Halaman

Isnin, 29 Ogos 2016

PowderPuff Combretum

  Dari jauh jika dipandang boleh tersilap pandang ingatkan buah rambutan dari bunga pokok hiasan powderpuff combretum ini. Tapi saiz bunga ini sebenarnya lebih ketara besar dari buah rambutan. Misai-misai yang panjangnya tu menarik ramai peminat juga dari golongan serangga penghisap madu. Syukur Alhamdulillah walaupun tak lebat musim rambutan kali ini sebenarnya kami merasa juga buah rambutan dari kebun sendiri baik di Sungai Buloh dan baik juga di Kiulu. Double happiness dapat makan buah rambutan (real punya) dan menikmati keindahan bunga-bunga macam buah rambutan ini.
  Pokok bunga PowderPuff Combretum yang berasal dari kawasan tropika benua Afrika amat bahagia dengan cuaca di Malaysia ini. Asalnya Tukang Kebun beli pokok ini dari Tamu Besar Kota Belud, cepat ianya berbunga dan sehingga sekarang tak putus-putus berbunga. Lihatlah gugusan tangkai bunga dan kudupnya di gambar No.2 menjadikan laman sentiasa berwarna-warni.
  Pokok bunga PowderPuff combretum dan akar dani adalah dari keluarga yang sama sebenarnya. Oleh itu sifatnya juga pandai memanjat. Tapi Tukang Kebun tak sediakan pancang pun untuk pokok powderpuff combretum tapi masih dia pandai tegak sendiri melampai. Perbezaan PowderPuff combretum dengan pokok akar dani ialah bunganya besar tapi tak wangi macam bunga akar dani yang kecil itu. Walaupun tak wangi, serangga penghisap madu sebenarnya lebih tertarik kepada warna terang menyala Powderpuff combretum dari akar dani. Tambahan pula Powerpuff combretum lebih rajin berbunga hampir sepanjang tahun berbanding dengan akar dani. Ianya sangat suka kepada kawasan yang mempunyai penerimaan cahaya matahari yang banyak. Lihatlah bentuk biji benih powderpuff combretum juga besar macam bentuk biji buah rambutan juga seperti gambar di bawah. 

Info lanjut mengenai pokok PowderPuff combretum juga boleh baca posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok PowderPuff combretum RM12.00 ~
  Walaupun pokok bunga PowderPuff combretum tiada haruman yang semerbak kerana kedudukannya dekat dengan pokok kemboja balinese masih berbau wangi lagi kawasan ianya hidup bersama. 
  Si Abby rajin kutip bunga-bunga kemboja balinese yang kuning wangi yang telah gugur ini untuk menghiburkan hati Tukang Kebun susun di bekas yang mengandungi tanah bakar Kebun Bahagia Bersama sendiri. Pandai berkata-kata, Mama happy kan Abby susun bunga-bunga ini untuk Mama. Pokok kemboja balinese yang kuning ini bahagian kelopak bunganya boleh dimakan. Masa Abby kecil-kecil pernah Tukang Kebun kasi rasa Abby makan bunga kemboja ni untuk explore.
 Tanah bakar antara medium yang sesuai untuk semaian keratan kemboja kerana ianya poros. Pokok kemboja tak suka tanah yang kerap air bertakung. Pada hari merdeka untuk yang berminat boleh juga self-collect tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 beg Tanah Bakar RM5.00 ~

 Sekarang kami ada juga kembali stok keratan kemboja kuning Balinese bunga bau harum yang lebih 70cm ketinggian sudah berakar tinggal nak pindah tanam dalam pasu juga ada banyak ready stok bagi yang berminat dan dapat self-collect.

~ 1 keratan lebih 70cm berakar RM25 ~

Self-Collect Schedule:

~ 31st August /3rd September/4th September 2016 morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway). Please confirm before self-collect.

6 ulasan:

  1. heheheheh masa mule2 baca tajuk dana nampak creampuff... ehheheh
    pastu terpikir sejak bila akak rajin cite psl masakan dessert2 nih... sekali dh tgk betul2 baru pasan hiihhihihi....

    BalasPadam
  2. Kakak ada nampak pokok ni di nursery dekat perumahan kakak
    Memang cantik kalau masa banyak bunganya.

    BalasPadam
  3. kak masih menanti pokok powder puff pemberian kawan berbunga. Pokok subur tp bunga tak muncul2 lagi. Pokok kemboja kuning pasu kedua pun turut berbunga. Cantik betul malangnya hujan pula hari2 siang malam dah hampir seminggu, banyak kuntumannya gugur.

    BalasPadam
  4. Cantik juga bunga powder puff ni... yang macam deduri tu yang unik tu, tapi agak2nya boleh tahan berapa lama yer?...

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Dana,

    Hehehe.....kekangan masa tak sempat sangat nak buat desert dan selalu tak sempat ambil gambar bila buat masak-masak ni. Terus ngap dalam mulut.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Iya lebat berbunga bila musim.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    InsyaAllah dengan tangan Kak Mala nanti berbungalah tu.
    Syukur Alhamdulillah dah mula berbunga pokok kemboja kuning wangi tu.

    Salam Bahagia Kak Suzie,

    Dekat Bali mereka suka bunga kemboja kuning ini sebab wangi dan untuk hiasan sembahyang.

    Salam Bahagia Bunda-nora.

    Lama juga bila sekali berbunga, sebab dalam satu tangkai tu kekadang bukan semuanya mekar serentak.

    BalasPadam