Beberapa hari ini mungkin bagi sesetengah pembaca agak bosan mengikuti isi postings Kebun Bahagia Bersama banyak berceloteh pasal ayam je kan. Sudah nak akhir tahun ini, Tukang Kebun nak buat rekod sebelum makcik ini lupa. Lagipun bagi adil untuk yang mendapatkan sumber ayam-ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama dapat bersama-sama melihat progress pembesaran sumber ayam daging mereka walaupun tak dapat bela secara reality bolehlah ikut dalam dunia cyber. Special service for customers.
Dalam gambar ini adalah antara ayam kampung yang dalam batch 'Shiro September Offspring' (related posting klik sini) yang dah berusia lebih kurang 3 bulan kiranya dalam stage remaja. Yang mana Tukang Kebun pilih untuk membesar sebagai induk baru dipindahkan ke Kandang 2 bulan lepas. Hari ini tinggal 5 ekor lagi dari batch ini disimpan dan sudah dibebaskan. Untuk pesanan hari ini 2 ekor jantan di gambar bawah No. 2 telah diproses dan dibawa balik ke sebuah dapur di Rawang.
Amat memeranjatkan setelah diproses, tidak disangkakan yang jantan berwarna putih lebih berat dari yang berwarna coklat. Yang warna coklat jantan ini badannya lebih nampak besar dan tinggi seperti dalam gambar No.1 jika dibandingkan dengan jantan berbulu putih. Rupanya dalam usia 3 bulan yang jantan putih beratnya 1.9kilogram, manakala yang coklat jantan tersebut 1.5kilogram. Ada perbezaan.
Sambil membebel supervise anak-anak mula belajar untuk buku latihan tahun depan, tanya pendapat anak-anak nak kasi nama apa untuk induk yang disimpan seperti gambar No. 3 di atas. Kata anak-anak yang betina coklat mirip ibunya si Skippy diberikan nama Dorothy. Si Dorothy ni dalam batch 'Shiro September Offspring' sebenarnya paling bongsu, ibunya Skippy ada bloodline ayam gajah dan kalaulah andaian tak tersilap bapanya si Kaka pun bloodline ayam gajah.
Yang jantan putih seekor tinggal ini pula anak-anak mahu panggil 'Spooky'. Ada lagi 3 betina warna putih belum diberikan nama. Tukang Kebun nak cuba dapatkan hasil breeding ayam-ayam warna putih lepas ni. Saja-saja nak jejak kasih semula baka induk asal bapanya si Shiro ini ada campuran darah apa. Jadi untuk study secondary characteristic ayam baka putih ini nak dapatkan progeny yang mirip banyak kepada induk asal moyangnya maka kenalah crossbreeding semula antara baka-baka putih ini.
Lama lagi perjalanan nak dapat jejak kasih bloodline baka ayam putih ini sebab nak tunggu induk sekarang lagi matang hasilkan telur lagi 3 bulan. Lepas tu telurnya nak eram 21 hari. Tambah lagi nak tunggu sampai dewasa lebih kurang 6 bulan. Juga penting untuk jejak bloodline antara ciri yang hendak dilihat juga ialah yang betina menghasilkan telur berwarna apa. But for us it is one of the fun part of the breeding project. Memeranjatkan kerana ianya juga macam ayam yang sesuai untuk dibela sebagai sumber daging. Cuma nanti nak dapatkan beberapa feedback kemudian rasa quality dan tenderness dagingnya kemudian. Tambahan lagi selidik adakah ianya jenis ayam yang bagus sebagai ayam penelur. Kalau quality daging enak juicy dan penelur baik, maka jadilah dual purpose chicken. Nampaknya bapanya Shiro kena bekerja keras untuk berikan sample research banyak lagi.
Berbeza dengan bapanya si Shiro yang mempunyai balung rose, anak-anaknya cuma menghasilkan single comb. Tapi yang menariknya walaupun tiada induk betina yang berwarna putih, cuma yang jantan Shiro sahaja yang putih masih mampu menghasilkan anak-anak yang berwarna putih. Ini menunjukkan allele warna putih yang dipunyai oleh bapanya kebarangkalian adalah bersifat dominant bukan recessive.
Untuk details mengenai macam mana ayam-ayam tentukan dapat bulu putih boleh baca article 'Solid White (Chicken Plumage)' dalam wikipedia (klik sini).
Bulan Disember ini hampir semua ayam yang dibekalkan adalah dari batch 'Shiro September OffSpring'. Yang gambar No.4 di atas adalah plus minus 1 kilogram, kekadang untuk mudah rujukan dah jadi macam label pula di KBB kalau terima pesanan 'saiz ayam merdeka'. Saiz ayam merdeka tahun 2015 telah ditetapkan harga standard RM15. Jadi ada 2 jenis saiz dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ikut permintaan. Ramai juga yang gemar standard size 'ayam merdeka' walaupun masih comel lagi saiznya kerana rasanya dan lebih mudah untuk dipotong bagi mereka yang tak skill potong ayam.
Jika ayam tak lebih 5 ekor pesanan untuk 1 hari bolehlah dihantar ke tempat pesanan dengan menaiki motor sahaja. Kalau lebih 5 ekor kenalah bawa kereta. Biasanya saiz dah plus minus dekat 1.5 kilogram seekor untuk harga tahun 2015 adalah RM25.
Yang tak biasa pesan tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama boleh rujuk gambar background No.5 di atas. Kami bekalkan tanah bakar tak ikut berat. Ikut besar beg, biasanya diisi hampir nak dekat setengah dari saiz guni makanan ayam yang 50kilogram. Tukang Kebun biasanya tak larat nak mengangkat 1 guni tu kalau seorang.
~ 1 beg Tanah Bakar RM5 ~
Kalau ayam-ayam yang bakal dibebaskan biasanya Tukang Kebun akan pindahkan ke berdekatan Kandang 2~5. Nak kasi biasa kawasan ini dahulu sebab biasanya ayam-ayam yang dah bebas bila senja semua masuk tido dalam Kandang 1 atau Kandang 2. Biasanya bila baru sahaja belajar bebas, ayam remaja ini tak pergi jauh, cuma berlegar-legar kawasan berdekatan kandang mereka duduki dulu.
Tengoklah petak 2 di background habis licin diorang kerjakan bila bebas. Dulu adalah juga macam-macam seperti cekur, kunyit atau ubi bemban. Habis diorang makan daunnya. Jadi Tukang Kebun pun tak kuasa nak menanam di Petak 2 ini. Yang tinggal cumalah pokok kapas.
Sebelah luar Petak 2 pula adalah pokok limau kapas yang syukur Alhamdulillah tak putus-putus berbuah. Limau kapas ini berbeza dengan limau nipis rasanya.
Info limau kapas boleh juga dibaca di posting yang ini (klik sini).
Dalam gambar tuaian citrus di atas ada beberapa jenis limau seperti limau telur buaya, limau kapas dan lemon tahiti.
Yang berminat untuk dapatkan fresh citrus mixed available self-collect pagi Khamis akan datang ini, 24hb Disember 2015 antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 500gram Citrus Mixed RM3.00 ~
Fresh produce lain yang juga available adalah:
~ Buah Katak Puru 5 biji RM2.00 ~
~ Buah Pisang bantan/40hari sesisir RM5.00 ~
~ Buah Rambutan Merah 1kilogram RM2.00 ~
~ Buah Rambutan Gading/Kuning 1 kilogram RM2.00 ~
atau 7 kilogram buah rambutan RM10.00.
~ Buah Kuning Telor/Canistel 1 kilogram RM5.00 ~
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.00 ~
~ Buah Pulasan 1 kilogram RM5.00 ~
atau 5kilogram RM20.00.
~ Batang keladi 1 ikat RM1.00 ~
~ Pucuk Assam Gelugor 1 ikat RM1.00 ~
~ Pucuk Ubi Kayu 1 ikat RM1.00 ~
~ Telur Itik 10biji RM7.00 ~
~ Kelapa parut 3 biji RM5.00 ~
wahh dh mcm kfc je delivery ayam pon bole pakai motor jer mak kann., hehe2
BalasPadamKalau dah biasa makan hasil sendiri mkn yg beli mesti dpt bezakan tak sedap kan. Sebab ayam kampung rasa dia tak sama - ada special taste:)
BalasPadamAssalammuakaikum.... sis saya nak Tanya..boleh Tak pokok habatussauda (Jintan hitam) di tanam di Malaysia Dan d mana saya boleh dptkan benihnya
BalasPadamSalam Bahagia Tiga Lalat.
BalasPadamHahaha bukan KFC sahaja boleh buat delivery ayam dah digoreng pakai motor, yang hidup-hidup pun boleh.
Salam Bahagia KakZakie Purvit.
Memang rasa tak sama ayam kampung dan ayam daging komersial.
Kekadang ayam daging komersial tulang pun dah tak cantik hitam sebab dah lama.
Waalaikumsalam.
Habatussauda tak mudah ditanam di Malaysia.
Sebab tu kami tak bekalkan benihnya.