Halaman

Rabu, 22 Jun 2016

Nuzul Quran

 Ada negeri di Malaysia yang public holiday hari ini sempena Hari Nuzul Quran. Ada juga yang sepatutnya cuti tapi masih bekerja kerana syarikat nak drag ke cuti Hari Raya Aidilfitri nanti untuk kasi lebih hari bercuti. Bagi yang bercuti pasti manfaatkan hari ini untuk persiapan Aidilfitri. Tukang Kebun hari ini curi masa sedikit setelah lama tidak dapat bersiaran nak maklum hari terakhir untuk self-collect day dan pengeposan sebelum raya. Sebelum raya Aidilfitri ini, pengeposan hari terakhir akan kami buat adalah pada 27hb Jun 2016. Manakala untuk self-collect day hari-hari terakhir sebelum Aidilfitri adalah seperti berikut:

~ 25th/26th June 2016 Saturday/Sunday morning between 11:00AM~11:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Guthrie Corridor Highway Exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama). Please confirm before the meeting.
 Antara adik-beradik keluarga 'Sapote' yang dapat dibekalkan segar dari Kebun Bahagia Bersama ialah yellow sapote (Canistel) dan brown sapote (Ciku).

~ 1 kilogram buah kuning telor RM5.00 (boleh pos).
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 (boleh pos).
~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 (boleh pos).
Minggu ini jenis pisang yang available masih dekat pokok lagi hari ini, ialah buah pisang kadau (1sisir RM5.00). Tak boleh tunggu kulitnya bertukar kekuningan banyak nanti kena santap dahulu di atas pokok. Pisang kadau bila dah masak bertukar warna kuning. Pisang kadau ini sama jenis dengan pisang raja udang yang berkulit merah buahnya.
  Musim buah nangka juga masih berterusan lagi.

~ 1 buah nangka masak RM20.00 .
~ 1 buah nangka muda RM5.00 .

~ 3 buah pinang masak RM2.00 (boleh pos) .
~5 buah pinang muda RM2.00 (boleh pos) .
 Manis agaknya musim buah Nenas Madu Sabah dalam bulan Ramadhan ini, baru masih kulitnya nampak ada tanda nak kekuningan dah kena santap dengan tupai. Bila dah nampak tanda ada kuning sedikit baik tuai peram dalam dapur. Dapatlah merasa jus nenas dari kebun sendiri bulan puasa ini. Buah jambu batu merah pun ada juga kekadang tak perasan gugur buahnya dah ranum di tanah. Tapi kuantiti tak cukup nak buat jus batu merah kecuali jus mixed fruit.

~ 1 ikat pucuk assam gelugor RM1.00 ~
  Buah kelapa yang muda-muda mudah dicapai semua dah kami buat airnya untuk berbuka puasa. Jadi bulan puasa ini kami tak bekalkan kelapa muda sebab penat dan tinggi nak mengait panjat dalam bulan Ramadhan ini. Nanti terbuka puasa pula. Jika buah kelapa tua kami bekalkan bulan Ramadhan ini, begitu juga yang sudah siap dikukur isinya.

~ 1 biji buah kelapa yang sudah dikukur RM2.00 .
~ 3 biji buah kelapa tua RM5.00 .

Untuk special bulan Ramadhan ini:

~ 2 sulur Nenas Madu Sabah RM5.00 .
~ 1 bibit buah kelapa gading RM5.00 (ada stok yang tinggi sudah pelepahnya).
 Yang nak masak-masak gunakan pelbagai daun herba bulan ini, kami juga bekalkan daun-daun berikut:

~ 1 ikat daun salam (Nusantara BayLeaf) RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .

Dipetik segar dan tumbuh secara 100% Organik.
 Untuk yang menghadapi masalah lawas buangan kecil/besar boleh juga gunakan daun pucuk nam nam/katak puru untuk penawar alternative.

~ 1 ikat pucuk daun nam nam/katak puru RM1.00 .
 ~ 1 ikat pucuk muda dan bunga daun assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00 .

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .

 Yang nak pesan ayam-ayam kampung kena confirm cepat ya, sebab reban dah nak kosong. Hampir kesemuanya dah di booking.

~ 1 ekor ayam kampung RM25.00 .

8 ulasan:

  1. Pokok Canistel ada tak Diana...akak nak beli dua pokok...

    Cuma akak tak dapat berkomunikasi melalui email sebab line tak ok sangat. Mohon Diana PM akak yer...no fon ada kat blog.

    BalasPadam
  2. naper lah jauh rasanya sungai buloh tu...
    dlm banyak2 tuh paling terliur ngn buah canister tuh kak...
    tak penah merasa mcmne lah, pertama kali nampak kt blog akak lah ni...
    pas2 raya nnti nk try jgk la mengoder... dh lapang2 tak terkejar2 tuh

    BalasPadam
  3. Bunga asam gelugor tu cantik pulak bila dipotretkan.
    Macam bunga orkid. Padahal selalu nampak tapi tak perasan:)

    BalasPadam
  4. Bahagia sungguh tengok hasil kebun Diana..kalaulah dekat2 mau hari2 kak pi beli..buah2an semua tu feveret..tak tahan tengok

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Diana & family..
    best tengok pic2 hasil buah2an & sayur2an dr kebun kakak ni, lagi2 buah kuning telor tu...teringat2 Julie dgn buah kuning telur smoothie yg Julie buat tempoh hari, InshaAllah kalo ada rezeki, mau beli lagi buah ni dari kakak...Selamat berpuasa & selamat menyambut lebaran buat kakak sefamily, semoga gembira menyambut lebaran nanti kak...mohon maaf atas segala salah & silap Julie :)

    BalasPadam
  6. Ini di melaka ke?
    Pokok resel ada ke?

    BalasPadam
  7. Klu ada saya nak dtg rmh ambil benih.call 0123418841

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Kak Fida.

    Pokok canistel ada.
    Tak jumpa no fon. hari tu dekat blog Kak Fida, kelam kabut nak uruskan pelbagai sebelum raya.
    InsyaAllah nanti jenguk semula.

    Salam Bahagia Dana.

    Bila dah ada kelapangan, bolehlah jenguk-jenguk semula musim apa yang berkenan di Kebun Bahagia Bersama.

    Salam Bahagia Kak Zakie.

    Iya kan bunga asam jawa tu nampak macam orkid.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Syukur Alhamdulillah nasib pokok buahnya banyak berbuah. Kalau sikit nanti tak sempat nak merasa sebab kena berebut dengan makhluk Allah yang lain.

    Waalaikumsalam Julie.

    Syukur Alhamdulillah dapat juga Julie buat smoothie dari buah kuning telor yang dipos lalu.
    Kebelakangan ini jarang betul dapat ambil gambar tuaian sebab asyik nak cepat je banyak kena uruskan.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Julie sekeluarga.
    Tahun ini beraya di mana?

    Salam Syawal.

    Anak pokok roselle tiada stock.
    Jika biji benih InsyaAllah ada.

    BalasPadam