Hujung minggu lepas buat pertama kalinya 3 orang cucu Big Boss (Nenek) dibawa ke Tamu Gaya Street di Kota Kinabalu yang ada setiap Ahad pagi. Sepatutnya atuk jaga di rumah tapi atuk ada wedding invitation. Jadi pertama kalilah si Ilhan, Rayyan dan Abby berjalan-jalan di Tamu Gaya Street.
Di Tamu Gaya Street ada pelbagai jenis barangan yang dijual. Sebenarnya kalau Cuti-Cuti Malaysia cuma beberapa hari atau long weekend di Kota Kinabalu tak perlu nak packing banyak baju pun tak mengapa. Sebagai contoh jika nak tour island naik di Port Jesselton sempat lagi nak cari pakaian santai di Tamu Gaya Street pada Ahad pagi sebelum kedai buka dan beli makanan minuman.
Gerai nursery bergerak ini antara nursery persinggahan kegemaran Big Boss sekarang di Tamu Gaya Street. Tukang Kebun juga yang mula perkenalkan nursery ini kepada Big Boss tahun lepas masa baru pindah rumah di KingFisher. Pertama kali Tukang Kebun singgah membeli di nursery ini di Tamu Donggongon, terjumpa pula juga di Tamu Gaya Street. Selalu cam nursery ini dengan pekerja dari Timor Timor yang selalu berurusan dengan pelanggan. Banyak juga nursery lain yang ada jika tidak dapat apa yang diperlukan di sini.
Jika nak beli binatang ternakan saiz kecil macam anak-anak arnab, ayam dan itik juga ada. Tukang Kebun perhatikan harga anak-anak ayam dan itik di Kota Kinabalu masih lagi murah beza banding dengan di Lembah Klang. Big Boss kalau nak beli anak-anak ayam shopping di sini sahaja.
Yang mencari puppy atau kitten juga boleh shopping di sini. Anak anjing campuran husky dah 3 bulan minggu lepas harga dah turun kepada RM3500 yang asalnya Big Boss kata RM3800.
Pelbagai jenis ikan air tawar juga boleh didapati di Tamu Gaya Street. Hiasan dalam aquarium juga ada.
Di satu sudut di Tamu Gaya Street ada tempat di mana burung-burung merpati kumpul. Ramai pelancong yang Cuti-Cuti Malaysia singgah ambil kesempatan bergambar di situ. Perhatikan di atas kedai berderet burung-burung merpati bertenggek. Jika ditabur makanan berkumpullah mereka di situ. Tak perlu nak ke luar negara nak ambil gambar dengan merpati yang banyak, di Kota Kinabalu juga ada. Biasanya di pekan-pekan lama merata Semenanjung Malaysia pun ada. Seronoklah anak-anak nak cuba mendekati burung-burung merpati, tapi bijak si merpati cepatlah mereka terbang.
Yang meminati barang-barang antik dari logam mahupun tembikar boleh juga mencuci mata di beberapa gerai yang ada di Tamu Gaya Street.
Di sebelah Gaya Street ada juga sebuah tempat perhentian teksi yang pada pagi Ahad dijadikan tapak tamu juga. Gambar di atas nampak sudah lenggang sebab sudah habis waktu tamu yang official. Biasanya pukul 12 tengahari penjual sudah mula mengemas. Bagi penjual yang barangnya sudah cepat habis, lebih awal lagi mereka sudah berkemas dan beredar. Di kawasan ini lebih mudah dan murah untuk tawar-menawar.
Kalau mencari orkid di sini banyak gerai yang menjualnya dan harga juga akan makin murah jika borong banyak. Sebagai contoh di gerai ini, anak berniaga bersebelahan ibunya yang juga berniaga dengan jualan masing-masing. Biasanya kalau bab orkid ini, Tukang Kebun tolong angkat barang je lah.
Ada pembaca blog Kebun Bahagia Bersama yang Cuti-Cuti Malaysia pada cuti sekolah ini di Kota Kinabalu ke bulan ini?
akak ke kk dulu pun singgag pasar gaya.mmg best
BalasPadamTak nampak keladi hiasan....huhuhu...
BalasPadamRindunya nk pergi lg Kota Kinabalu.A beautiful place...:-)
BalasPadamSalam Bahagia Kak Suzie.
BalasPadamMemang ambil masa lama kan nak tengok macam-macam barang yang offer di Tamu Gaya.
Rambang mata.
Salam Bahagia Kak Fida.
Lain kali kalau ada gerai jual keladi hiasan, Tukang Kebun ambil gambar khas untuk Kak Fida ya.
Salam Bahagia Sis Norish.
Yes a beautiful place harmoniously blended with with many faces and cultures.
assalam... macam mana nak dapatkan benih utk morning glory? lokasi kebun Tuan/Puan dimana?
BalasPadamSalam Bahagia Shara Shafiee.
BalasPadamBiji benih morning glory sekarang tiada ready stock.
Di Sungai Buloh, Selangor.