.
    Sekarang mencebur dalam pertanian banyak juga pulangannya jika rajin usaha. Bekalan pun asyik tak mencukupi.

    BalasPadam
  6. Mcm mane nak beli benih2 ni, order kat sini ke?

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia kepokgate.

    Boleh buat pesanan beli benih-benih email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Diana..

    Seronok dapat juga beli benih jagung pulut.

    Berdebar nak menyemainya.

    Saya semai dalam bekas dulu bolehkah?

    Atau dalam pasu..?

    Takut nak semai terus ke tanah kena bawa lari semut/ tak menjadi pula.

    Tapi takut2 nanti dah bercambah dia sensitif pula nak dipindahkan ke tanah..

    Boleh berikan cadangan..? Terima kasih..

    BalasPadam
  9. Waalaikumsalam MarissaIslam.

    Boleh semai dulu dalam bekas apa-apa jika khuatir nanti semut bawa lari.
    Bila dah nampak kuat baru dipindahkan dan dijarakkan pun boleh.

    BalasPadam
  10. hi saya berminat nk order biji benih jagung pulut..boleh whtasapp saya tak
    01116658507

    BalasPadam
  11. Salam Bahagia.

    Bulan ini kami tiada stok biji benih jagung pulut.

    BalasPadam