Halaman

Ahad, 4 September 2016

Myrmecophila tibicinis

 Hari ini mari sambung cerita pula apa yang duduk menumpang di kemboja yang ditunjukkan beberapa hari lepas (related posting klik sini). Selain dari pokok naga yang memanjat pokok kemboja, pelbagai jenis pokok bunga orkid juga turut menumpang kasih sayang pokok kemboja.
 Antara pokok kemboja yang turut menumpang ialah jenis yang kita tak susah nak kerap baja sebab semut tolong kongsikan makanannya bersama-sama dengan orkid jenis Trumpet Player's Schomburgkia (Myrmecophila tibinicus). Tukang Kebun pun tak pernah baja. Sekali tengok dah beranak pinak banyak sejak ia dipindahkan duduk bermesra dengan si kemboja. Ada posting lepas Tukang Kebun tunjuk boleh tengok perubahannya dalam setahun dari 3 pokok sekarang dah berganda-ganda seperti di atas (related posting klik sini).

Info selanjut mengenai pokok jenis orkid Mymecophila tibinicus boleh juga baca di posting lepas (klik sini).

~ 1 bare-rooted Trumpet Player's Schomburgkia orhid RM15.00 ~

 Turut meumpang kasih sayang si Kemboja pokok yang sama ialah jenis orkid Phalaenopsis pulcherrima yang memang tahan panas dan suka dengan cuaca di anah rendah Malaysia ini.

More info on phalaenopsis pulcherrima orchid can refer on previous posting (Click Here).

Koleksi orkid pink hari ini untuk penggemar warna pink.

Kedua-duanya sesuai dibela di kawasan tinggi for balcony garden.

Don't set limit for your space.

Have a lovely weekend.