Syukur Alhamdulillah walaupun bulan March ini sangat panas dan kering di sini, ada juga pelbagai musim buah-buahan di Kebun Bahagia Bersama. Buah-buahan ini pula sebenarnya bila tak banyak hujan lebih tinggi kandungan vitamin C yang diberikannya. Ada dibincangkan di posting sebelum ini mengenai kandungan khasiat buah belimbing buloh dan perbezaan kandungan vitamin C mengikut musim (klik sini). Lebih kurang sama pula bila dilihat pada tahun 2014 di mana musim buah belimbing buloh adalah dalam bulan 3. Seperti tahun 2014, bulan March 2016 ini juga cuaca agak panas dan kering menjadikan musim buah belimbing buloh amat menjadi. Pokok nadir buah belimbing buloh ini merupakan pokok yang sukakan ada musim panas kering yang nyata untuk membuatnya teruja menghasilkan buah. Tahun 2015 ada juga berbuah tapi not as prolific macam bila musim panas dan kering.
Terima kasih banyak-banyak di atas pesanan buah belimbing buloh yang diterima hujung minggu baru-baru ini. Buah belimbing buloh masih boleh dibekalkan hujung minggu depan bagi yang berminat boleh self-collect atau dipos Isnin depan.
~ 500gram buah belimbing buloh RM3.
Pokok kapas juga asyik mengeluarkan bunga dan menghasilkan kapas-kapas putih yang banyak berterusan bulan Mac ini. Pokok jambu batu yang berdekatan dengan sangkar itik juga sudah mula musim buahnya. Rajin juga sudah pokok jambu batu ini menghasilkan buah semenjak ada penghuni banyak dalam sangkar tersebut.
Pokok-pokok pinang juga rancak berbuah dan mula juga musim bunganya di kebun. Pokok pinang ini sebenarnya cepat membesar. Pokoknya takdelah besar cuma cepat meninggi. Elok juga letak di luar pagar.
~ 1 pokok pinang RM10.00 (self-collect sahaja dah tinggi) ~
atau jika nak bibit yang dah bertunas juga boleh 1 bibit RM5.00 untuk dipos.
~ 5 biji pinang muda RM2.00 (boleh dipos).
atau 3 biji pinang masak RM2.00 (boleh dipos).
Self-Collect schedule this week:
~ 2nd/3rd March 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway exit).
Antara hasil segar juga yang dapat dibekalkan hujung minggu akan datang ini adalah:
~ Buah Pisang Nangka 1 sisir RM5.00 (boleh juga dipos, freshly harvest on Next Saturday/Sunday).
~ Buah Limau Mixed sekilogram RM4.00 .
~ 3 biji kelapa parut RM5.00 .
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 .
Terima kasih juga atas pesanan buah asam jawa yang diterima hujung minggu baru-baru ini. Buah-buahnya masih muda-muda. Memandangkan cuaca bulan Mac ini panas dan kering jadi pokoknya walaupun buahnya masih muda telah teruja untuk masuk musim bunga lagi sekali. Jadi nak biarkan bunga-bunga tersebut menghasilkan buah maka diberhentikan seketika membekalkan buah-buah asam jawa sehingga hujung bulan depan.
Assalamualaikum...
BalasPadamTengok hasil dari kebun bahagia ni...rasa bahagia pula...sebab warna hijau banyak dan tenang rasa hati....
Anak pokok belimbing buluh ada tak...
mmg bahagia nengok hasil akak tuh... naper lah jauh beno kt sg buloh kalu dkt senang jgk nk membeli tuh..... syok betul kan kak lagi2 masa kutip hasil kebun bahagia akak tuh
BalasPadamWow! banyaknya belimbing buluh tu Dee:)
BalasPadamBuah belimbing buluh memang tengah rancak sekarang ni.
Kakak petik rumah bapak kakak buat masak lemak dgn ikan kurau masin malam tadi. OK sebab hubby kakak suka:)
terkenang kak kat belimbing buluh dirumah sewa lama...dulu terlampau banyak berbuah sampai bawa balik kg..arwah mak buat kering untuk acar. Satu lagi popular dgn sambal hitamnya..baru 3 bulan lepas merasa..memang sedap pun makan dgn nasi panas2...
BalasPadamsama jugak di rumah kaknoor pin belimbing berbuah terlalu banyak sampai terpaksa kena buat sambal hitam ehe
BalasPadambanyak buah belimbing buloh..
BalasPadamdi rumah mentua saya pun sama..
seronok tengok..anak kedua saya mintak petik, dia ratah gitu je..huii masam tak terkata.. ;-)
Tuan
BalasPadamSaya ingin membeli keratan mulberi putih.
Assalamualaikum kak Diana,
BalasPadamSubhanallah, walaupun cuaca panas membaca skrg ni,Alhamdulillah kebun kak Diana tetap subur2 & membuahkan hasil, seronok tgk buah2an esp asam jawa tu, dlu time kecik2 jiran Julie ada tanam pokok asam jawa ni, bila tiba time buah asam jawa masak, kitorang beramai2 kutip buah2 asam masak yg jatuh berguguran,sempat jg Julie tgk makcik2 Julie bubuh garam ke isi asam jawa masak & mmg x pernah beli pun asam jawa utk buat pes. Tp Julie paling suka asam jawa muda. Mkn gitu ja sambil cicah dgn garam hihi...adui terkenang zaman budak2 dlu.
semua nampak best2 hasil tanaman D....
BalasPadamWaalaikumsalam kak Fida.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah kalau rasa tenang tengok gambar-gambar yang ditempekkan hehehe....
Anak pokok belimbing buloh tak de stoklah sekarang Kak Fida.
Salam Bahagia Dana.
Syukur Alhamdulillah bila kutip-kutip hasil di kebun dapat membantu hilangkan stress.
Cuma kebelakangan ini semua kerja nak selesaikan cepat tak sempat nak ambil-ambil gambar tuaian.
Salam Bahagia KakZakie.
Syukur Alhamdulillah musim berbuah belimbing buloh kali ini memang lumayan sungguh.
Puas hati menengoknya.
Sodap tu buat masak lemak dengan ikan kurau campun buah belimbing buloh.
Mesti bertambah-tambah makan.
Salam Bahagia Kak Mala.
Itulah selalu berhajat bila tiba musim buah belimbing buloh nak buat sambal hitam.
Ini anak-anak masih kecil tak done nak tunggu berjam-jam siap masak.
Salam Bahagia Kak Noor.
Sambal hitam ini boleh simpan berminggu-minggu kan tahan lama.
Sesuai untuk mereka yang nak ke oversea.
Salam Bahagia Dilah.
Anak kedua kami pun kuat makanan masam juga. boleh ratah-ratah.
Takpe banyak vitamin C.
Salam Bahagia Baayah.
Keratan mulberry putih ada.
Boleh pesan email ke (kebunkmg@gmail.com).
Salam Bahagia Julie.
Betul sekali musim buah asam jawa.
Memang lumayan.
Kalau rajin buat seperti makcik Julie memang tak perlu dah nak beli pes asam jawa.
Anak kedua dan bapanya suka ratah buah asam jawa muda.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikanNYA.