Sementara menunggu dearest husband hard-pruning pokok rambutan sekolah yang dah merimbun besar menyebabkan kawasan sekeliling gelap, Tukang Kebun tuailah buah limau-limau kapas yang dah agak masak. Sebab kawasan dahan-dahan besar pokok rambutan yang jatuh tu dah habis berkeliaran kerengga yang mengamuk sebab rumahnya dah kena usik. Musim rambutan akhir tahun lepas, yang memajak rambutan merah dari Kebun Bahagia Bersama asal buahnya antara dari pokok ini lah. Lepas dah bertempiaran larikan diri dari amarah kerengga, sebelah petang kami buatlah projek kebun mini pisang nangka dan nenas (related posting klik sini).
Kebetulan Tahun Baru Cina ini banyak buah-buah limau kapas yang sudah masak keemasan bergayut di pokoknya. Tengoklah si Kiki Turkey betina pun nak masuk kepalanya dalam gambar. Biasanya dalam sebakul gambar No.1 di atas tu ada lebih 3kilogram beratnya. Inipun tak terambil lagi semua buahnya, sebab kena distract memangkas pokok kapas di sebelahnya yang makin rimbun nak elakkan dari pokok kapas jadi terlampau teduh. Ambil sahaja bahagian untuk pesanan buah limau mixed dahulu.
Baka limau kapas ini ada buahnya bulat, ada kekadang buahnya lonjong. Rasanya lebih mirip kepada limau lemon berbanding dengan limau nipis untuk baka pokok limau kapas ini. Rasanya pun tidak semasam buah limau nipis. Baunya juga wangi harum. Biasanya Tukang Kebun suka buat air limau gunakan jenis baka limau kapas ini.
Info lanjut untuk pokok limau kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
1 bekas pokok limau kapas grafted RM15.00 .
1 kilogram buah segar limau mixed RM6.00 (boleh juga dipos).
Tahun Baru Cina hari pertama sebelah paginya kutip buah limau kapas. Hari kedua Tahun Baru Cina pagi pula kami kutip kapas atau cottonboll. Elok pula cuaca masa Tahun Baru Cina pertama tak hujan, jadi molek kering nak kutip masa pagi Tahun Baru Cina hari kedua. Nampaknya pokok-pokok kapas dalam Kebun Bahagia Bersama sudah mula kitaran musim bunganya semula bila Tukang Kebun intai-intai nampak ada dah bunga nak kembang.
~ Anggaran 20 biji benih 1pek harganya RM3.00 ~
Sebelum kami petik cottonboll sebenarnya kami gali keluar juga ubi-ubi bemban dari Petak 1 dan Petak 2 untuk pesanan yang diterima. Yang berminat untuk merasa ubi bemban juga boleh self-collect hujung minggu ini atau akan dipos hari Isnin. Hujung minggu ini pesanan terakhir kami ambil untuk ubi-ubi bemban segar. Next pesanan diterima untuk hasil ubi-ubi bemban ialah penghujung bulan March.
~ 1 set ubi bemban RM7.00 ~
La... selama ini kakak panggil limau kapas ni lemon tau Dee:) Betul kakak tak tahu patutlah kulit dia rasa pahit tak macam lemon biasa. Rumah kampung kakak memang banyak. Kakak pun biasa buat air.
BalasPadamPokok kapas pun ada juga di kebun. Bestnya. Kakak memang kagumlah..
Salam Diana, ada tak pokok jambu merah jenis bulat kecil...kalau ada nak minya Diana tut sepokok
BalasPadamgeramnya tgk limau kapas tuh dh mcm lemon lbatnya...
BalasPadampastu best betul tgk bunga kapas ngn ubi bemban tuh.... baru tau namanyer ubi bemban...
salam kenal....
suka lah limau kapas tu diana..nti klau terpergi sg buloh nak juga cari diana....nak anak limau kapas...
BalasPadamSalam Bahagia KakZakie,
BalasPadamMemang kalau bentuknya yang bujur tu bila masak kuning betul ada rupa lemon.
Biasanya Tukang Kebun perah je ambil jusnya, tak campur kulitnya sekali dalam air. Jika ambil jus memang rasa macam lemonade. Kalau dengan kulit sekali kalau kita picit-picit sangat campur dalam air panas takut nanti ada terasa pahit pula.
Salam Bahagia Kak Mala.
Jambu batu isi merah kampung tu memang ada Kak Mala. Tapi kami semai dengan biji benih je sebab tahan lasak. Kalau hantar pakai tut takut sensitive pokoknya.
Biasanya kalau yang dah besar dari biji benih kalau pos lasak pun, bila tanam semula walaupun daun gugur nanti tukar pucuk-pucuk baru tumbuh hidup semula.
Salam Bahagia Norhidana.
Syukur Alhamdulillah memang lebat buah dari pokok limau kapas tu.
Nak jaga pun mudah sebab air tak perlu banyak sentiasa.
Tak mudah sakit dan diserang anai-anai.
Juga dikenali sebagai ubi garut.
Salam Kenal.
Salam Kak Suzie.
InsyaAllah masih ada lagi stoknya.