Hari ini mari sambung cerita pula apa yang duduk menumpang di kemboja yang ditunjukkan beberapa hari lepas (related posting klik sini). Selain dari pokok naga yang memanjat pokok kemboja, pelbagai jenis pokok bunga orkid juga turut menumpang kasih sayang pokok kemboja.
Antara pokok kemboja yang turut menumpang ialah jenis yang kita tak susah nak kerap baja sebab semut tolong kongsikan makanannya bersama-sama dengan orkid jenis Trumpet Player's Schomburgkia (Myrmecophila tibinicus). Tukang Kebun pun tak pernah baja. Sekali tengok dah beranak pinak banyak sejak ia dipindahkan duduk bermesra dengan si kemboja. Ada posting lepas Tukang Kebun tunjuk boleh tengok perubahannya dalam setahun dari 3 pokok sekarang dah berganda-ganda seperti di atas (related posting klik sini).
Info selanjut mengenai pokok jenis orkid Mymecophila tibinicus boleh juga baca di posting lepas (klik sini).
~ 1 bare-rooted Trumpet Player's Schomburgkia orhid RM15.00 ~
Turut meumpang kasih sayang si Kemboja pokok yang sama ialah jenis orkid Phalaenopsis pulcherrima yang memang tahan panas dan suka dengan cuaca di anah rendah Malaysia ini.
More info on phalaenopsis pulcherrima orchid can refer on previous posting (Click Here).
Koleksi orkid pink hari ini untuk penggemar warna pink.
Kedua-duanya sesuai dibela di kawasan tinggi for balcony garden.
Don't set limit for your space.
Have a lovely weekend.
cantik betul... tp susah betul nk nyebut namanya
BalasPadamUntung jugak tu TK.. satu pokok ada dua jenis bunga.. jimat baja n jimat penjagaan... boleh gitew? hehe..
BalasPadamAssalamualaikum kak Diana,
BalasPadamcantik btl la bunga si Trumpet Player's tu, yang Julie beli dr kak Diana tempoh hari, sudah mula beranak pinak, dari sebatang bare root, kini jd 3 batang sdh, tapi blm lg berbunga...X sabar Julie nk tengok bunga si trumpet Player's ni,...hihi...
lawanya....
BalasPadamdulu selalu bertandang sbb suka tgk kehijauan. skrg bertandang sbb rindu pd kehijauan. krn di rumah sya sudah hilang kehijauannya
BalasPadamSeronoknya tengok percutian back to nature ni...
BalasPadamSalam Bahagia Dana,
BalasPadamHehehe...mungkin kena bagi nama tempatan untuknya.
Salam Bahagia Bunda Nor.
Iya pokok orkid ini jimat belanja sebab baja semut berikan.
Waalaikumsalam Julie.
Syukur Alhamdulillah Julie dah banyak beranak pinak. Mungkin pada awalnya dia banyak gunakan tenaga beranak dulu sebelum nak hasilkan bunga.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Kawan si Abby orkid ini rambut kerinting hehehe....
Salam Bahagia Cik Melor.
InsyaAllah boleh diperbanyakkan semula kehijaunnya.
Salam Bahagia Kak Mala.
Banyak percutian back to nature tahun ini. Tapi tak sempat nak mengulas di blog.