Halaman

Sabtu, 30 Januari 2016

Ehsan's Quest for White Gold

  Salam Bahagia, hati tumpang bahagia bila Encik Ehsan berkongsi gambar dari tamannya hasil dari biji-biji benih yang dituai dari Kebun Bahagia Bersama yang disemai oleh ahli kebun Encik Ehsan di tamannya berwarna-warni. Menaikkan semangat Tukang Kebun nak mula menulis sejak kebelakangan ini macam kena syndrome 'Malas'. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang menulis email tanya khabar. Pelbagai jenis corak warna bunga keembung telah menghiasi taman Encik Ehsan. Jika dibiarkan kantung benihnya meletup-letup sendiri bertaburan benihnya nanti banyak sukarelawan-wati tak putus-putus menceriakan laman.
  Selain dari pokok-pokok bunga keembung, pelbagai jenis seri pagi juga meceriakan dinding rumah Encik Ehsan. Tidak juga ketinggalan pokok bunga telang juga menghiasi dinding.
  Pokok bunga jenis Mexican Sunflower juga amat meriah dan tinggi sekali tangkainya berbunga-bunga di taman Encik Ehsan. Pokok bunga Mexican Sunflower memang amat suka jika diletakkan di tempat yang lapang banyak menerima cahaya matahari.

  Encik Ehsan ada kemukakan soalan bagaimana untuk buatkan pokok kapasnya berbunga. Dari explanation Encik Ehsan , pokok kapasnya pernah dibaja dengan kompos dan telah pun pernah dipangkas sekali dan telah pun merimbun semula.

  Jadi Tukang Kebun cadangkan pangkas lagi pokok kapasnya sekali lagi, jangan bagi baja dan jangan siram sebab pokoknya pun dah besar. Theory Tukang Kebun kalau tengok pokok kapas sudah merimbun mabuk daun seperti gambar di atas ada kemungkinan ianya tidak perlukan baja lagi takut makin overdose baja membuatkan ianya tak teruja nak berbunga. Biasanya Tukang Kebun bila tengok perangai pokok-pokok kapas yang terbiar di belakang Kebun Bahagia Bersama ianya biasanya akan lebih lebat berbunga dan menghasilkan kapas apabila pokoknya sudah menempuh kitaran musim kering dan bila mula rezeki hujan datang tiba lagi barulah pokoknya akan berbunga. 

~ 1 pek biji benih kapas anggaran 20 biji benih RM3.00 ~

  


    Tahukah anda antara negara-negara pengeluar kapas terbesar di dunia ini adalah negara yang sebenarnya menerima taburan hujan yang amat sedikit setahun seperti Turkmenistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Pakistan dan lain-lain. Disebabkan keadaan muka bumi dan perubahan cuaca di tempat-tempat ini menjadikan pilihan untuk sumber hasil dari sektor pertanian adalah terhad, maka pengeluaran hasil kapas memainkan peranan yang besar untuk ekonomi negara mereka dan mata pencarian bagi rakyat-rakyat mereka. 

  Cuba kita perhatikan dan fikir sejenak, lihatlah ladang kapas-kapas mereka yang luas tu, tanah pun nampak macam ala-ala padang pasirkan tak nampak macam sangat subur pun macam tanah kita ni. Seperti kawasan yang penerimaan taburan hujan amatlah sedikit like a desert. Berlainan dengan pokok-pokok kapas jika ditanam di kawasan tropika boleh hidup bertahun-tahun as perennial plant, di kawasan cuaca seperti Turkmenistan pokok kapas ianya kitaran berbunga hanyalah sekali (annual plant). Kalau macam di negara kering hanya sekalilah musim kutip hasil kapas dalam setahun, tapi di tropika ada beberapa musim setahun. Secara kesimpulannya pokok kapas ini mudah tumbah di negara kita sepanjang tahun, dan keperluan air pun tak banyak. Lebih-lebih lagi sekarang ini kita perlu jimat penggunaan air apabila ada sesetengah kawasan dah mula rasa effects phenomena El-Nina yang ketara.

Dari tayangan video YouTube di atas, Experts from United Nations Development Programmes: "By using less water, you can actually achieve greater yields".



   Pokok kapas ada pelbagai jenis ikut kesesuaian cuaca negara masing-masing. Yang di Kebun Bahagia Bersama ada juga pokok kapas yang umurnya dah 3 tahun lebih masih lagi memberikan kami hasil. Tambahan pula pokok kapas ini ada pelbagai kegunaan juga dalam bidang perubatan bukan sahaja hasil kapasnya untuk membuat baju dari kain cotton. Kekadang ada juga permintaan kami terima untuk tolong poskan akarnya ataupun bekalkan daunnya untuk berubat secara tradisional.

Yang teringin untuk baca kisah Kebun Bahagia Bersama grow Cotton di Lembah Klang dan kawan-kawan lain yang juga berkongsi hasil mereka boleh baca di posting sebelum-sebelum ini (klik sini).

  Apabila Tukang Kebun bersama-sama anak-anak menonton NHK Silk Road documentary tahun lepas untuk dedahkan pelbagai budaya di Silk Road dan sejarahnya, terbuka jugalah mata Tukang Kebun lihat betapa pentingnya sumber hasil pokok-pokok kapas ini kepada negara-negara lain yang amat penting untuk kehidupan rakyatnya.

  For some countries or people, Cotton is "Gold".

2 ulasan:

  1. Saya sangat suka penulisan Tukang Kebun. Redup hati membacanya. Yang introduce blog Tukang Kebun pada saya ialh makcik2 saya yang suka beli hasil tanaman dan biji benih dari Kebun Bahagia Bersama. Semoga terus menulis dan berkebun dengan jaya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Annie.

    Terima Kasih banyak-banyak meluangkan masa membaca garden ramblings kami.

    Selamat Tahun Baru Cina.

    BalasPadam