Jenis adik-beradik Iris yang bersesuaian dan mudah untuk tanam di kawasan tanah rendah tropika adalah jenis yang dipanggil walking iris. Yang berwarna kuning lebih mudah dibela berbanding dengan warna lain. Untuk novice gardeners di tanah rendah Malaysia ini yang dah lama berangan-angan nak tanam iris, Tukang Kebun lebih recommend ambil pengalaman tanam jenis walking iris ini terlebih dahulu. Jika walking iris ini ditanam di kawasan tanah rendah tropika bila dah well-established bak kata orang Eropoh atau dah tumbuh subur di situ dah masuk dalam golongan 'hard to die plant'. Tambahan pula pokok ini bila dah well-established adalah drought-hardy plant. Tahan dengan perubahan cuaca tropika sepanjang tahun.
Seperti kebiasaan jenis pokok-pokok iris lain yang ada rizom, yellow walking iris juga ada rizom walaupun taklah sebesar rizom German Iris/tall bearded Iris. Atas sifat tersebut juga, rumpunan-rumpunan pokok walking iris bunga warna kuning ini di Kebun Bahagia Bersama kami tak perlu siram langsung regardless tengah kemarau panjang. Pokok yellow walking iris yang menariknya boleh sesuaikan diri untuk hidup dalam penerimaan cahaya matahari yang banyak hingga ke kawasan redup. Sepanjang tahun hijau sahaja daunnya kecuali ada kemungkinan yang kesan terbakar daun jika musim panas bahang diletakkan di tempat sepanjang hari terima cahaya terik. The best spot will be kawasan yang masih menerima pancaran matahari macam samar-samar takdelah redup sangat seperti gambar No.2 di atas. Kalau dalam landskap amat sesuai ditanam juga berdekatan dengan kolam atau air.
Pokok walking iris warna kuning ini boleh juga hidup dalam pasu. Ianya juga boleh dijadikan pokok hiasan dalam rumah. Kalau nak ceriakan ruang tamu atau tandas anda, boleh juga hiasi dengan pokok bunga kuning yellow walking iris. Kalau dalam cuaca tropika ini, Tukang Kebun perhatikan musim bunga kuning walking iris ini ada beberapa kali rajin mood berbunga. Lebih meriah berbunga masa musim hujan ada juga, suka agaknya bila dah lama tak dapat siraman air. Untung orang duduk tropika ini dapat tatap banyak kali bunga kuning walking iris berbanding dengan kawasan 4 musim. Kalau kawasan 4 musim tu, cuma sekali sahaja musim berbunga bearded iris atau German Iris dan Fairy Iris itu sepanjang tahun (you see it only once a year).
Sebenarnya pesanan untuk pokok yellow walking iris di Kebun Bahagia Bersama trend tahun ini, Tukang Kebun tengok penerimaan banyak dari Borneo. Jadi untuk menjimatkan kos penghantaran, bagi bulan Mei 2016 ini, kami tawarkan pokoknya dalam bentuk moist bare-rooted tanpa tanah. Mudah sahaja penjagaannya, bila terima tanam bahagian yang ada akarnya dalam tanah dan siram setiap hari. Letak di kawasan penerimaan cahaya samar-samar supaya pertumbuhannya lebih cepat berbanding dengan kawasan yang redup. Biasanya untuk pokok yang daunnya tinggi lampai dah tinggi akan ditrim semasa persiapan penghantaran. Lebih baik ditrim sebelum ditanam di tempat baru untuk moist bare-rooted, supaya pokok tak habiskan tenaga kepada daunnya tapi memulakan kehidupan yang baru dengan bagi kerja atau lebih tenaga kepada akarnya untuk settle down first. InsyaAllah cepat semula pokoknya menyesuaikan diri semula di rumah baru.
Cuma Tukang Kebun tak berapa nak galakkan mulching keliling pangkal pokok bunga yellow walking iris ini terutamanya musim hujan. Sebab kalau lembap sangat nanti takut diundangnya red mites ke akar yellow walking iris. Jadi biarkan pangkalnya terdedah with good air circulation without the use of mulch.
Untuk bulan Mei 2016 ini, ada promosi 3 moist bare-rooted plant yellow walking iris for RM10.00 (promotion valid only for Mei 2016).
Syukur Alhamdulillah nampaknya banyak bawang-bawang hippeastrum yang dah bangun dari tidur dan mekar hujung minggu ini sebagai contoh gambar di bawah dan di atas. Terima kasih banyak-banyak juga kebelakangan ini mendapat khabar berita dari gardeners lain yang pernah mendapat bekalan bawang hippeastrum dari Kebun Bahagia Bersama juga telah dapat tatap bunganya. Siap ada bawang bunga hippeastrum kami lupa tanam dah terbabas berbunga tanpa tanah pun.
Tidak ketinggalan juga pokok orkid pink Trumpet's Player pun ada yang berbunga hampir tak perasan sebab terlindung dengan daun-daun anggur.
Untuk bawang hippeastrum yang warna peach atau salmon pink seperti gambar No.3 sahaja available sekarang untuk dibekalkan. Freshly dug out from Kebun Bahagia Bersama. Untuk bulan Mei 2016 ini, promosi 2 bawang hippeastrum warna salmon pink ini for RM10 (tawaran sah untuk bulan Mei 2016 sahaja).
I love how your ornamental plants are given such natural setting. They are beautiful
BalasPadamK Mar book walking iris..
BalasPadamSalam Bahagia Ines.
BalasPadamThe weekend gardeners don't have much time to give many TLC but they grow better that way probably.
Thank you for your precious time visiting us here.
Salam Bahagia Kak Mar.
Orait nanti kami email ya.