Syukur Alhamdulillah seperti tahun 2014 (related posting klik sini), untuk tahun 2015 juga kami berpeluang untuk menjenguk Tamu Tamparuli yang terakhir dalam tahun 2015. Seperti biasa kami suka menyusur masuk ke pekan Tamparuli menggunakan river crossing dengan jambutan gantung Tamparuli boleh juga kelihatan bila dongak ke atas.
Kelihatan akhir tahun 2015 lebih ramai petani-petani turun menjual hasil-hasil dari kebun mereka direct ke pembeli berbanding dengan akhir tahun 2014. Tahun sebelumnya 2014 dan 2013 semasa Tukang Kebun ke Tamu Tamparuli di deretan kedai ini biasanya bukan menjadi tempat petani berjual. Biasanya kedai di belakang itu buka juga masa pada hari tamu. Tetapi sekarang pada hari Tamu kedainya tutup dan di kaki limanya sudah boleh dijadikan tempat untuk petani menjual hasil-hasil segar mereka. Tukang kebun rasa bilangan petani yang menjual akhir tahun 2015 ini naik lebih 25% berbanding dengan tahun lalu.
Mata tertarik pula tengok creativity auntie ini menjual ikan-ikan air tawar pelbagai jenis di dalam botol air yang di kitar semula.
Di sudut jualan hasil-hasil laut pula kali ini Tukang Kebun teringin pula nak cuba beli anak ikan kerapu buat masak 3 rasa. Biasanya beli yang hampir 2 kali ganda saiznya untuk masak. Lagipun sepiring banyak itu cuma RM5 sahaja. Rupa-rupanya kerapu walaupun saiz kecil begini pun tulangnya dah sangat kuat, nak kena hati-hati jangan tercucuk sahaja semasa makan. Kawan-kawan pula biasanya masak apa dengan anak ikan kerapu kalau saiz begini?
Harga setompok udang juga di sini bolehlah dapat dalam RM15. Harga lebih kurang sama seperti di Tamu Tuaran untuk harga hasil laut. Cuma di Tamu Tuaran lebih banyak pilihan jika nak dibandingkan dengan Tamu Tamparuli. Sebab Tamu Tuaran lebih dekat dengan laut.
Ada satu sudut di Tamu Tamparuli ini peniaga-peniaga menjual barangan runcit kira macam kedai runcit bergeraklah. Biasanya di Tamu Tamparuli jenis barangan yang dijual agak tersusun. Kalau hasil laut di satu sudut, barangan runcit di satu sudut macam gambar di atas dan non-halal item biasanya jauh terpinggir sedikit dari kawasan Tamu dipisahkan.
Jika teringin nak beli keratan tebu segar untuk diratah-ratah, biasanya nenek ni ada jual. Tukang Kebun dah berapa kali juga beli keratan tebu dari nenek ini untuk anak-anak. Mula-mula diorang tak berapa pandai juga nak makan. Sekarang ini mereka suka dah. Terkejut juga fussy eater Ilhan Mikhail hari itu request minta tolong potong-potongkan tebu lagi nanti setelah satu pinggan tebu dia meratah. Dah berapa minggu setiap kali pergi tamu kalau ada tebu, belikan untuk Ilhan. Dekat Kebun Bahagia Bersama pula yang gemar meratah batang-batang tebu ialah anak angkat angsa Tukang Kebun si Momo. Macam manalah tebu-tebu nak membesar asyik kena ratah dengan Momo.
Antara item a must buy di Tamu Tamparuli untuk bekalan dapur Big Boss ialah sengkuang Cina. Big Boss banyak consume sengkuang cina dalam dietnya seminggu jadi ndak cukup yang tanam sendiri di Sabah ini. Kalau orang tempatan di tamu ini bilang hasilnya ini "tak dibaja" itu maksudnya tiada diberikan baja-baja artificial//tiruan/synthethic. Maknanya organically grown dengan tanah di kebunnya. Sengkuang kampung ini sedap manis walaupun rupa bentuknya pelbagai ikut keadaan tanah yang ianya tumbuh. Kalau commercial grown tengoklah kat supermarket standard je bentuk rupanya cantik gitu tapi rasa tawar. Cos those are grown quickly and showered with lots of synthetic fertiliser.
Have you ever tasted fresh harvested sengkuang less than a few minutes dug out from earth?
Rugi ko manis oooo....lagi muda lagi manis.
So newbie gardener antara tumbuhan mudah untuk mula berkebun ialah 'sengkuang'. Creatures yang nak kacau pokok-pokok sengkuang pun jarang sekalilah. Untuk jimat lagi biji-biji benih yang terhasil dari pokok sengkuang dalam kekacangnya itu pun boleh dijadikan natural pesticide. Tak perlu kalut pun nak gali-gali keluar ubi sengkuang dari tanah, bila baru rasa nak makan baru galilah. Bila dapat harvest ubinya akan bergantung kepada pembesaran faktor persekitaran ianya tumbuh macam jenis tanah dan penerimaan cahaya. Kalau kurang cahaya lambatlah sikit ubinya membesar. Tapi bukan bermakna partial shade ianya tidak boleh tumbuh, cuma ambil masa lebih sikitlah dari full sun. Kalau tanah keras lambat sikitlah dari tanah yang gembur. Biasanya mini-mini saiz sengkuang boleh dah nak dapat lepas 4 bulan dalam keadan optimum condition pertumbuhannya, kalau nak besar sikit tunggulah dalam 6~7 bulan ke.
Untuk tanaman sengkuang, Tukang Kebun tak sarankan guna tahi ayam ya. Nanti pokoknya nampak sihat betul, subur sangat mabuk daun tapi isi ubinya tak berapa ada nak tumbuh. Kita bukan nak tuai daun dari pokok sengkuang tapi ubinya. Pokok sengkuang bukan jenis tamak baja ya kawan. Elok guna tanah yang tak kaya sangat nitrogen seperti tanah bakar.
More info mengenai sengkuang baca di posting lama (klik sini).
Sebelum Kebun Bahagia Bersama cuti berehat dari kebun, sempat jugalah tuai benih-benih sengkuang yang baru dari pokok yang melilit pokok kemboja. So adalah fresh stock biji benih untuk dibekalkan bulan ini selagi ada.
~ 1 pek anggaran 15 biji benih RM3.00 ~
Sekarang ini musim menuai, berebut-rebut orang mencari beras fresh sebab tahu baru lagi diproses. Sampai Tukang Kebun pun tak sempat nak tanya harga dulu kena peluk-peluk dulu stok beras bukit yang tinggal dari petani kecilan supaya orang lain tak ambil beli dulu sebelum sempat Tukang Kebun nak menanya. Dah biasanya orang tanya-tanya dulu nanti terlepas pula kan, baik hamba pegang peluk dulu hehehe....
Beras padi huma seperti di gambar di atas separuhnya manually grinding nak buka dari husk/kulit buah padi itu ya. Manually grinding maknanya tumbuk dengan kuasa kudarat tangan bukan fully process by machine. Beras perang padi huma yang manually grinding adalah lebih banyak khasiat sebenarnya berbanding dengan yang fully process dengan machine. Sebab tumbuk dengan gunakan kuasa tangan, maka kita boleh lihat bentuk hasil berasnya berbeza-beza dari yang mesin. Kalau mesin semuanya nampak bentuk cantik je sekata semua tapi khasiatnya dah macam banyak juga hilang sementara processing. Biasanya buah ini kan tempat yang paling berkhasiat sebenarnya antara bahagian perantaraan isi dan kulit luar. Kalau mesin biasanya wipe out dah bahagian yang closest to the skin/husk.
Yang beras huma perang kali ini Tukang Kebun beli direct dari tukang tanam, tak ambil untung banyak pun sekadar belanja Tukang Kebun sebotol air mineral je lah. Cuma nak tolong petani tempatan untuk promosikan beras dari padi huma mereka yang usahakan secara tradisional ini. Beras tempatan grown with lots of tender loving care.
~ Beras Perang padi huma dari Tamu Tamparuli ~
(SOLD OUT).
Kakak rasa itulah sebabnya kenapa kulit org Sabah/Sarawak bersih dan cantik. Makanan yg diambil mostly fresh. Kakak geram tengok ikan dan sayurannya..
BalasPadamSalam Diana, kk nor nk beli beras tu. Camna nk order ya? TQ
BalasPadamSalam Bahagia KakZakie.
BalasPadamOrang Borneo kuat makan sayur-sayuran dari daging kut KakZakie.
Sebab hasil tumbuhan lebih murah dan banyak boleh didapati segar bugar berbanding dengan hasil ternakan.
Salam Bahagia Kak Nor.
Untuk beras boleh membuat pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).