Di antara jenis tumbuhan air adik beradik pickerel , yang species jenis Pontederia lanceolata adalah yang saiz paling besar. Pokok ini juga ada beberapa panggilan umum dengan dikenali juga sebagai "Giant Pickerel", "Pickerel Rush" ataupun "Lance Leaved Pickerel". Berbanding dengan pickerelweed (Pontederia cordata), pickerel rush daunnya lebih besar tetapi bukan tumbuhan air yang boleh dimakan seperti pickerelweed. Jika dibandingkan warna bunganya juga berlainan boleh dibezakan di mana Pickerel Rush warnanya ungunya lebih cair ke arah lavendar atau mauve kebiruan dan pickerelweed warna bunganya ungu lebih gelap. Kedua-dua jenis bunga tumbuhan air ini juga menarik serangga untuk datang hisap madunya. Mata kuning dekat kelopak matanya itu menjadi tarikan penggemar madu. Misai bunganya yang panjang itu pun menarik.
Untuk info lebih lanjut mengenai pickerelweed (Pontederia cordata) boleh refer ke posting lama (klik sini).
Gambar di atas dan di bawah perenggan ini kelihatan perkembangan kudup bunganya membesar dan menggemuk. Daun giant pickerel rush berjalur-jalur dan lebih bentuk bulat lebar, berbeza dengan daun pickerelweed. Biasanya daun pickerelweed lebih digemari oleh serangga perosak berbanding dengan giant pickerelweed. Tambahan pula angsa-angsa tak pernah ganggu pokok giant pickerel kalau diberikan berjalan-jalan ke halaman depan. Kalau pickerelweed sekelip mata sahaja angsa-angsa tersebut meratah. Dari pemerhatian situ kita bolehlah buat assumption yang daun pickerelweed tu lebih edible dari giant pickerel.
Sebut pasal Angsa, Syukur Alhamdulillah awal bulan Oktober ini, gabungan si Lady (Ibu) dan si Kuning (Bapa) berjaya dengan pengeraman semula jadi dari lima telur yang tinggal tak hilang darinya dua biji berjaya menetas. Telur angsa menetas dalam 28hari bermula dari pengeraman oleh si Ibu. Kali ini nampaknya si Lady dah lebih pandai, tak perlu Tukang Kebun guna pelbagai helah nak kena suruh dia mengeram telurnya sendiri. Nampaknya tempat si Lady suka mengeram telur menggunakan kandang 6.
Suatu petang si Lady terus volunteer duduk mengeram telurnya sendiri tak perlu Tukang Kebun campur tangan. Tapi sekarang sudah merajuk tak berapa nak manja dengan anaknya sebab beberapa jam lepas menetas terus diambil anaknya. Walaupun sekali kala dipertemukan juga dengan anak-anaknya bermain di halaman depan. Terpaksa sebab takut kejadian berulang kena makan dengan mahkluk predator lain ataupun dipijak-pijak oleh angsa-angsa jantan yang lain. Moga dalam dua ekor anaknya semua berjaya membesar dengan baik dan ada betina. Memandangkan si Lady seekor je betina yang lagi 3 ekor tu Jantan. Beranak pinak banyak dulu Lady, InsyaAllah suatu hari nanti boleh membesarkan anak-anak sendiri.
Anak-anak angsa ini diberikan nama si Chuck dan si Wolf oleh adopted mother diorang iaitu adik perempuan Tukang Kebun. Anak-anak angsa ini lebih manja dengan adik Tukang Kebun yang sedang tahun akhir pengajian farmasi di UiTM ulang-alik dari rumah sebab adik yang jaga dan sambut masa baru menetas. Memandangkan kami balik kampung di Sabah semasa telurnya menetas. Siap masuk dalam Google Calendar tu bila telurnya menetas as reminder mohon adik tolong tengokkan dah menetas ke belum. Kebetulan anak-anak angsa ini pun lahir sama hari dengan adik, the adopted mother. Manja dengan adik sebab dah imprinted dekat otak 2 ekor ini.
Hujung minggu lepas, sambil-sambil mengemas pruning pokok-pokok sekitar pergola yang dah mula semak dan gelap ditemani oleh anak-anak angsa dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah Isnin lepas setelah setahun bawa Rayyan check up keadaan kesihatan jantungnya tiada apa-apa masalah luar biasa. Jadi next appointment pun Oktober tahun depan, lepas setahun.
Berbalik kepada kisah Giant Pickerel, sempatlah hujung minggu lepas Tukang kebun dengan suami kesayangan kemas beberapa tumbuhan-tumbuhan air yang dah padat sangat dalam pasu. Antara tumbuhan yang dikemas ialah si Giant Pickerel. Gambar di atas adalah Giant Pickerel yang bunganya satu persatu baru sahaja nak berkembang belum mula tunjukkan mata kuningnya itu.
Gambar yang mengapit perenggan ini, baru kelihatan lebih terang warna dan bentuk bunganya berserta daunnya yang berjalur-jalur itu. Giant pickerel sukakan keadaan tempat yang banyak dapat cahaya matahari. Separa matahari juga boleh tapi bunganya tak semeriah dari yang mendapat cahaya yang banyak. Pokok tumbuhan air seperti Giant Pickerel ini tak perlu bekas air yang dalam. Asalkan jenis tanah yang bertakung air ataupun ditanam dalam bekas ada takungan air dan paras ketinggian air dari '0' hingga '30'cm sudah memadai dengan tanah yang ditanam pokoknya.
Giant Pickerel boleh juga ditanam dengan pokok-pokok tumbuhan air cetek yang lain seperti pokok bunga air sagittaria. Ambil kesempatan nak maklumkan yang pokok bunga air sagittaria berbunga putih seperti di gambar bawah juga sudah ada stok kembali.
~ 1 bekas pokok bunga sagittaria RM7.00 ~
Info lanjut mengenai pokok bunga air sagittaria boleh rujuk ke posting sebelum ini (klik sini).
Seperti pokok pickerelweed, pokok Giant pickerel juga berizom atau berubi besar. Yang hitam-hitam di atas tanah seperti gambar di bawah sebenarnya rizom giant pickerel. Jadi pokok pickerel giant ini sebenarnya pokok yang mudah untuk dijaga untuk gardener yang baru berjinak berkebun. Anak-anak pokok akan muncul keluar dari mata-mata tunas yang terletak di rizom. Pokok ini juga cepat membiak. Pernah masa musim kemarau terlupa nak tambah air sampai tanah belas atas pun dah kering kontang. Syukur Alhamdulillah bila diberikan air tumbuh semula kerana rizomnya bangun bertenaga semula mengeluarkan pucuk tunas semula.
Yang berminat nak tengok koleksi lain keluarga Pontederia boleh juga intai page 'Pontederiaceae' Tumbuhan Air (klik sini).
Terima kasih kerana singgah ke blog IM.
BalasPadamSeronok membaca catatan tuan/puan tentang bunga dan itik.
Terhimbau ingatan pada kampung dan abah yang juga penggemar pokok bunga...
Minta izin paut blog tuan/puan ke bloglist IM...
BalasPadamSalam Bahagia Tuan Insan Marheen,
BalasPadamTerima kasih juga singgah ke blog kami.
Terima kasih paut blog kami ke bloglist Tuan.
Keluarga saya dan mertua memang penggemar bela pokok dan binatang.