Siapa ada pengalaman bangun-bangun je breakfast pergi ke kebun cari buah berry? Abby angkat tangan dah banyak kali begitu terutamanya bila bangun lambat, kedua ibubapanya dah turun ke kebun. Bila bangun tengok tiada siapa di rumah, pandai keluar intai di pagar masuk kebun panggil mencari. Jika ada rezeki tak kalut nak masuk dapur dahulu boleh isi perut dengan buah-buah mulberry yang dah meranum.
Papa Abby walaupun tangan kotor berbudi dengan tanah khusyuk mencari buah mulberry untuk puterinya. Ada juga rezeki buah mulberry yang terkongsi dengan makhluk Allah yang lain dah digigit-gigit.
Pokok buah mulberry jenis buah hitam bila masak ini memang amat mudah tumbuh dan sesuai dengan cuaca di Malaysia sepanjang tahun. Tapi ianya amat sukakan pendedahan cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhan yang pesat. Biasanya Tukang Kebun tak pernah pakai pun penggalak akar semasa menyemai keratan-keratan mulberry. Biasalah cara-cara penjagaan dan menyemai masing-masing berbeza. Kalau Tukang Kebun biasanya cucuk keratannya dalam 10cm ke dalam tanah, siram tiap-tiap harilah kalau tak hujan. Sebab kengkangan masa biasanya Tukang Kebun tak rendam dahulu keratannya. Jika tak rajin bertukar air rendaman selalu nanti lagi mudah parutnya belum sembuh lagi berjangkit dengan pelbagai bacteria. Cuma Tukang Kebun perhatikan yang pertumbuhan tunas lebih memberangsangkan jika diletakkan di tempat yang penerimaan cahaya matahari yang banyak dari terlindung. Untuk keratan mulberry biasanya lepas cucuk, Tukang Kebun dedahkan sahaja dengan matahari asalkan disiram dan tanah tak kering sangat.
Setelah muncul tunasya ada satu lagi perkara perlu dijaga, kekadang ianya terus menghasilkan bunga mulberry yang berambut putih kecik buah tu. Yang ketika inilah kena rajin buang semua bunga-bunganya jangan dibiarkan ianya belum lagi ada beberapa akar dah buang tenaga nak berbuah. Gambar di atas adalah semaian keratan mulberry Big Boss di KingFisher. Kita harus ingat seperti manusia, banyak tenaga yang perlu dipakai oleh tumbuhan untuk menghasilkan offspring atau anak-anak ni. Jika tak cukup tumbuhan itu nak membina tenaga nak fokus pertumbuhan akar dahulu atau matang, atas memang nampak cantik pada awalnya tapi benda kita tak nampak akarnya akan terbantut pertumbuhan. Pertumbuhan akar yang banyak pada permulaan adalah penting sebab bila pokok dah habis tenaga, akar memainkan peranan nak serap makanan dan minuman. Kalau akar pun tak berapa ada, keratannya dah gatal berbunga nak berbuah nampak cantik pada awalnya ada kemungkinan akan habis riwayatnya yang cepat.
Gambar di atas kepelbagaian warna buah mulberry dari muda sehingga dah ranum penuh. Yang berminat untuk menanam mulberry ada stok baru anak pokoknya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Yang nak cuba sendiri dari keratan mulberry juga available.
~ 1 bekas pokok mulberry double happiness RM7.00 .
~ 10 keratan mulberry RM7.00 .
Documentary Begin Japanology yang bertemakan "silk" kali ini ada bahagian menarik di mana kita boleh perhatikan bagaimana daun mulberry adalah sumber makanan yang penting untuk ulat sutera membesar dan menghasilkan kepongpong yang manusia gunakan untuk dapatkan benang sutera buat kain. Tukang Kebun pun baru sedar yang alat muzik tradisional Jepun shamisan talinya adalah sebenarnya juga hasil kepongpong ulat sutera ini. Begitu kuat hasil kepongpong ulat bulu ini walaupun badannya sangat kecil. Ternganga juga bila bayangkan satu hasil kepongpong dibuat oleh satu ulat bulu benangnya panjang betul untuk badan begitu kecil ini. Tapi gambar pokok mulberry dalam documentary ini rasanya jenis mulberry putih (Morus alba). Pada pandangan peribadi Tukang kebun pucuk daun morus alba sebenarnya lebih sedap buat masakan dari yang mulberry hitam. Ianya juga ada pelbagai khasiat. Orang Jepun pun kalau buat teh mulberry diorang pakai species Morus alba. Berangan-angan pula jadinya ada dalam phase kehidupan ini teringan juga hasilkan kain sutera sendiri dari bela ulat sutera sampai benang, kalau nasib baik dapat juga hasil kain.
~ 4 keratan Mulberry putih (Morus alba) RM10.
Tukang Kebun tengok kalau Morus alba lagi nak banyak cahaya, lagi sensitive. Kalau rasa dirinya terlindung memang sukar nak tumbuh tunas keratannya. Dalam documentary itu kalau diperhatikan pokok mulberrynya memang terdedah dengan matahari sepanjang siang di lereng bukit.
Syukur Alhamdulillah puteri hati kami semalam dah genap 4 tahun. Atuk Abby pun Sabtu lepas masuk umur 67 tahun. Simple sahaja kek pilihan sebab dah lewat petang dan tak banyak pilihan di kedai kek yang persendirian. Walaupun simple rasanya sedap sebab inti keladi tu buat sendiri ada ketul-ketul lagi antara sponge cake, yang ini diluar sapu cheese so Yam cheesecake.
Yg best tanam mulberry ni pucuknya sedap, buahnya enak
BalasPadamPrincess Abby macam mat salleh breakfast dgn buah:)
ps: suka tengok rambut Abby macam anak patung punya rambut:)
lebat nya buah mulbery akak... ptt lah si abby blh bersapan ngn mulberi...
BalasPadamaritu suh mak try msk pucuk mulberi, mak kata mmg sdp, dia bayangkan pucuknya masam...
eppy belated birthday bt atuk abby n abby si rambut kerinting
Assalamualaikum...
BalasPadamAlahai seronoknya dah dapat makan hasil berry tu..
saya punya jauh lagi perjalanannya..
Seronok tgok memetik buah yang masak
Terima kasih sudi kongsikan maklumat tentang penjagaan pokok mulberry ini..
P/s amat saya hargai bagi pemula bertanam seperti saya...
My kids suka juga. Tapi sebab tanam dlm pasu, buah kadang kadang banyak, sometimes sikit je.
BalasPadamTapi kalau balik rumah moyang diorang, memang breakfast mulberry la diorang semua. Buah banyak, setiap kali petik penuh tapak tangan, makan then repeat petik lagi.
Burung suka makan juga buahnya
BalasPadamHappy belated birthday Abby...
BalasPadamSalam Bahagia KakZakie,
BalasPadamLama nak tunggu rambutnya nampak panjang sebab bergulung-gulung.
Salam Bahagia Dana,
Syukur Alhamdulilllah puas jugalah anak-anak makan.
Pucuknya tak masam kan. Sedap juga kalau lemak putih cicah dengan sambal belacan. Anak suka makan juga pucuknya yang si Rayyan tu.
Thank you Dana.
Next year kita celebrate sama-sama ya.
Waalaikumsalam Jiwa Tani.
InsyaAllah by next year dah puas makan buah mulberry petik dari kebun sendiri selalu.
Salam Bahagia Shasrine,
Tengok juga season pruningnya.
Sini sama juga kekadang banyak, kekadang biasa je.
Salam Bahagia Baayah,
Ya burung pun suka betul makan buahnya bila dah hitam.
Terima Kasih Kak Mala.
Klu d sabah mcmana nak order?
BalasPadamHai sis saye nk beli cutting mulberry boleh htr info ke email saye.. says tK boleh htr email kt sis fail.. atau whatapp +60199712770
BalasPadamSalam Bahagia Jamisah Jasni,
BalasPadamKalau ke Sabah boleh pesan fresh cuttings.
Salam Bahagia Areyna Ellynsya.
Bolehh hantar pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).
InsyaAllah kami balas.
Hi!
BalasPadamSaya Abby dari Desa Coalfields, Sungai Buloh. Saya ingin dapatkan 20 keratan mulberry dengan 1 beg tanah bakar 10 kg. Berapakh harga kesemuanya dan dimana saya boleh collect?
Salam Bahagia Abby Laks,
BalasPadamJumlah semuanya RM19.
Boleh self-collect Sabtu/Ahad pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Tapi kena confirm dulu dengan email ke (kebunkmg@gmail.com).