Sambungan dari posting lepas (related posting klik sini), hari ini juga Tukang Kebun ingin berkongsi suasana dan wajah-wajah yang memeriahkan Tamu Tamparuli yang pertama diadakan untuk tahun 2016. Dereten kedai yang No. 1 ada digantung poster sudah pudar iklan Coco Cola tu adalah antara bangunan lama yang masih lagi digunakan. Bangunan itu sebelum Tukang Kebun lahir sudah ada. Untuk keselesaan petani menjual hasil-hasil segar mereka, majlis bandaran ada menyediakan payung-payung di kawasan yang sebelah pagi akan menerima pancaran cahaya matahari yang terik.
Jika yang deretan sebelah kedai masih tertutup ini adalah bangunan kedai masih dikira baru lagilah. Mungkin masih awal jadi belum mula berniaga. Terkejut betul balik Sabah baru-baru ini, makin luas tempat hendak pusing-pusing tengok petani menjual hasil-hasil mereka. Baguslah mungkin kerana keadaan jalan makin baik dan sistem pengangkutan awam juga makin mudah untuk menyediakan perkhidmatan ke kawasan yang lebih pendalaman. Ini menjadikan lebih ramai petani mendapat peluang untuk turun sendiri ke Tamu menjual hasil-hasil dari titik peluh mereka ke pelanggan. Gembira melihat ramai wajah-wajah ceria sambil menunggu
Petani-petani inilah menjadi sumber inspirasi kami untuk memikirkan kepelbagaian hasil-hasil yang boleh juga Kebun Bahagia Bersama tawarkan kepada yang sudi datang selalu ke tempat kami untuk bekalan fresh organic produce. Kadangkala sendiri pun tak terfikir padahal ada juga di Kebun Bahagia Bersama boleh juga kami tawarkan kepada yang berminat. Tukang Kebun nak juga kena keluar dari kebun sekali-kala mencari inspirasi.
Lihat contoh baik yang diikuti di gambar di atas, yang macam sampah-sampah dikumpulkan dalam satu tempat untuk pastikan kebersihan terjaga.
Petang ini yang dah mata kuyu-kuyu buat kerja di meja menghadap komputer, Tukang Kebun nak bagi quiz tapi tak de hadiah. Cuma nak testing knowledge kita je lah ya. Boleh bagi jawapannya di kotak komen, after a few days nanti Tukang Kebun check bagi jawapan ya.
Soalan dalam gambar No. 3 atas namakan 10 jenis tumbuhan yang dibekalkan oleh petani-petani tersebut?
Lihat contoh baik yang diikuti di gambar di atas, yang macam sampah-sampah dikumpulkan dalam satu tempat untuk pastikan kebersihan terjaga.
Petang ini yang dah mata kuyu-kuyu buat kerja di meja menghadap komputer, Tukang Kebun nak bagi quiz tapi tak de hadiah. Cuma nak testing knowledge kita je lah ya. Boleh bagi jawapannya di kotak komen, after a few days nanti Tukang Kebun check bagi jawapan ya.
Soalan dalam gambar No. 3 atas namakan 10 jenis tumbuhan yang dibekalkan oleh petani-petani tersebut?
Kebetulan terserempak pula petani ini ada jual sejenis citrus, bila tanya pokok limau apa ni sambil sniff sniff sample buahnya katanya pokok lemon. Untuk tambah kepelbagaian jenis limau tak fikir panjang beli jelah dulu. Bentuk buahnya oblong dan wangi juga.
Tukang Kebun rasa amat teruja dan refresh setiap kali melihat kepelbagaian hasil yang segar-segar dapat ditawarkan oleh petani-petani membekalkan kepada pengguna di Tamu Tamparuli ini. Yang bagus di Tamu ini masing-masing membantu menjaga barang apabila ada yang hendak mencari barang seketika. Yalah salah satu tujuan utama ke Tamu ini selain dari berniaga juga adalah mencari keperluan harian untuk dibawa pulang juga. Sebagai contoh, boleh pula Tukang Kebun tertinggal botol air di gerai petani ini, boleh petani tersebut mengejar mencari Tukang Kebun untuk pulangkan botol air yang belum lagi habis kandungannya.
Seperti di Thailand, rata-rata ialah kaum perempuan yang menjual hasil-hasil dari kebun mereka di Tamu Tamparuli. Ada juga kaum Adam yang meneman isteri berniaga but majority kaum Hawa yang menjual dan buat keputusan. Ahem...kalau yang dah faham system Kebun Bahagia Bersama, if you asked my man he will probably re-direct it back to me first (wink wink).
Dalam Gambar No. 6 di atas boleh kelihatan di dalam background kasih seorang bapa yang mendukung anaknya yang kurang upaya. Sambil meneman isterinya berniaga, membantu menjaga anak.
Gardeners mana yang dapat bekalan beras perang dari Tamu Tamparuli awal tahun ini (related posting klik sini) di mana KBB jadi middleman, petaninya dalam gambar No. 7 di atas yang berbaju merah jambu itu ya. Kadang-kadang makcik berbaju merah tersebut ada juga menjual rizom bunga kantan, bawang amaryllis, bawang crinum dan anak-anak pokok pisang. Bolehlah cari makcik berbaju merah jambu tu di Tamu Tamparuli bila mencari item tersebut.
Biasanya peniaga-peniaga Tukang Kebun tengok pakai baju yang sama menjual pada hari Tamu. Rasanya sebab mudah untuk pelanggan-pelanggan tetap mereka nak cari mereka. Suami kata itu favourite makcik dia kat Tamu Tamparuli sebab makcik tu tanya suami ko orang putih kah? Dalam hati Tukang Kebun whatttttttt kembang kempislah suaminya. Ndak lah tu orang Melayu Semenanjung.
Jika di Sabah ini barang-barang import seperti ubi kentang, bawang merah/putih/besar atau cili kering harganya boleh rasa berbeza dengan Semenanjung Malaysia lebih mahal. Siap kadang-kadang stok tidak mencukupi barang dapur ini. Kadang kala pening juga nak cari cili kering bila Big Boss pesan, pusing satu Tamparuli pun tak de ada juga pernah berapa kali terkena. Manalah selera Tuan Tanah orang negeri kalau tak buat masak ikan bilis dengan kentang berlada, cili keringnya takde. Kalau pakai fresh cili pula, cucu-cucu complain pedas sangat.
Jika Tukang Kebun ke Tamu Tamparuli sekarang rajin cari tauke pisang berbaju biru di gambar no. 9 di atas ini. Tauke pisang ini ada banyak koleksi jenis pisang-pisang yang selain dari buahnya, juga bekalkan sulur-sulur anak pokok pisang. Antara sumber koleksi jenis pisang-pisang baru di Kebun Bahagia Bersama sekarang dari kebun makcik ini yang kebunnya di Kota Marudu. Tukang Kebun mintalah izin tauke pisang ni posing sikit, lain kali kalau nak pesan dekat adik atau Big Boss untuk ambil pesanan sulur pisang darinya bolehlah mereka kenal. So if you're looking for sulur pisang boleh juga dapatkan dari tauke pisang ini di Tamu Tamparuli. Inspiring menjadikan Tukang Kebun pun nak jadi Tauke Pisang kecil-kecilan boleh tak.
Di sebelah Tauke Pisang ini yang sarat mengandung duduk juga menjual hasilnya sendiri adalah anaknya yang berbaju warna-warni. Tengah tunggu hari je masa kali terakhir pergi ambil sulur pisang dari maknya, dah overdue pun. Nampak mudakan Tauke Pisang? Tapi dah nenek sebenarnya. Bahagia lah hati kalau dah ada cucu nanti masih nampak fit seperti ini.
Nursery-nursery bergerak juga ada di Tamu Tamparuli untuk gardeners, tak perlu nak pergi hingga ke Kundasang jika masa tidak mengizinkan.
Bukan sahaja hasil makan dari tumbuhan juga yang available tapi produk dari tumbuhan yang dibuat sendiri di rumah bagi mereka yang berseni juga ada.
For Tukang Kebun, I feel very much at home here at Tamu Tamparuli as I visit this place again and again. I guessed this is part of my root and how people accepted me as I am. They look at me and think I am one of them. Regardless I don't speak much of the main mother-tongue here, but they still try their best to communicate with you, you know. Or if you look lost, someone will helped with the translations. The atmosphere here is good, everyone helps each other. Many friendly faces, its not just the money-talking.
Antara sebab minggu ini, Tukang Kebun pun terikut-ikut dah merajinkan diri nak bekalkan buah pinang semasa cuti panjang Tahun Baru Cina ini. Yang nak hiasi hadiah risik/tunang/perkahwinan dengan buah pinang dan sireh original boleh juga hubungi kami untuk musim perayaan ini (kebunkmg@gmail.com).
Kak memang suka kalau boleh lawat pasar2 hari begini. Seronok tengok mcm2 hasil kampung dijual..
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala.
BalasPadamTukang Kebun suka ronda-ronda pasar pagi ini, bila rasa mood malas menimpa jadi teruja dan boleh rajinkan diri semula.
Meh saya cuba, ubi kayu, tampoi, buah pinang muda, cili burung, bijih benih kacang kelisa, ubi keladi, betik dan yang merah kat kaki tu xtau...
BalasPadamSalam Bahagia Ratu.
BalasPadamYang tu bukan buah tampoi.
Buah yang ini masam betul. Isi hiris buat macam sambal belacan mangga.