Halaman

Rabu, 11 Mei 2016

Unggas Suka Nangka Masak

  Syukur Alhamdulillah antara rezeki di kebun yang tidak putus-putus mengisi perut unggas di Kebun Bahagia Bersama juga ialah buah nangka. Memang buah ini kalau tak termakan patut juga kami kongsikan dengan unggas, sebab mereka yang tolong bajakan dengan kerap. Tempat unggas berteduh dan korek-korek tanah di keliling pokok sambil mencari ulat. Buah nangka bila Tukang Kebun tersemak semula photo archives, terjumpa pula gambar baru nak membesar dan sudah nak masak seperti deretan Gambar No. 1 di atas. Nak dekat masuk 3 bulan juga menunggu. Telah siap dibungkus Ahad lepas, untuk pastikan tupai tak tebuk dahulu. Sebiji nangka yang kebarangkalian dah elok dituai hujung minggu ini dah kena booking. Jika yang berminat ada lagi dalam proses juga sedang mula nak meranum (boleh booking dulu, dah nak ready akan kami contact). Buah nangka besar gitu 1 tingkat dalam peti ais pun boleh penuh bila dikeluarkan ulasnya.

~ 1 biji buah nangka yang meranum RM20.00 (100% Organically grown).
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Juga buah segar available hujung minggu ini adalah buah pisang nangka organik yang 1 sisir RM5.00.

~ 5 biji pinang muda RM2 ~
~3 biji pinang masak RM2~
~ 1 kilogram buah kuning telor/canistel RM5.00 ~
  Buah nangka masak ini memang kegemaran unggas Kebun Bahagia Bersama. Lebih-lebih lagi anak angkat angsa Tukang Kebun si Momo. Meluru-luru Momo datang dekat kalau bau nangka yang dah ditebuk tupai dah masak dipotong jatuh ke tanah. Mulalah Momo buat gaya dan muka manja minta dibelah-belah buah nangka supaya mudah ia makan.
  Tidak ketinggalan juga semua anak-anak ayam mutiara kelahiran Kebun Bahagia Bersama juga pasti pernah merasa makan buah nangka masak. Saiz kanak-kanak dan remaja riang yang duduk di kandang juga akan diagih-agihkan supaya mereka makan makanan seimbang fresh food juga dan bukan dibesarkan hanya dengan process food. Buah-buah yang dah busuk berulat ada ulat dalamnya jadi protein jugakan kepada unggas. 
  Sekarang ini untuk jenis ayam mutiara yang dewasa ada 6 ekor bebas meronda-ronda di Kebun Bahagia Bersama. Kebelakangan ini hanya nampak 5 ekor (gambar No.2 ), jadi tak pasti sama ada  seekor ajal dah sampai atau seekor betina bergilir-gilir seperti dulu duduk mengeram di tempat yang susah nak cari (related posting klik sini). Big Boss dan Tuan Tanah bila balik ke Sungai Buloh pun seronok tengok bilangan ayam-ayam mutiara yang lebih banyak dari dahulu.

  Cuma ada satu je masalah dengan ayam mutiara yang kelahiran berlainan batch ini. Nampaknya ada sikap territorial dan seniority complex. Semasa pertama kali kami lepaskan batch pertama ayam-ayam mutiara lepas mereka dah agak nak dewasa, banyak yang mati dan cuma yang tinggal hanya betina dan 2 jantan veteran asal dahulu berada di kebun. Pemerhatian macam saiz yang lebih besar dahulu satu persatu mati (bukan dengan cara kalau predator musang yang buat), yang tinggal cuma saiz kecil macam betina je survive. Detik hati macam perangai territorial jantan ayam mutiara ni kalau campur geng lain. Jantan ini jadi more possessive bila dah musim bertelurnya dah dekat.
  Alkisah bulan lepas, batch kedua yang masih terpaksa duduk dalam kandang 5 terkeluar seekor semasa diberi makan. Beberapa hari kemudian ditemui mati seperti di atas. Jadi rasanya betullah sangkaan kami yang dah lama dalam dilemma nak bebaskan batch 2 ni terpendam sampai sekarang. Terasa kalau kami lepaskan memang jantan senior di luar itu akan kerjakan jantan junior. 

  Itupun hari tu ayam-ayam mutiara batch 1 buat perangai, dikerjakan anak ayam dalam sangkar seperti gambar atas. Sebelum suami tukang kebun keluar sekejap beli makanan ayam, dah nampak batch 1 ayam mutiara ini macam berlegar-legar pusing sangkar anak ayam (acting innocence) yang diberikan main-main dengan rumput. Lepas balik ternampak tradegi di atas. Ayam mutiara yang good tactician ni punya kerja ini, pandai pura-pura kat depan, takde je mulalah. Ayam mutiara if they have good team members, memang boleh kerjakan ular juga. Nampak mood mereka agak aggresive sekarang, so hopefully musim bertelur jadi harapnya muncullah seekor itu nanti.

  Memandangkan yang duduk dalam kandang 5 pun bulan depan dah hampir masuk alam dewasa. Kemudian, kami tak dapat bebaskan mereka lagi memandangkan batch 2 ini juga back up batch 1 yang bebas di luar jika jadi apa-apa macam kes musang meroyan (related posting klik sini). Betina memang nak simpankan, tapi takut jantan berperang pula bila dah mula musim nak bertelur nanti. Jadi kami fikir-fikir jika ada extra akan kami jadi bekalan daging segar ayam mutiara nak maintain harmoni rumahtangga ayam mutiara kandang 5. Ada very limited livestock, jadi kami cuma akan bekalkan pada Sabtu/Ahad minggu pertama bulan June (self-collect sahaja). Yang memang teringin kena minta simpankan awal-awal.

~ 1 ekor ayam mutiara dewasa RM80 (matang dah lebih 5 bulan) <live/proses>~
  Harga anak ayam mutiara seekor memang lebih mahal dari anak ayam kampung. Sebagai contoh, di sebuah petshop tempat biasa kami beli stok petfood, awal tahun ini harga sepasang ayam mutiara toddler macam gambar di atas belum sebulan RM55. Kemudian, ada juga Tukang Kebun bila sepasang ayam mutiara di Tamu Sabah macam saiz anak ayam mutiara di Sabah untuk Big Boss RM70. Kemudian tanya ayam mutiara besar macam gambar bawah di Tamu Gaya, Tauke kata RM150seekor.
   Bulan Mei 2016 ini, untuk livestock ayam kampung dah fully reserved. Jika ada rezeki, InsyaAllah bulan June depan ada livestock semula kalau membesar bagaikan juara dengan cepat. Hujung minggu ini yang batch boiboiboi (related posting klik sini) dah fully reserved.

  Antara fresh goodies available hujung minggu ini:

~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.
~ 1 ikat pucuk assam gelugor RM1.
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.

 Limau minggu ini pesanan ditutup sebab dah ada booking.
  Antara pokok buah-buahan yang sedang rancak berbuah sekarang juga adalah buah ceri barbados seperti gambar di atas. Jika ada rezeki kalau makhluk Allah lain tak jamu dulu sebelum hujung minggu yang berminat boleh juga masukkan dalam wish list. Setengah plastik bungkus makanan saiz sederhana diisi dengan buah organik ceri barbados RM2.00 (Self-collect sahaja).


Self-Collect This Week:


14th/15th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

5 ulasan:

  1. assalamualaikum diana
    wah macam2 ad akat kebun diana
    yg best tengok nangka tu
    nak yang muda nak buat sayur heee

    BalasPadam
  2. Subhanallah... kakak kalau masuk kebun sini memang dua-tiga kali ulang tengok lagi walau bacanya sekali aje.

    Sayanglah ayam tu mati. Puas kalau gini hasilnya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Diana,
    mahal rupanya harga ayam mutiara ni ya, baru Julie tahu...lebatnya pokok ceri kakak berbuah ya, Pokok ceri yang Julie beli dari kakak pun start sdh berbunga, harap2 berbuah lebat juga macam pokok ceri kakak, tapi musim hujan sdh di daerah Pontian ni, harap2 menjadilah buah ceri tu. Bestnya la kalo dekat, dapat juga merasa kemanisan buah nangka kebun kakak hehe...

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam Kak Noor.

    Antara menu Ramadhan ini terfikir pula nak cuba masak kari isi nangka muda dengan udang galah kalau budget dapur lulus hehehe...

    Salam Bahagia Kak Mar.

    Suka pula si ceri barbados dengan cuaca beberapa minggu ini sehingga pokok di kebun depan dan belakang amat meriah serentak berbuah.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Itulah sayang sungguh bulan ini macam tenaga physical ayam berkurang sket setelah lama menghadapi cuaca begini agaknya.

    Waalaikumsalam Julie.

    Ya harga ayam mutiara mahal Julie.
    Anak berumur 2 minggu je di Semenanjung Malaysia purata RM15, kalau di Sabah dah 2 kali ganda harga RM35 gitu seekor.
    Apatah lagi harga yang dah matang dewasa.
    Bulan Ramadhan ini ingat nak makan besar rasa ayam mutiara belaan sendiri lak.

    InsyaAllah berbuah lebat pokok Ceri Barbados Julie. Ada hujan ini juicy sikit.

    BalasPadam