Bila teringat buah salak, teringat betapa banyaknya si Abby dan si Rayyan makan buah salak semasa sepanjang perjalanan dari Sandakan balik ke Kota Kinabalu. Kebetulan semasa di pinggir bandar Sandakan, Tukang Kebun singgah ke tapak tamu untuk beli buah tangan kepada jiran yang bantu jaga ternakan di kebun sepanjang kami bercuti. Kelihatan ada satu gerai seorang pakcik menjual buah salak. Lalu Tukang Kebun teringin nak rasa belilah satu kilogram. Pak cik tu pun beriya-iya kata buahnya ambil dah ranum sebab selalu pelanggan tetap berbangsa Cina datang beli buah dekat pakcik untuk cuci darah ke cuci air kencing dalam badan begitulah dah lupa (masalah peringatan Tukang Kebun bila dah lama simpan gambar-gambar dalam archives).
Lepas membeli beberapa item jalan seorang, Tukang Kebun kembalilah ke kereta bagilah rasa buah-buah salak yang menunggu dalam kereta. Kelihatan asyik si Abby dan si Rayyan cepat gelojoh makan buah salak. Lalu lekas-lekas Tukang Kebun keluar dari kereta beli lagi sekilogram buah salak dari pak cik tersebut sebelum kami bergerak balik. Rupa-rupanya bukan Tukang Kebun sahaja yang suka makan buah salak dengan suami, anak-anak pun suka sangat. Biasanya buah salak dapat dirasa bila balik kampung suami di Terengganu di kebun mertua. Rasa buah salak Sandakan dan di kebun mertua ada perbezaan jenis baka lain rasanya.
Bila nampak anak-anak punya suka makan buah salak terutamanya Abby dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok sudah Tukang Kebun tanam di kebun belakang semasa Abby bayi. Tunggu masa ianya membesar matang dan bebuah sahaja sekarang. Pokok-pokoknya pun nampak membesar dengan baik walaupun terbiar begitu. Jika dah mula berbuah, mudah untuk Tukang Kebun kira usianya sebab pokok tersebut muda beberapa bulan dan tahun dengan Abby.
Gambar-gambar salak hari ini diambil dari kebun mertua di Terengganu. Berlainan dengan sifat pokok lain, pokok salak suka duduk di kawasan yang penerimaan cahaya separa dari banyak. Jadi jika anda dah banyak pokok-pokok tinggi tapi nak kasi produktif kawasan boleh tanam pokok-pokok salak antara celahan pokok-pokok yang besar. Ataupun sebab terlindung cahaya direct dari bangunan tinggi, bolehlah tanam pokok salak. Sepanjang tahun ianya rajin berbuah. Tahukah anda buah salak mengambil masa antara 5 ke 7 bulan untuk masak ikut baka. Kudup bunga betina seperti gambar di bawah. Batang kayunya boleh juga nak dibuat tempat letak pelita raya di sepanjang rumah masa musim perayaan (refer posting sebelum ini klik sini).
Buah salak yang exotic ini sekarang mendapat permintaan tinggi dan pasaran yang luas terutamanya di negara-negara moden kerana mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan manusia. Jika dah bosan minum jus lobak merah untuk kesihatan mata, makan buah salak kerana ianya juga mempunya nilai beta-carotene yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari tembikai, mangga dan jambu. Buah salak juga mempunyai tanin salah satu element yang berfungsi sebagai anti-diarrhea. Sesiapa cirit birit bolehlah makan buah salak. Kerana kandungan nutrisi buah salak tinggi, ianya juga adalah 'memory booster' dengan potassium dan pectin yang tinggi terkandung dalam buahnya.
Mereka yang mempunyai masalah kencing manis atau diabetes boleh amalkan teh kulit buah salak. Kulit buah salak boleh membantu menurunkan kadar gula dalam badan. Kandungan pterostilbene dalam kulit salak adalah satu agen yang menurun glucose dalam darah membantu mengawal kencing manis. Dua minggu lepas Tukang Kebun check gula dalam darah bila baru lepas sarapan, kadar gula dalam darah Tukang Kebun jururawat check '4'.
Buah salak juga adalah makanan yang sesuai untuk program menguruskan badan. Salain dari kandungan tinggi anti-oksidaan dalam buahnya, ianya juga mempunyai kandungan calcium dan karbohidrat untuk memberikan badan bertenaga dan stamina semasa kita sedang berdiet.
Bulan ini masa buat stok inventory masih ada stok anak-anak pokok salak yang boleh dibekalkan untuk yang berminat. Saiz yang boleh dipos juga ada.
~ 1 anak pokok salak RM15 ~
Dengan cuaca yang kurang panas sekarang, yang berminat untuk mencuba tanam pokok dahlia yang jenis renek dan petite bunganya ada stok biji benih dalam original packaging.
~ 1 pek Harlequin mixed Dahlia (Dahlia variabalis) for RM15.00 ~
bgs anak2 akak, semua buah mkn terutama buah2 yg rare gini...
BalasPadamkadang2 bdk2 mana mkn sgt buah2 gini... org tua cam kite je yg suke...
msti manis kan... dana pun suka buah salak nih... pastu lps dh kopek tu bau dia harum betul
Kalau di JB ni memang payah nak jumpa buah salak
BalasPadamSesekali aje dpt peluang
Kalau yg jeruk senang sikit nak jumpa/dapat
assalamualaikum diana
BalasPadamaduh lamanya kaknoor tk singgah sini
biasalah selalu busy memanjang
bestnya kan diana ada tanam salak
anak2 kaknoor pun suka sngt salak ni
pantang jumpa di tamu mesti nak beli
cuma kita tak selalu berjumpa salak ni kan
bekalan buah-buahan harian semasa tinggal di kampung, tetapi sekarang x banyak dah orang tanam salak di Sandakan sudah di tukar dengan kelapa sawit.
BalasPadamOMG nak 1 pek Harlequin Dahlia. Clearing off my stash of old seeds, so I can stash new one, ahahahaha.
BalasPadamMasa duk Tengganu dulu memang puas makan buah salak.
BalasPadamBila balik JDT, cuba tanam beberapa pokok tapi kurang menjadi.
Sedapnya...lama dah tak makan buah salak
BalasPadamSaya nak order buah salak , how?
BalasPadamSalam Bahagia Dana,
BalasPadamBanyak cara nak kena pujuk anak-anak Dana untuk diorang mencuba.
Kadang reka pelbagai cerita nak buat diorang seronok nak cuba makan.
Manis buah salak dari Sandakan ni.
Salam Bahagia KakZakie,
Iya sekarang ini jarang betul ditemukan dengan buah salak.
Kalau yang versi jeruk, Tukang Kebun tak berapa pandai makan hehehe....
Salam Bahagia Kak Noor,
Murah rezeki banyak tempahan Kak Noor terima hehehe....itu busy memanjang.
Eloklah tu untuk perkara yang bermanafaat.
Salam Bahagia Nasa Mulia,
Mereka tanam adik beradik yang hasilkan biodiesal pula kan.
Memanjang dari Telupid ke Sandakan ladang kelapa sawit.
Salam Bahagia Sean,
Tak sempat nak berjumpa di Maha.
Nanti bagi address ya.
Salam Bahagia Warisan Petani.
Pokok-pokok salak milik mertua di Terengganu menjadi-jadi buahnya walaupun tempat kurang cahaya.
Moga kami cuba tanam di Sungai Buloh nanti menjadi.
Pokok-pokoknya pun dah molek nampak membesar.
Salam Bahagia Kak Mala.
Rare sungguh dah buah salak ni.
Jarang jumpa.
Salam Bahagia.
Untuk sekarang kami hanya bekalkan anak pokok salak sahaja.