Minggu cuti persekolahan ini pasti ibubapa kalau upaya mesti pasang hajat nak meluangkan masa bersama-sama anak. Syukur Alhamdulillah Sabtu lepas kami dapat membawa permata-permata hati kami ke Kundasang untuk berkunjung ke cattle dairy farm yang menjadi tempat pelancongan terkenal di situ. Jadi di Kundasang sekarang bukan sekadar mencuci mata melihat kebun sayur-sayuran. Tetapi ada juga tempat yang dapat kita rasa pengalaman seperti ladang lembu di Eropah mahupun New Zealand. Tak perlu beli tiket ke luar negara, di Kundasang pun ada, Gambar No. 1 adalah gambaran ladang lembu sebelum sampai ke tempat untuk membeli tiket masuk. Mirip pemandangannya dengan ladang di Eropah pun ada kan.
Tiket masuk untuk orang dewasa RM5, untuk kanak-kanak yang sudah bersekolah RM4. Lepas dah bayar tiket kereta akan lalu jalan berair. Cuma jalan masuk ke bangunan utama dari tempat bayar tiket sangat teruk. Orang yang dah biasa lalu jalan gravel macam Tukang Kebun pun rasa teruk sangat. Patut diperbaiki jalannya. Naik kereta 4 pacuan roda pun rasa melambung-lambung. Kereta biasa pun boleh masuk juga, just drive slowly and carefully macam speed kereta lembu. If you're pregnant dan senang bleeding, Tukang Kebun tak syorkanlah selagi owner tak perbaiki jalanraya. Tapi dari luar entrance pagar pun bolehlah juga selfie sama sapi.
Kanak-kanak memang excited tengok lembu. Bukannya tak biasa tengok lembu, yalah lembu tanah rendah tu pun biasa gak tengok lintas jalan kampung yang ada warna putih, coklat atau hitam semua. Cuma excited sebab lembu tanah tinggi di Kundasang ini macam dalam documentary di Eropah jadi lebih teruja. Jika Bahasa Sabah 'Lembu' is 'Sapi'.
Sampai-sampai je pergi beli ice-cream dulu. Terliur pula tengok pelancong lain menikmati ice-cream atau susu segar. Ice-cream ada perisa coklat, vanilla dan durian. Ada jugalah tempat macam cafe kalau nak rilek-rilek ada kerusi meja di luar.
Sambil tunggu anak-beranak pergi beli ice-cream, Tukang Kebun menjamu matalah di luar. Geramnya tengok pokok-pokok bunga crinum berbunga. Lebih-lebih lagi yang jenis ini belum ada lagi. Sekarang di Kundasang memang meriah bunga dari bebawang berbunga sebab dah lama masuk phase musim panas dan kering. Kundasang pun tak sesejuk musim lain, sekadar T-shirt lengan pendek boleh tahan lagi. Cuma cuaca just nice compare kalau turun semula ke tanah rendahlah.
Sambil habiskan ice-cream dok menatap lembu-lembu je lah di kawasan ini. Yang kat area ni macam saiz lembu remaja lagi. Puas mata memandang kehijauan banjaran crocker sekitar Gunung Kinabalu. Macam di Switzerland rasanya.
Kalau tumbuhan dari kawasan temperate memang amat mudah tumbuh di tanah tinggi Kundasang ini. Terubat rindu juga tengok pokok crocosmia berbunga di ladang lembu ini.
Anak-anak paling gembira apabila pergi section kawasan mana anak-anak lembu dan kambing boleh berikan minum dari botol susu atau rumput. Jika nak bagi feeding botol susu sebotol RM1.50, seikat rumput RM1.00 . Very enterprising.
Sebab saiz lembu dan kambing pun kecik jadi anak-anak pun memang beranilah nak pegang. Dearest husband pula rasa nostalgia sambil urut-urut leher kambing, katanya kalau dulu kerja sembelih kambing syok dapat saiz kambing macam ini. Sembelih 100 ekor lebih dalam sehari pun masih beres dibuat berbanding ram yang dah matang. Dearest husband kata memang jenis kambing ini yang jenis jinak.
Ada nak dekat sejam juga rasanya kami melepak di tempat kandang ini bagi puas anak-anak bermesra dengan anak lembu dan kambing. Memang ramai nak rasa pengalaman menyusu anak kambing dan lembu dengan botol susu tidak kira umur. Ilhan pula bagi komen susahlah nak beli lembu Mama. Mama pula kata nak beli lembu tak susah kalau ada duit, nak bela yang susah kalau tak gotong-royong. Kalau Mama sorang jaga tak terdayalah kalau Ilhan tak menolong.
Ada juga platform dalam bangunan boleh pelawat menyaksikan operasi memerah susu lembu. Fresh milk di sini sedap rasanya. Budak-budak suka minum. Mama Papa pun suka minum. Susu dari farm ini boleh didapati di supermarket sekitar Kota Kinabalu dengan label 'Desa Farm'. Jika beli susu segar di sini direct 1 liter sekotak RM6.00.
Syukur Alhamdulillah anak-anak memang seronok pergi ke sini kali ini. Puas hati Mama Papa. Bukan selalu dapat membawa mereka jalan-jalan. A good experience for the whole family.
Terima Kasih semua kerana sudi meninggalkan jejak di komen dan silent reader semua. InsyaAllah bila diberi kelapangan nanti Tukang Kebun visit tanya khabar dan ikut perkembangan juga ya. Hari ini baru selesai menjadi penceramah jemputan untuk staff politeknik mengenai pengenalan kepada Teknologi Hijau. Jemputan pun last minit. Ada 3 hari je nak pulun membaca dan buat slide ceramah. Bukan bidang Tukang Kebun, but nice experience jugalah sebab dapat menambah ilmu-ilmu ikut perkembangan hot topic dan new invention. Banyak rama-rama gaklah dalam perut, sebab pertama kali diajak jadi penceramah jemputan.
tukang kebun balik kg lagi ker...saya jugak yang tak balik2....tak sabar tunggu bulan 5, lama dah tak balik.
BalasPadamKundasang...antara tempat yang saya ingin lawati tapi belum tersampai hajat..
BalasPadamLadang lembu ni memang macam luar negara ya pemandangannya...happy holiday Diana & tahniah dijemput jadi lecture..permulaan yang baik tu..
Farm yg sudah terkenal ini kakak belum pernah sampai tau
BalasPadamTengok anak-anak semua senyum gembira.
Walau cuaca agak panas tapi kawasannya masih menghijau sejuk mata memandang.
Pernah ke sini 2 tahun lepas. Gravel tu yg tak menahan. Batu jln punya besar2. Sepatutnya pihak pengurusan buat lah aspal jln.
BalasPadamPegi kundasang 2 tahun lepas terlepas Dairy Farm... memang rugi... memang plan nak pi lagi... heheheheh cantik pemandangannya... pemandangan lembah di Tamu kundasang pun tidak kurang cantiknya... banyak perkara terlepas la jugak semasa di area Tanak Balu, Poring, Kundasang... tapi insyaAllah plan lain kali pula... Diana, kalau dapat beli crinum yang 2 warna tu.. pink n putih tu... akak nak satu set... hehehehe ~Haslina
BalasPadamSalam Bahagia Nasa Mulia.
BalasPadamOh Tahun ini memang banyak peluang menghabiskan masa di kampung.
Salam Bahagia Kak Mala.
InsyaAllah ada peluang dapat juga nanti melancong ke Kundasang.
Bila nak pergi nanti beritahu jugalah kami, mana tahu ketika itu kami berada di Sabah juga.
Ya ladang lembu ni nampak macam kita berada di luar negara.
Thank you Kak Mala...gemuruh rasa nak bagi ceremah tapi moga menjadi pengalaman yang bagus dan dapat asah skill untuk menyampaikan sesuatu.
Salam Bahagia KakZakie.
Ya anak-anak sangat seronok sekali.
Lain kali rasa nak pergi juga lagi sekali.
Lebih-lebih lagi di kawasan tanah rendah sekarang tengah melanda bahang panas yang teramat rasa nak lari kejap duduk di tanah tinggi cuaca kurang sikit panas.
Salam Bahagia Carlz.
Wah 2 tahun lepas pun jalannya sama teruk ke.
Ingatkan mula-mula mungkin sebab gempa bumi ke apa.
Itu sebelum gempa bumi kan.
Mungkin diaorang sengaja biarkan begitu supaya tak mudah orang mau curi angkut lembu pada waktu malam lari curi kut.
Salam Bahagia Kak Ina.
Memang tak puaskan kalau nak pergi semua sekali harung. Memang tak sempat.
Kami pergi ke Kundasang kali ini memang aim nak ke Dairy Farm yang lain tu kira bonus hehehe....
Kalau Diana terserempak crinum yang tak pernah offer sebelum ini, InsyaAllah shopping untuk bahagian Kak Ina sekali.