Halaman

Ahad, 31 Julai 2016

Kacang Tanah Harimau

   Hari ini Tukang Kebun nak update stok segar biji benih kacang tanah kampung dibranded harimau ada dalam senarai semula di catalogue Kebun Bahagia Bersama. Kacang Tanah Harimau ini juga dikenali sebagai Kacang Tanah Pulut. Jenis Kacang Tanah Pulut ini adalah kegemaran jenis kacang tanah kampung yang Tukang Kebun suka sangat bila direbus. Terutamanya bahagian dalam yang selaput setelah kulit kacang itu boleh dimakan rasa lemak betul Bukan sahaja isinya yang sebutir-butir sahaja yang sebelum dimasak kacang tanah mentah matang berwarna berkulit putih dan berbelang-belang merah. Tapi seperti gambar di atas ada nampak selaput keputihan di kulit kacang. Bahagian itulah lepas direbus sedapnya dikikis makan juga lebih-lebih lagi yang belum matang betul.
  Jika ada rezeki untuk yang berminat nak rasa kacang tanah kampung tempatan yang bukan dari Tanah Besar Cina, InsyaAllah kami boleh bekalkan pada pertengahan bulan Ogos 2016. Jenis belum pasti lagi yalah kulit semua warna sama sahaja selagi tidak digali dan dikopekkan (Maybe jenis taragang/tadong/harimau not sure which one). Kulit kacang pun tak proper bersihlah ada tanah-tanah juga macam dalam gambar. Tukang Kebun tak nak cuci betul-betul sebab sekarang musim hujan susah nak kering ambil masa nanti lagi tak tahan lama. Elok biar tanahnya kering sendiri dan ketuk-ketuk ja biar tanahnya jatuh. Pastu spread dekat upih. Jangan disimpan dalam plastik nanti berkuap. Kalau tak kering betul nanti dia mudah berkulat. Jadi simpan di tempat kering supaya tahan juga berbulan-bulan. Boleh dipos. Yang self-collect hanya pada 20/21 hb Ogos 2016. Untuk kacang tanah tempatan open reservation sehingga 11hb Ogos 2016.

~ 1 kilogram kacang tanah segar RM12.00 (limited reservation only)~
  Sebelum direbus cuci-cucilah dulu ya sebersih mana dan rajin yang boleh dengan air. Biasanya Tukang Kebun rebus lama juga nak biarkan empok isinya, biasanya sampai tambah air sekali lagi bila dah hampir kering air rebusan asal dan biarkan hampir kering airnya sekali lagi. Nak rasa lemak-lemak campurkanlah dengan garam sikit masa merebus.

  Jika ada nak merasa tanam kacang tanah sendiri juga boleh. Tak susah pun bijinya nak bercambah. Cuma berhati-hati ya walaupun bijinya besar jangan rendam dalam air sebelum disemai. Elakkan style rendam biji benih dahulu sebelum disemai untuk biji benih kacang tanah. Takut mudah reput dan berkulat kemudian biji benihnya sambil ada pertumbuhan yang akan menyebabkan anak pokok mati. Keperluan air dan makanannya sederhana sahaja. Baja jangan berlebih dibaginya. Cahaya matahari nak banyak.

~ 1 pek anggaran 20 biji benih kacang tanah harimau RM3.00 ~


  Pertumbuhan kacang tanah ini ada peringkat ianya akan menghasilkan bunga-bunga comel yang berwarna kuning. Kemudian selepas musim bunga kacang tanah akan terbentuk sulur-sulur seperti gambar di bawah. Bila dah nampak banyak sulur-sulur ini keluar dan terbenam ke dalam tanah elok timbus dengan tanah buat bukit dekat bahagian bawah  pastikan semua sulur-sulur kacang ini dalam tanah. Bahagian inilah yang akan menghasilkan buah-buah kacang dalam tanah. Ini peringkat kena rajin timbunkan tanah buat batas macam berbukit supaya semua sulur yang terdedah tertimbus dengan tanah. Kalau tiada faktor yang tidak diduga biasanya pokok kacang tanah akan mula nampak macam nak habis riwayat bila buah-buahnya dah mula matang di bawah tanah itu.
  Gambar di bawah, contoh kacang tanah harimau setelah direbus. Enaknya makan kacang tanah harimau panas-panas baru lepas direbus pada musim hujan ini waktu teatime. Berebut-rebut satu keluarga menikmatinya, permata-permata hati pun leka nak kopek sendiri makan. Bagus sekali-kala diberikan protein dari jenis tumbuhan untuk pembesaran mereka. Kalau kacang tanah kampung bukan Genetically Modified Organism (GMO-penyebab pelbagai allergy) jadi tak khuatirlah nak tambah dalam diet anak-anak. Berikanlah mereka pengalaman nak rasa true flavor of kacang tanah bukan asyik peanut butter sahaja.

Sabtu, 30 Julai 2016

Kasturi

   Limau kasturi adalah buah citrus yang asalnya adalah dari Asia Tenggara. Ini adalah buah anugerah dari Maha Pencipta yang sesuai untuk kita yang duduk di Malaysia ini dengan perubahan cuaca sepanjang tahun amat sesuai tumbuh di tempat kelahirannya. Kandungan vitamin C memang sudah sedia maklum diselidik bahawa kandungannya berubah dengan perubahan cuaca semasa buahnya membesar. Jadi nilai kandungan vitamin C itu akan berubah-ubah. Pasti perubahan itu jika didalami atau make a link mungkin keperluan kuantiti vitamin C yang diperlukan oleh penduduk tempatan yang dapat ambil manafaat dari buah kasturi ini. Connection can be made with the weather, vitamin C content and the status of community health that live on the same area of  where the calamansi lime fruit is produce and consume in their daily life. Walaupun size buah limau kasturi adalah kecil tapi kandungan nutrisinya tidak mengalah juga dengan jenis citrus yang lain.

  Begitu juga ada penyelidikan yang report bahawa kesan suhu terhadap buah citrus yang telah diekstrak dijadikan jus akan menyebabkan perubahan dengan kandungan vitamin C. Oleh itu cara kita simpan jus buah limau juga adalah penting untuk mengekalkan kandungan vitamin C tidak banyak berkurangan atau hilang. Elok disimpan dalam peti ais yang gelap terus dari dibiarkan lama pada suhu bilik. Yang "lime" digunakan dalam penyelidikan di atas ialah jenis limau nipis (citrus aurantifolia) bukan jenis limau kasturi (citrus microcarpa).
  Jadi adalah alasan kawan-kawan nak minum jus limau sejuk-sejuk ya. Nak hindarkan dari kandungan Vitamin C degraded atau berkurangan. Macam jus limau kasturi asam boi memang kalau lagi sejuk lagi banyak ais lebih sedap rasanya masuk tekak kan. Tapi gula tu kasi berkuranganlah ya. Hari Raya Aidilfitri lalu ada juga kami sediakan air limau kasturi asam boi. Perbezaan ketara untuk buah limau kasturi dan lemon ialah kandungan gula, Vitamin A dan citric acid dimana: kandungan gula dalam lemon adalah lebih tinggi dari limau kasturi, manakala kandungan Vitamin A dan citric acid dalam limau kasturi adalah lebih tinggi dari lemon.
   Untuk ibu yang mengandung juga elok amalkan minum jus limau kasturi sebab perahan jus dari buah ini mengandungi kandungan calcium dan folate yang tinggi untuk membantu pertumbuhan bayi yang sihat. 
  Pada waktu awal pagi musim berbunga limau kasturi memang harum semerbak bunga-bunga putihnya yang telah kembang mekar. Memang pada ketika itu masa paling seronok berjalan-jalan di kebun belakang sambil menghidup udara segar dengan haruman asli dengan bertemankan pelbagai jenis lebah sibuk ambil manisan dari bunga limau kasturi. Tukang Kebun perhatikan pelbagai jenis kelulut memang sangat gemar singgah ambil stok makanan dari bunga limau kasturi. Begitu juga dengan jenis carpentar bee yang bersaiz besar dari bunga limau kasturi tu. Cuma tak sempat je nak ambil gambar mereka ini kerana Tukang Kebun pun asyik memerhatikan pergerakkan mereka. Jika Tukang Kebun adalah pengusaha madu kelulut, memang akan tanam banyak pokok limau kasturi. Serampang dua mata bukan sahaja dapat lebih banyak hasil madu tetapi penggunaan pokok limau kasturi yang baik juga berikan hasil buah limau kasturi yang banyak.
  Kekadang ada juga kawan-kawan komen nampak subur sahaja tanaman di KBB ini. Tidak juga kekadang tengok musim, ada juga penyakit atau serangan yang diterima. Cuma Tukang Kebun pun taklah ada masa nak bagi rawatan apa-apa sangat. Cuba lihat gambar di bawah ini ada 3 masalah yang dihadapi oleh pokok limau kasturi yang buah-buahnya masih kecil baru sahaja mula nak membesar. Ada serangan dari bena putih, lukisan yang virus buat berlingkar-lingkar dan black spot. Black spot biasanya bila kelembapan tinggi selalu senang terjadi apabila pengudaraan tidak baik sangat. Bagi Tukang Kebun dari kita menyembur apa-apa cara paling mudah ialah buang sahaja semua daun yang effected. Janganlah kita noda pokok dan tanah kita dari penyemburan larutan yang toksik kerana dalam badan kita juga yang akan terkumpul toksik tersebut kalau ikut flow food chain.
  InsyaAllah bila daun-daun yang tak sihat telah dipotong dibuang akan tumbuh pucuk-pucuk baru akan membuatkan pokok limau kasturi kita merimbun sihat berwajah baru seperti gambar di bawah.  Macam manusia juga kan kadang kala sebab cuaca ada masa kita mudah sakit juga kan, begitulah juga tumbuhan ada masa dia sakit. Dari rawatan cara yang salah, baik kita bantu buang bahagian yang sakit. Bermula juga serentak kitaran musim bunga yang baru bakal menghasilkan buah-buah. Pokoknya daun pun tak banyak dah takdelah mabuk daun bolehlah promote pokoknya nak hasilkan buah juga. Ada balance di situ. Jika mata yang terang boleh nampak ada rumah sawang labah-labah juga dalam gambar di bawah, mungkin ada hikmahnya biarkanlah ia menumpang bersama.
  Ada juga pokok limau kasturi yang dah tinggi betul dalam kebun kena pakai tangga untuk ambil. Tapi Tukang Kebun tak pruning sebab kasihan nak bagi banyak cahaya matahari kerana jirannya kebanyakkan pokok buah-buahan yang jenis tinggi. Kalau pokok limau dari biji benih memang dia champion ada satu ketika tumbuh pesat tinggi pokoknya, bila pruning pun cepat je naik semula.
  Ini gambar bawah diambil masa pokok limau kasturi belum masuk puberty lagi macam gambar di atas dah begitu rajin berbuah. Masa remaja banyak kali juga bila hujan ribut dahan-dahannya patah tapi lekas je tumbuh ranting-ranting baru. Kalau nak direnekkan juga boleh sebenarnya, cuba lihat bahagian bawah pun ada dah macam nampak bush renek sebab ranting-ranting yang muncul di bahagian bawah. Boleh je kasi hard-pruning buang potong semua dahan atau batang yang tinggi nak control pertumbuhannya jadi bongsai. Sebab macam Kebun Bahagia Bersama ruangnya di situ tidak terhad jadi dibiarkanlah ia membesar begitu supaya tuaiannya beribu-ribu limau kasturi.
 Minggu depan kami tak bekalkan buah citrus sebab Big Boss dan Tuan Tanah Kebun Bahagia Bersama balik Sungai Buloh jadi biasanya buah-buahnya tu memang kegunaan khas merekalah. Bila balik pun semuanya akan dituai bawa balik ke Kota Kinabalu. Kalau pokok-pokok limau InsyaAllah ada kami boleh bekalkan minggu depan.

~ 1 bekas limau kasturi RM5 ~

Khamis, 28 Julai 2016

Musim Seafood Tamu Tuaran Julai 2016

 Ahad lepas kami bertolak awal sedikit dari biasa ke Tamu Tuaran. Biasanya jarang Tukang Kebun nampak kemeriahan seafood jenis bercangkerang ada banyak dijual segar seperti lokan dan sebagainya. Ada juga shell seafood yang jarang Tukang Kebun lihat apatah lagi belum pernah cuba dimakan.
  Rupa-rupanya memang lokan kalau datang lambat sudah habis kena pajak awal-awal. Lain kali terasa nak cuba panggang lokan sendiri di rumah beli yang fresh ja di tamu tuaran turun awal-awal pagi. Betul dalam sejam memang habis semua lokan di pasar sudah dibeli. Yang penjual ketam jenis di bawah ini pun semuanya telah diborong oleh pembeli di hadapannya. Pemborong-pemborong pun ramai ada untuk persediaan restoran sekitar Kota Kinabalu ini.
  Kebetulan pada Ahad lepas sebelum masuk ke tempat jualan hasil laut ada food court dan kali ini ada kempen program derma darah. Tukang Kebun pun ingat nak join sekali derma darah sempena baru kelmarinnya bertambah usia naklah cuci darah dapat darah baru. Tetapi bila di check darah nurse bilang darahnya ndak cukup untuk diderma, sedang cukup untuk diri sendiri sahaja. Untung tau siapa derma darah pada Ahad lepas boleh dapat seguni beras tempatan 10kg dari sponsor dermawan untuk menjayakan kempen derma darah kali ini. Tersusun guni beras Tukang Kebun tengok.
  Ahad lepas musim ikan siakap. Tukang Kebun beli 2 ekor siakap segar saiz macam di gambar bawah baru berharga RM18 (tak timbang pun). Tapi bukan musim ikan tenggiri dan ikan bawal. Ikan bawal boleh melonjak harga Ahad lepas dengan sekilogram RM25 sebab ada seorang sahaja yang menjual. Sotong bukan musim. Dah berapa kali Tuan Tanah tanya setiap kali Tukang Kebun turun ke Tamu Tuaran ada sotong ke tidak. Ada jual tapi tak banyak bukan musim. Jadi Tukang Kebun pun malas nak bertanyakan harga sotong.
  Lalu Tukang Kebun pun beli 2 tompok kerang yang wild harvest. Tak cukup nak derma darahkan.  Mula offer 1 tompok RM5, kemudian diturunkan harga 1 tompok RM4. Besar-besar saiznya dari yang biasa dijual di Semenanjung dari farm. Ada 3~4 kali ganda saiz dari Semenanjung. Biasanya kalau di Semenanjung nampak so bloody nak makan pun khuatir apalah yang dikasi makan nak besarkan kerang tu kan. Kerang sini isinya nampak bersih. Balik terus dicuci, dipanggang dalam periuk campur dengan daun kunyit, serai, halia dan bawang. Sekali-kala digoyang-goyangkan periuk sampai kebanyakkan kerang dah buka sendiri cangkerangnya. Air pun dah banyak terkeluar sudah siap masak.
  Sehinggakan permata-permata hati berebut-rebut nak makan kerang panggang for lunch. Yang dewasa cicah  kerang dengan sambal belacan. Macam tak sampai 10minit dah habis. Lain kali nampak gayanya memang kena beli sekurang-kurangnya 5 tompok. Kalau musim kerang ramai yang menjual quality lagi baik, that is why seasonal food is the best, buy food that is in season. Buy local food.
  Ada juga kami beli udang jenis saiz dah besar, besar dari kepak ayam macam gambar di bawah. Ahad lepas di Tamu Tuaran ramai juga yang menjual udang besar jadi harganya murah sikit dari musim lain. Ada udang besar ini kami dapat 1 tompok RM25. Seekor mungkin baru RM1 lebih harganya, puas hati dipanggang begini, murah lagi dari satay jual di kedai.
 Jadi hari Ahad malam lalu kami panggang udang besar dan ayam. Ayam ini sebab rempah marinade untuk satay ayam yang Tukang Kebun buat ada berlebih Sabtu lepas. Belilah kepak ayam segar di Tamu Tuaran untuk dipanggang malamnya selepas marinade beberapa jam. Dinner no rice. Protein only.
 Gambar di bawah ini yang sebelah kiri adalah gerai menjual buah tarap, durian dan cempedak. Semuanya bila ranum betul baunya semerbak. Buah tarap yang muda boleh juga dibuat sayur seperti buah nangka muda. Big Boss biasa buah tarap yang muda dibuat sayur sup. Anak pokok ada kami bekalkan tapi kena self-collect sebab dah tinggi.

~ 1 anak pokok tarap RM15.00 ~

 Gambar di bawah ini yang sebelah kanan pula boleh dilihat creativity orang tempatan menggunakan sabut kelapa tua untuk dijadikan penyapu. Kalau rajin macam-macam sabut kelapa tua itu boleh digunakan. Lihatlah besarnya ubi kayu yang dibekalkan di tamu Tuaran ini. Kami pun minggu ini ada bekalkan ubi kayu, tapi taklah sebesar begitu.

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 ~
 Tamu Tuaran lepas memang kali itu banyak hasil bekalan kelapa tua yang boleh diperolehi. Labu pun ada pelbagai jenis boleh didapati. Bekalan kelapa tua juga ada untuk self-collect minggu ini.

~ 3 biji kelapa tua RM5.00 ~

Rabu, 27 Julai 2016

Musim Mempelam Telor

 Syukur Alhamdulillah di penghujung Syawal ini di Kebun Bahagia Bersama sedang lebat musim buah mempelam telur. Pokoknya berbunga meriah semasa cuti sekolah pertengahan yang lalu. Ianya tak pernah dibaja tapi sebab tumbuh sebelah dengan bangsal motor tumpangan anak-anak ayam bila dicuci lantai maka mengalirlah baja tahi anak-anak ayam mengalir ke arahnya. Kekadang tanah atau reputan dari saluran parit keliling rumah diletak di kelilingnya.
 Memandang hujung minggu lepas kami semua berkumpul di Kota Kinabalu, maka 1 beg dibawa penuh dengan buah mempelam telur seperti gambar no. 1 di atas. Atas pertolongan Sumandak di rumah membuka kulit dan memotong buah mempelam telor dapatlah Tukang Kebun buat jeruk mempelam telor asam boi. Permata-permata hati pula tolong kutip buah-buah cili masak di keliling kebun Big Bos di Kingfisher, Kota Kinabalu. Bahagian pokok yang tinggi papa Abby kena buat second trip keluar ke kebun petik buah cili nak kasi kick lagi jeruknya.
 Dapatlah kami lebih dari 2 balang penuh besar yang biasa dibuat isi snek rempeyek tu pada Sabtu lepas. Kebetulan pula pada hari Ahad ada beberapa keluarga datang beraya ke rumah, jadi dapatlah juga kami berkongsi hidangan 1 balang besar jeruk mempelam telor asam boi. Orang Sabah kan ndak kuat pedas, sedap katanya walaupun padas.
  Sangat jimat membuatnya bila bahan seperti buah mempelam telor dan cili dari kebun sendiri. Cuma nak kena belanja bahan untuk buah asam boi, serbuk asam boi, gula dan garam yang tidak sampai kosnya lebih RM10 untuk 2 balang. Lalu Tukang Kebun mengusik si Sumandak ini 1 balang kalau jual pun boleh dah dapat untung RM50. Dah biasa 1 tupperware kecik setengah je isi pun sudah dijual RM5 untuk jeruk mangga assam boi. 

~ 1 kilogram buah mempelam telor RM5 ~
~ 1 pot anak pokok mempelam telor RM10 ~
Minggu ini ada halia bara untuk yang berminat 1 set rhizome RM7.00 . Self-collect untuk hujung minggu ini ialah hanya pada hari Sabtu pagi 30hb Julai 2016 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Antara fresh produce yang available:

~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 .
~1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00.
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00.
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00.
~ 1 ikat daun nyirik (kelupis) RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
~1 ikat daun pucuk muda assam gelugor RM1.00 .
~ 1 biji kelapa parut RM2.00 .
~ 1 beg tanah bakar RM5.00.

Isnin, 18 Julai 2016

Terung Telunjuk Masak Lodeh

   Antara juadah raya yang sudah tersedia masa raya pertama oleh mama (Big Boss) kami ialah masak lodeh sudah menjadi tradisi bertahun-tahun. Tahun ini Tukang Kebun jadi tukang potong sayur-sayuran, manakala adinda Tatiyana jadi tukang goreng tempe dan tauhu. Gambar masak lodehnya tak terambil pula tahun ini. Antara bahan-bahan sayur-sayuran yang mesti ada dalam masak lodeh ialah terung. 
  Tukang Kebun selalu perhatikan yang Big Boss selalu lupa nak tuai terung telunjuknya sehingga biasanya dah terung telunjuk jadi tua tukar kepada warna keemasan macam perhiasan pula. Terung telunjuk biasanya dituai sebelum bertukar kepada warna keemasan iaitu berwarna hijau dan berjalur-jalur putih di bahagian bawah buahnya seperti dalam gambar upih di atas. Terung telunjuk adalah jenis terung yang bersaiz pendek seperti jari jemari. Yang di sebelahnya terung ungu berjalur-jalur putih itu adalah jenis terung yang lain. Lalu sambil nak potong-potong sayur untuk masak lodeh sambil ambil angin di luar teruslah Tukang Kebun tuai semua buah terung telunjuk yang di atas pokok tu untuk jadikan bahan juga dalam masak lodeh Big Boss. 

  Buah terung telunjuk sedap juga campur dengan kari ikan (related posting klik sini).
  Batch baru biji benih terung telunjuk kali ini, Tukang Kebun tuai dari kebun Big Boss di KingFisher, Kota Kinabalu yang terdedah dengan cuaca coastal atau persisiran pantai. Elok sahaja mudah terung telunjuk ini boleh tumbuh dengan baik dengan cuaca panas coastal. Terfikir pula yang nak sambut Tahun Baru Cina depan dengan perhiasan warna buah keemasan boleh dah mula persiapan untuk semai benih terung telunjuk sekarang. 

~ 1 pek anggaran 50 biji benih terung telunjuk RM3.00 ~
  Kain lebihan masa Big Boss buat baju untuk sambutan Harvest Festival di Sabah lalu, dapatlah buat baju untuk Rayyan dan sepasang untuk Abby. Rayyan control senyum sebab baru patah gigi depan. Kasihan Rayyan, dah nak dekat tengahari Raya Pertama mula demam, mama Rayyan pula knock out waktu malam. Papa Rayyan lah ni bawa virus dari Semenanjung sebab dia yang demam dahulu 2 hari sebelum raya.
 Tahun ini Tukang Kebun lupa nak packing sampin abang-abang Abby. Tak sempat pula nak shopping sampinnya di Kota Kinabalu. Songkok pun bergegas beli di Giant (1 Borneo) dan butang baju di Kamdar (1 Borneo) sehari sebelum raya.  Kedai Jakel di Alam Mesra, Kota Kinabalu sehari sebelum raya dah cuti tutup. Baju Melayu raya dah beli 2 hari sebelum berpuasa di AEON, Shah Alam untuk abang-abang Abby. Abby pula seronok sungguh dapat rantai dari Aunty A yang duduk di Ampang dihadiahkan semasa ambil ayam-ayam kampung sebelum kami balik beraya.


Ahad, 17 Julai 2016

Fiddle Wood

  Semasa membuat posting pertama mengenai pokok bunga mayang sari (related posting klik sini), salah satu perkara yang menarik perhatian Tukang Kebun semasa membuat research bacaan mengenai pokok ini ialah kegunaannya popular sebagai kayu untuk membuat alat permainan muzik.  Kerana itu nama am bagi pokok bunga mayang sari juga dikenali sebagai 'Fiddlewood'. Kemudian terserempak pula research paper mengenai ketahanan struktur komponen kayu dari pokok bunga mayang sari dan mulberry putih (Morus alba) dari serangan fungus secara semulajadi (related research article klik sini).
 Pokok mayang sari memang jenis pokok yang pertumbuhannya cepat besar dan meninggi. Lebih rajin dipangkas, lebih cepat merumpun pokoknya. Kadangkala sebab dah tinggi, bila musim bunga kelihatan bergugusan bunga putih kecik moleknya berjurai macam air. Kadangkala ada musim daunnya bertukar berwarna kemerehan macam musim luruh di negara 4 musim.

~ Pokok Mayang Sari (grafted) 1 bekas RM10.00 ~
 Yang menarik perhatian juga lihat bagaimana permukaan batang pokok kayu mulberry cantik juga dibuat perabot atau alat dari kayu seperti dalam documentary Begin Japanology (Sashimono woodwork) di bawah. 


Sabtu, 16 Julai 2016

Teh Serai

 Syukur Alhamdulillah 1 Syawal baru-baru ini, hasil dari pokok herba yang banyak digunakan sebagai bahan masakan harian di tanahair Malaysia ini telah kami pergunakan sepenuhnya. Memandangkan bekalan dari kebun sendiri tidak mencukupi, terpaksa juga kami borong di Tamu Minggu Tuaran (3hb Julai 2016). Tetapi 1 ikat RM1 di Tamu Tuaran sama nilainya dengan RM5 jika dibeli di Lembah Klang. Isi batang bawahnya juga lebih gemok dan besar. 

 Untuk open house 1 Syawal, kami juga hidangkan teh serai untuk tetamu yang datang beraya ke rumah. Tukang Kebun kali ini berfikir untuk menyediakan air serai adalah bagi membantu mereka melegakan perut yang menghadapi masalah kembung perut atau senak/sebu setelah lama berpuasa. Tambahan pula rebusan air serai ini membantu mengurangkan panas badan di mana minggu raya panas di Kota Kinabalu. Amat mudah membuat teh serai, ambil bahagian bawah serai diketuk-ketuk dan rebus bersama gula batu. Boleh juga direbus dengan daun pandan. Atau pun setelah air rebusan siap dimasak boleh diperah dengan limau kasturi sebelum diminum atau campur dengan madu. Untuk raya kali ini stok serai segar yang kami beli untuk menyiapkan juadah raya ada 2 baldi penuh.
  Setelah berbuka akhir Ramadhan, Tukang Kebun dan suami sibuk sambung menyelesaikan projek buat satay ayam dan ayam panggang. Tukang Kebun tukang peram daging dan cucuk, dearest huband tukang potong dan tukang bakar. Serai juga banyak digunakan untuk bahan peram sate ayam kali ini. Sehinggakan pukul 3 pagi lebih satu syawal baru selesai membakar. Syukur Alhamdulillah sate ayam kali ini nampaknya menjadi dan hot item sehingga ada yang nak order. Puas hati buat sate ayam sendiri, bila tengok tetamu selera makan dan komen 1 cucuk pun paling kurang harga RM1. 

Bahan-bahan peraman anggaran 1 ekor ayam:
1 labu bawang putih (blendar kering)
1 biji bawang merah besar (blendar kering)
1 ketul kikis halus gula melaka/gula endau
5 batang serai besar (blendar kering)
halia, lengkuas, kunyit hidup (blendar kering)
1 sudu besar ketumbar, jintan manis/putih (sangai dan blendar kering)
garam

Masa peraman juga amat penting. Elok peram sekurang-kurangnya 4 jam.

 Memandangkan tukang-tukang masak sibuk layan tetamu masa 1 Syawal sehingga diri sendiri pun tak sempat nak rasa hidangan home-made cooking masing-masing. Big Boss pun jadi mengidam nak makan satay ayam air tangan Tukang Kebun sebab tak puas makan. Bila ada tukang bakarnya balik KK, nanti Tukang Kebun buat untuk mak lagi sekali ya.
  Elok sahaja tetamu terakhir pulang lebih kurang pukul 10 malam, Tukang Kebun pula knock out terus demam beberapa hari. Hari pertama demam tu memang kepala Tukang Kebun tak boleh nak fikir. Hari kedua demam baru teringat cuba teh serai untuk kurangkan panas (kena minta tolong rebuskan, sendiri kena fikir). Syukur Alhamdulillah memang herba serai ini boleh mengurangkan panas demam. Tambahan pula bantu mengeluarkan peluh, di mana boleh terasa sifat anti-oxidantnya dan keluarkan toxic dari badan.

Setakat ini untuk ujikaji minum teh serai dekat badan Tukang Kebun sendiri (rasa effectiveness) ialah:
~ Dapat membantu masalah kurangkan perut kembung/senak lepas makan.
~ Menggalakkan penghadaman atau pencernaan yang baik.
~ Mengurangkan panas demam badan (sejukkan badan)
~ Membantu atau mendorong mengeluarkan peluh (keluarkan bahan toksik dari badan).
~ Mempunyai sifat penenang, sedatif atau anti-depressant (penenang kepala dari asyik nak meroyan).
~ Kurangkan gangguan sukar tidur atau insomnia (badan lebih selesa rasa nak tidur).
~ Makanan yang diperam atau menggunakan banyak serai tidak cepat basi atau tahan lama (sate ayam simpan diluar bukan dalam peti ais boleh tahan lebih 24 jam).

Orang kita sangat sebati tahu kenal pokok herba serai ini, but believe me like me sure ramai take it for granted and did not realised its full potential. Tak susah pun buat teh serai, ketuk-ketuk je rebus.

Antara manfaat serai yang dilaporkan juga adalah seperti berikut:

~ Membantu melawaskan pembuangan air kecil.
~ Membantu stabilkan hormone (kitaran haid).
~ Mengurangkan tekanan darah dan elokkan peredaran darah.

Info air serai boleh juga rujuk dalam posting lama sebelum ini (klik sini).
 Hujung minggu ini masih sibuk beraya, InsyaAllah minggu depan baru mula semula self-collect day. Minggu depan hari Selasa/Rabu baru sempat pos goodies yang dipesan ya.

Next Self-Collect Day:

23rd/24th July 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Sungai Buloh/Paya Jaras/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

Antara fresh produce yang available:

~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun muda assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun nam nam/katak puru RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00 .
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 biji buah Nangka Muda RM5.00 .
~ 1 biji buah Nangka Masak RM20.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .


Jumaat, 15 Julai 2016

Red Flesh Dragon

  Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ini agaknya amat disukai oleh pokok buah naga kerana tahun ini tanpa diberikan apa-apa istimewa ianya amat rajin berbuah di Lembah Klang ini.
  Pembentukan dan pembesaran kudup-kudup bunga kelihatan muncul di sini sana atas batang pokok buah naga.
  Bagi buah naga yang jenis isinya merah, kebiasaannya kelihatan di keliling kudup bunganya ada berwarna merah. Begitu juga kelopak hujung bunganya. Bunga buah naga besarnya berlipat ganda dari saiz buah yang masak.
  Pokok naga sukakan kawasan yang terdedah dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak supaya ianya dapat membesar pokoknya dengan pesat. Akar pokok naga tidak tumbuh begitu dalam, jadi boleh ditanam juga di dalam pasu. Cuma sediakan pancang yang tinggi supaya ianya boleh menumpang dan memanjat menegak tinggi. Keperluan airnya juga tidak banyak. Sukakan tanah yang berporos kasar supaya pengaliran air yang baik dan tidak bertakung ketika musim hujan.
  Tukang Kebun agak malas nak buat pancang, jadi selalu biarkan ianya menumpang naik pokok-pokok lain yang jenis tak kisah dan tak beberapa merimbun daunnya. Setakat ini nampaknya pokok kemboja dan ri ri ying tak kisah berkongsi tempat tumbuh bersama.

Buah Naga isi putih juga boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 keratan buah naga isi merah/putih RM10.00 ~