Halaman

Khamis, 28 Julai 2016

Musim Seafood Tamu Tuaran Julai 2016

 Ahad lepas kami bertolak awal sedikit dari biasa ke Tamu Tuaran. Biasanya jarang Tukang Kebun nampak kemeriahan seafood jenis bercangkerang ada banyak dijual segar seperti lokan dan sebagainya. Ada juga shell seafood yang jarang Tukang Kebun lihat apatah lagi belum pernah cuba dimakan.
  Rupa-rupanya memang lokan kalau datang lambat sudah habis kena pajak awal-awal. Lain kali terasa nak cuba panggang lokan sendiri di rumah beli yang fresh ja di tamu tuaran turun awal-awal pagi. Betul dalam sejam memang habis semua lokan di pasar sudah dibeli. Yang penjual ketam jenis di bawah ini pun semuanya telah diborong oleh pembeli di hadapannya. Pemborong-pemborong pun ramai ada untuk persediaan restoran sekitar Kota Kinabalu ini.
  Kebetulan pada Ahad lepas sebelum masuk ke tempat jualan hasil laut ada food court dan kali ini ada kempen program derma darah. Tukang Kebun pun ingat nak join sekali derma darah sempena baru kelmarinnya bertambah usia naklah cuci darah dapat darah baru. Tetapi bila di check darah nurse bilang darahnya ndak cukup untuk diderma, sedang cukup untuk diri sendiri sahaja. Untung tau siapa derma darah pada Ahad lepas boleh dapat seguni beras tempatan 10kg dari sponsor dermawan untuk menjayakan kempen derma darah kali ini. Tersusun guni beras Tukang Kebun tengok.
  Ahad lepas musim ikan siakap. Tukang Kebun beli 2 ekor siakap segar saiz macam di gambar bawah baru berharga RM18 (tak timbang pun). Tapi bukan musim ikan tenggiri dan ikan bawal. Ikan bawal boleh melonjak harga Ahad lepas dengan sekilogram RM25 sebab ada seorang sahaja yang menjual. Sotong bukan musim. Dah berapa kali Tuan Tanah tanya setiap kali Tukang Kebun turun ke Tamu Tuaran ada sotong ke tidak. Ada jual tapi tak banyak bukan musim. Jadi Tukang Kebun pun malas nak bertanyakan harga sotong.
  Lalu Tukang Kebun pun beli 2 tompok kerang yang wild harvest. Tak cukup nak derma darahkan.  Mula offer 1 tompok RM5, kemudian diturunkan harga 1 tompok RM4. Besar-besar saiznya dari yang biasa dijual di Semenanjung dari farm. Ada 3~4 kali ganda saiz dari Semenanjung. Biasanya kalau di Semenanjung nampak so bloody nak makan pun khuatir apalah yang dikasi makan nak besarkan kerang tu kan. Kerang sini isinya nampak bersih. Balik terus dicuci, dipanggang dalam periuk campur dengan daun kunyit, serai, halia dan bawang. Sekali-kala digoyang-goyangkan periuk sampai kebanyakkan kerang dah buka sendiri cangkerangnya. Air pun dah banyak terkeluar sudah siap masak.
  Sehinggakan permata-permata hati berebut-rebut nak makan kerang panggang for lunch. Yang dewasa cicah  kerang dengan sambal belacan. Macam tak sampai 10minit dah habis. Lain kali nampak gayanya memang kena beli sekurang-kurangnya 5 tompok. Kalau musim kerang ramai yang menjual quality lagi baik, that is why seasonal food is the best, buy food that is in season. Buy local food.
  Ada juga kami beli udang jenis saiz dah besar, besar dari kepak ayam macam gambar di bawah. Ahad lepas di Tamu Tuaran ramai juga yang menjual udang besar jadi harganya murah sikit dari musim lain. Ada udang besar ini kami dapat 1 tompok RM25. Seekor mungkin baru RM1 lebih harganya, puas hati dipanggang begini, murah lagi dari satay jual di kedai.
 Jadi hari Ahad malam lalu kami panggang udang besar dan ayam. Ayam ini sebab rempah marinade untuk satay ayam yang Tukang Kebun buat ada berlebih Sabtu lepas. Belilah kepak ayam segar di Tamu Tuaran untuk dipanggang malamnya selepas marinade beberapa jam. Dinner no rice. Protein only.
 Gambar di bawah ini yang sebelah kiri adalah gerai menjual buah tarap, durian dan cempedak. Semuanya bila ranum betul baunya semerbak. Buah tarap yang muda boleh juga dibuat sayur seperti buah nangka muda. Big Boss biasa buah tarap yang muda dibuat sayur sup. Anak pokok ada kami bekalkan tapi kena self-collect sebab dah tinggi.

~ 1 anak pokok tarap RM15.00 ~

 Gambar di bawah ini yang sebelah kanan pula boleh dilihat creativity orang tempatan menggunakan sabut kelapa tua untuk dijadikan penyapu. Kalau rajin macam-macam sabut kelapa tua itu boleh digunakan. Lihatlah besarnya ubi kayu yang dibekalkan di tamu Tuaran ini. Kami pun minggu ini ada bekalkan ubi kayu, tapi taklah sebesar begitu.

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 ~
 Tamu Tuaran lepas memang kali itu banyak hasil bekalan kelapa tua yang boleh diperolehi. Labu pun ada pelbagai jenis boleh didapati. Bekalan kelapa tua juga ada untuk self-collect minggu ini.

~ 3 biji kelapa tua RM5.00 ~

7 ulasan:

  1. D , bestnya shopping , macam2 ada

    BalasPadam
  2. Beelum pernah sampai ke pasar tamu Tuaran.
    Rasa macam teringin nak lihat dgn mata kepala sendiri terutama hasil lautnya.

    BalasPadam
  3. Sejak pindah ke KK ni 4 bulan lalu, tamu tuaran mesti kitaorang satu keluarga pergi setiap 2 minggu sekali..time tu akan beli stok bahan2 mentah utk 2 minggu terus... anak2 kalau seafood ni, memang ketam la yang diaorang suka..saya plak rambang mata kalau tengok sayur2 dengan buah2 ...

    memang best la...siap ada sekali tu kitaorang pi naik jambatan kat tamu tu..hehe

    BalasPadam
  4. 1. Kakak suka shell yg berbagai pattern tu - menarik kan.
    2. Kerang bela dgn kerang laut tangkap tak sama memang - yg laut punya bersih dan lebih sedap
    3. Bakar-bakar bukan makan aje sedap, masa membakar aroma dia pun dah sedap:)

    BalasPadam
  5. Diana boleh lah bershell out di rumah klau jumpa yang pelbagai di tamu.
    Sudah musim tarap ya sekarang...hari itu balik tidak jumpa tarap, tempat saya musim mangga wangi..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak Diana,
    Wah bestnya bershopping2 d tamu tuaran tu, best kan rasa kerang tu, lgpun saiznya lebih besar dr yg biasa jual kat pasaraya, raya baru2 ni dpt juga Julie merasa kerang saiz yg besar skit dr biasa, kakak Julie beli dr pasar ikan d beluran hihi...

    BalasPadam
  7. Salam Kak Suzie,

    Bila jarang-jarang dapat pergi beratus juga belanjanya.
    Trip menghantar barang ke kereta pun sekurang-kurangnya 3 kali.

    Salam Bahagia Mazlan Othman,

    InsyaAllah didoakan suatu hari nanti diberi peluang jejak kaki ke Tamu Tuaran ini.

    Salam Bahagia Nurhidayu,

    Ya ambil peluang makan ketam banyak-banyak bila duduk di KK ni sebab harganya memang jauh lebih murah berbanding di Semenanjung. Kalau Mak Tukang Kebun kekadang beli direct dari nelayan yang singgah di Teluk Likas, seekor ketam kalau musim diberinya harga RM1 sahaja.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Itulah tengok pelbagai bentuk shellnya menarik juga tapi tak pasti cara makan yang betulnya.
    Ya masa membakar tu dah mengancam baunya.

    Salam Bahagia Nasa Mulia,

    Planning nak buah shell out juga suatu hari ni, tapi kasihan kat mereka yang kena jaga-jaga makannya dek kesihatan takut overdose.
    Belum musim betul lagi tarapnya tapi adalah yang menjual.

    Waalaikumsalam Julie.

    Syukur Alhamdulillah Julie dapat rasa juga makan kerang masa balik tempoh lalu.
    Hari tu ada juga pergi ke Papar open house rumah cousin tapi tak sempat nak singgah ada satu tamu sebelah petang tu kan area sana.

    BalasPadam