Halaman

Khamis, 21 April 2016

Alluring Almond Allamanda

  Yang makin rancak-rancak berbunga di kala musim panas bahang ini ialah si Almond Allamanda. Pokok bunga allamanda ini adalah pokok tropikal yang amat gemar menerima cahaya matahari yang banyak.  Penjagaannya juga amat mudah. Recommended for novice gardener. Janganlah kawan sayang sangat padanya biarkan ianya terperap di tempat teduh. Pokok allamanda ini kalau nak ianya bunga with glory kenalah letak di tempat yang menerima pancaran cahaya matahari yang banyak. Pertumbuhannya pun amat pesat. Boleh juga nak tanam dalam pasu untuk balcony gardeners. Tersembul-sembulkan keluar tangkainya dari railing balcony macam air terjun. 
  Jika nak merimbun pokoknya, kena rajin juga pruning masa musim hujan. Kalau akarnya dah banyak ianya dah lebih mudah nak hidup berdikari. Kekadang bila pindahkan mungkin akan nampak moyok beberapa hari, kalau daunnya kecut jangan risau trimming je. Bila akar pokoknya dah settle in dekat rumah baru, sekejap je dia naik semula pokoknya keluarkan tunas-tunas baru. 
   Stok yang ada minggu ini dah besar, rupa-rupanya Tukang Kebun lupa nak masukkan dalam senarai dari bulan lepas. Stok yang ada sekarang biasanya kalau di nursery Sungai Buloh diletakkan harga RM40 gitu pun ada. Kalau self-collect yang booking awal dulu ambil hujung minggu ini ada pokok almond allamanda ini dah tinggi lebih 1 meter.

~ 1 pot Almond Allamanda RM15.00 ~

Self-Collect Schedule This April Month:

~ 23rd/24th/30th April 2016 Saturday/Sunday Morning 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan dengan exit Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

5 ulasan:

  1. Dee ada buat delivery/post dlm pot itu ke?
    Kakak geramlah tengok:)
    Kalau dekat nak juga kakak beli satu pot yg RM15/- tu.

    BalasPadam
  2. cantiknya...
    bunganya warna kuning ke?
    kalau betul, org kampung biasa panggil bunga loceng

    BalasPadam
  3. Wah...suka juga alamanda...kat rumsh ada 2 saja...kuning dan maroon2 sikit...

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak Zakie.

    Yang ni ada juga boleh dipos Kak Zakie.
    InsyaAllah lepas cuti buruh akan kami pos.
    Thank You.

    Salam Bahagia Khairul.

    Yang ni bunganya warna krim coklat gitu bukannya kuning.
    Saiz bunganya pun lebih besar dari yang biasa ditanam warna kuning bunga loceng tersebut.
    Tekstur daunnya juga ada kelainan.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Warna bunganya unik kan rare sket.

    Salam Bahagia Kak Fida.

    Alamanda ini suka salah satu sebabnya mudah nak bela.

    BalasPadam