Halaman

Sabtu, 19 November 2016

ShellOut Lokan

 Gambar-gambar yang dah lama disimpan dalam folder kisah pertama kali kami mencuba buat lokan panggang sendiri di rumah. Biasanya bila ke Tamu Tuaran kami singgah makan lokan panggang di Salut. Entah kenapa pertengahan Ogos lalu, terasa nak ambil pengalaman masak sendiri lokan panggang. Si suami terpaksa melayan kehendak si isteri, walaupun tahu yang tukang panggang adalah peranan si suami.
 Mungkin disebabkan pertengahan tahun lalu ramai yang menjual pelbagai jenis pilihan makan laut berbentuk kerang menimbulkan minat untuk masak sendiri di rumah. Biasanya memang kalau ke Tamu Tuaran ini kami selalu beli banyak stok protein dari hasil laut. Yang mesti dalam senarai bahan untuk dibeli ialah ikan tenggiri. Selalunya paling kurang kami beli 2 kilogram lebih isi ikan tenggiri minta dah tolong siap dipotong-potong. Biasanya ikan tenggiri kalau bukan musim banyak pun di Tamu Tuaran setakat tahun ini kami akan dapat dengan harga purata RM18 sekilogram. Jauh lebih murah berbanding di kawasan Lembah Klang. 
 Pelbagai jenis bahan-bahan untuk dinikmati bersama tembakau asli juga mudah didapati di Tamu Tuaran. Yang berminat untuk dapatkan bekalan buah pinang muda dan masak juga boleh didapati secara pos atau self-collect dari Kebun Bahagia Bersama. Buah pinang juga terdapat banyak nilai perubatan.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 .
 Bahan marinade yang tak cukup dari kebun Big Boss dengan mudah boleh dapatkan bahan segar di Tamu Tuaran ini untuk projek shellout. Biasanya kalau ke Tamu Tuaran memang tak sah kalau dear husband tak kena sekurang-kurangnya sekali hantar barang ke kereta dahulu sambil Tukang Kebun meneruskan aktiviti membeli belah.
 Sebelum ini, Tukang Kebun tak pandai makan lokan, tahun ini dah mula suka makan makanan laut lokan. I started to appreciate this seafood 'Polymesoda expansa'. Dulu pandai makan kerang sahaja 'anadara granosa'. Lokan juga boleh dimakan mentah begitu sahaja. Kalau di Kudat, penduduk tempatan makan lokan mentah letak cuka atau perah air limau dengan cili. Isi lokan juga boleh dibuat rendang.
 Makanan kesukaan anak-anak ialah udang. Kalau beli setompok nak sekilogram pun boleh Rayyan meratah seorang. Memandangkan anak-anak suka makan udang, sementara nak sediakan bahan rencah lokan panggang, Papa Abby pangganglah udang juga. Minyak yang harga mahal meningkat, alternative dari menggoreng boleh juga membakar lagi rasa manis isinya.
 Sebelum nak letak rencah dalam lokan, kenalah buka kerangnya. Jadi untuk mudah lepas cuci kenalah panaskan lokan yang segar masih hidup supaya dia buka kerangnya kerana kepanasan.
 Dah terbuka kerangnya barulah boleh kopek kulitnya. Kemudian letak rencah pada isi lokan dan dibakar semula.
  Proses panggang lokan, barulah faham ambil masa juga nak menunggu pesanan lokan bakar di Salut. So sesiapa yang singgah makan lokan bakar di Salut (related posting klik sini) kena bersabar memang makan masa nak tunggu lokan bakar disediakan ya. Bila dah cuba panggang sendiri baru kita faham. Jika ada peluang bolehlah cuba buat lokan bakar di tepi sungai pula nanti.
 Yang menunggu-nunggu berminat untuk mencuba tanam wild alpine strawberry. Ada limited stok biji benih wild alpine strawberry. 1 pek original packaging RM20.

Jumaat, 18 November 2016

Kasturi Hair Treatment

 Syukur Alhamdulillah buah limau kasturi memang tuaiannya sekarang tak putus-putus ada hasil samaada di kampung Big Boss di Kiulu mahupun di Sungai Buloh. Sampai tak terambil, jatuh-jatuh buah yang kuning terlampau masak berguguran di tanah. Jika di Kiulu, pokok limau kasturi yang paling tua tidak putus-putus berbuah ialah seperti di gambar atas. Setiap kali balik kampung Big Boss tengok pokok limau kasturi ini mesti teringat arwah nenek.

 Mulai pertengahan tahun ini, jika anak-anak nak mandi sungai kena cuci rambut dengan limau kasturi. Juga syarat sambil mandi sebelum balik rumah kena makan jus buah limau kasturi supaya tak demam selsema berendam lama sangat dengan sumber vitamin C semulajadi. Dah dijadikan budaya anak-anak ini biasa bermain-main di sungai sambil makan-makan buah limau kasturi yang dah masak atau hampir masak. Lagipun makan buah limau kasturi buang merata pun tak pe sebab bahan organik. Syukur Alhamdulillah permata hati pun sekarang makan buah limau kasturi di tepi sungai macam makan oren sunkist.
 Tukang Kebun pun suka basuh rambut dengan limau kasturi. Lembut berkilat rambut dibuatnya. Jika rambut berminyak pun rasa dah tak berminyak lepas cuci dengan buah limau kasturi. Patutlah arwah nenek yang biasanya petik buah limau sahaja dari laman rumah untuk cuci kepala, rambut tak beruban. Yang bagusnya lepas jus limau kasturi diperah-perah dekat kulit kepala dan dibiarkan beberapa minat boleh kurangkan kelulumur. Jika kulit kepala gatal pun lumur dengan jus buah limau kasturi biarkan beberapa minit juga dapat mengurangkan kegagalan.
 Sambil-sambil tunggu Tukang Kebun bagi green light boleh rinse rambut, anak-anak lepak atas batu sungai. Banyak anak ikan kelah dalam sungai ini berenang-renang kalau pinjam goggle anak-anak. Dah jadi satu activity bagi kami, sebelum turun ke sungai singgah petik-petik dulu buah limau kasturi untuk buat cuci rambut dan makan-makan. Aktiviti begini dapat merapatkan hubungan keluarga. Si isteri perah dan lumur jus limau kasturi dekat rambut suami, lepas tu giliran suami pula cuci rambut isteri kan.
 Jimat duit untuk natural spa rambut begini dan selamat dari bahan toksik seperti bahan synthetic kimia. Tapi kalau rambut panjang macam Tukang Kebun dan Abby , kami berdua sahaja guna limau kasturi dah berat buah 1 kilogram. Penggunaan harga buah limau kasturi yang digunakan oleh sekeluarga sekali turun sungai ibarat sama harga dengan sebotol syampu. When put like that sounds very luxurious kan. Organic goodies which is much safer for our health are pricey now compare to foods that has been abused with many type of toxicant. Tak rugi berbudi dengan tanah, cuma keluarkan peluh sahaja tak perlu nak mengeluarkan duit untuk beli syampoo.
 Dah lama simpan gambar ini, teringat pertama kali Abby dapat hadiah di taska punya excited berlari ke kereta nak tunjuk hadiah yang diterima apabila bila dipilih antara gigi yang paling cantik. Hadiah Frozen pula tu. Terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Siti selalu kongsi gambar telatah anak-anak di taska. Beriya-iya Abby tayangkan gigi.
 Anak pokok limau kasturi muda memang daunnya kesukaan caterpillar. Kekadang sampai botak dimakannya semua daun, but fear not nanti keluar semula pucuk-pucuk daun. Kadangkala bercabang jadi pokoknya hasil pruning semulajadi yang caterpillar bantu. Macam ulam agaknya bagi caterpillar makan daun anak pokok limau kasturi. Kalau sesiapa mata cerah boleh perasan masih ada caterpillar yang duduk menumpang atas bekalan anak-anak pokok limau kastrui di bawah. Anak-anak pokok limau kasturi ini pun dah berapa kali botak dibuatnya caterpillar. Syukur Alhamdulillah naik merimbun semula daunnya dan bercabang-cabang ranting pokoknya.
 Yang berminat untuk menambah koleksi ada pokok limau kasturi di laman, boleh juga dapatkan bekalan anak pokok dan buah limau kasturi dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas anak pokok limau kasturi RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah limau kasturi RM5.00 ~

Selasa, 15 November 2016

Pseuderanthemums Combo Promotion

  Antara pokok bunga yang kembali ke dalam stock Kebun Bahagia Bersama bulan ini adalah dari keluarga pokok bunga Pseuderanthemums. Ramai gardeners kawasan tropika suka akan pokok bunga  renek ini kerana ianya sesuai ditanam dalam pasu dan pokoknya tak besar. Paling tinggi pun 3~4 kaki ketinggiannya. Tambahan pula rajin berbunga sepanjang tahun. Penjagaan juga mudah kerana keperluan airnya cuma sederhana sahaja. Jika terlebih air kekadang kita boleh nampak perubahan warna daunnya menjadi pucat sebagai indicator.  Selepas habis musim bunganya bagi sahaja pruning, InsyaAllah nanti cepat tumbuh pucuk-pucuk baru yang akan membesar menghasilkan kudupan bunga lagi.
Yang bunga seakan berwarna lavendar ini dipanggil juga blue crossandra, walaupun ianya adalah bukan keluarga crossandra kerana mirip bentuk bunganya dengan bunga jenis crossandra.

Info lanjut mengenai blue crossandra/blue twinkle (Pseuderanthemum graciflorum) <Click Here>.

~ 1 pot Blue Crossandra RM7.00 ~


 Yang bekalan ada semula juga adalah jenis yang daun variegated bunga berbintik-bintik polka dot merah False Eranthemums (Pseuderanthemum carruthersii var. atropurpureum cv. Tricolor).

~ Info lanjut False Eranthemums boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pot False Eranthemums RM7.00 ~


 Special Pseuderanthemums Combo Promotion untuk bulan November 2016 ini sahaja sementara stok masih ada. Untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia menggunakan prepaid box small Size (RM14) dengan 1 pot Blue Crossandra dan 1 pot False Eranthemum untuk harga RM11 menjadi jumlah RM25 (jimat RM3). Boleh selit unlimited biji benih tanpa penambahan kos penghantaran.

  Juga dalam bulan ini ada stok biji benih bunga aster dalam Original Packaging.
~ Aster Pastel Mixed 1 pek RM10.00 ~
~ Aster Flame Red 1 pek RM10.00 ~

Isnin, 14 November 2016

3rd Week Nov 2016 Pasar Fresh KBB

 Sekejap timbul, sekejap menghilang beberapa minggu ini. Tak dapat constant untuk update blog. Syukur Alhamdulillah walaupun tak update blog ada juga gardeners yang ambil initiative menulis email tanya bila-bila self-collect yang available. Sebenarnya kami beroperasi secara biasa self-collect pada hujung minggu. Cuma ada weekend tertentu tak dapat sebab travelling. Untuk minggu ini self-collect adalah seperti berikut.

~ 19th/20th November 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah pokok-pokok mulberry apabila dicantas bukan sahaja menghasilkan buah-buah tetapi banyak pucuk-pucuk daun baru yang boleh dijadikan bahan sayur untuk dimasak di dapur. Pucuk mulberry sedap juga dimasak ala masak lemak putih (klik sini) atau sup dengan rencah ikan bilis bersama sambal belacan (klik sini) ataupun sup daging (klik sini). Ada juga pelanggan-pelanggan yang suka pesan pucuk mulberry semasa self-collect fresh goodies dari Kebun Bahagia Bersama. Biasanya pada pagi hari sama sebelum datang self-collect akan kami tuai pucuk mulberry tersebut.
  Sebulan lepas, Tukang Kebun mengemas yang mana saiz pokok-pokok mulberry yang dah besar dengan pesat tak dapat dipos, sorting dipindahkan ke zon yang hanya untuk self-collect sahaja. Sebelum dipindahkan, Tukang Kebun cantas seperti gambar di atas dan buka-buka juga beberapa daun. Kalau tak lebih merimbun sebenarnya dah tinggi dari Tukang Kebun. Biar dicantas-cantas supaya lebih banyak ranting-ranting untuk menghasilkan buah macam gambar No. 2 di atas merimbun dengan ranting-ranting dan buah bergayutan. Yang ingin instant pokok mulberry di rumah boleh self-collect sementara stock masih ada. Yang tidak dapat self-collect duduk jauh, boleh juga dapatkan pokok mulberry saiz yang masih boleh dipos dari Kebun Bahagia Bersama selain dari fresh mulberry cuttings.

~ 1 bekas pokok mulberry RM7.00 ~
~ 10 fresh mulberry cuttings RM7.00 ~
~ 1 ikat pucuk muda daun mulberry RM1.00  (self-collect only)~
~ 1 bungkus plastik buah organic mulberry RM3.00 (self-collect only) ~

Biasanya untuk mulberry kami gunakan tanah bakar dari kebun sendiri, yang dalam polibeg mulberry tersebut warna hitam contoh tanah bakar Kebun Bahagia Bersama. Tanah Bakar hanya boleh self-collect sebab 1 beg beratnya melebihi 10kilogram. 

~ 1 beg Tanah Bakar Kebun Bahagia Bersama RM5.00 (self-collect only) ~


 Ada beberapa tandan buah pisang nangka juga sedang membesar dan dah mula masak di kebun belakang. Ada beberapa pokok pisang nangka hingga kena bagi tongkat sebab buah terlampau sarat dah patah pinggah pokoknya bulan ini..

~ 1 sisir buah pisang nangka yang biasanya lebih 2 kilogram berat RM5.00 (boleh dipos)
~ 6 sisir buah pisang nangka RM20 (November special promotion harga borong, boleh share dengan kawan-kawan).<Self-Collect Only>.
~ 1 bibit/sulur pisang nangka RM10 (boleh dipos).

 Syukur Alhamdulillah buah nangka juga sudah mula lebat berbuah sudah sejak bulan lepas.

~ 1 buah nangka muda RM5.00 (self-collect only) ~
~ 3 biji buah nangka muda RM10.00 (Self-collect only, November special promotion, boleh share dengan jiran-jiran)~
~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 (limited, self-collect only)~

Antara buah-buahan juga yang kerap diminta untuk dipos adalah seperti buah pinang masak atau buah pinang muda dan buah canistel yang ada fresh stock atas pokok di Kebun Bahagia Bersama.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (Boleh Pos)~
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (Boleh Pos)~
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 (Boleh Pos)~


Dengan kenaikan harga minyak kelapa sawit bulan ini, sesiapa yang rajin nak buat minyak kelapa dara asli sendiri atau minyak masak kelapa dengan harga lebih ekonomi boleh dapatkan buah kelapa yang memang masak atas pokok gugur sendiri ke tanah bumi. Tak de siapa nak pergi jolok buah-buah yang tinggi tu, jadi tunggulah sehingga gugur sendiri.

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 (Self-Collect only) ~
~ 1 biji buah kelapa sudah diparut RM2.00 (Self-Collect only)~
~ 1 bibit buah kelapa gading RM7.00 (Self-Collect only) ~
~ 1 bibit buah kelapa bentuk bola rugby RM5.00 (isi lebih lemak berkrim) (Self-Collect only)~

 Selain dari buah pisang nangka, juga available minggu ini adalah jenis pisang kadau kuning.

~ 1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 ~

Antara fresh goodies lain yang available:

~1 ikat batang sayur keladi RM1.00
~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 
~ 1 kilogram buah limau kasturi RM5.00
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM5.00
~ 1 kilogram buah limau kapas RM5.00
~ 1 kilogram buah limau mixed RM5.00
~ 1 ikat daun kadok RM1.00
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00
~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00
~1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00
~1 ikat daun salam RM1.00
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00

Yang tak dapat self-collect sendiri, special Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk bulan November 2016 ini, Team Members Kebun Bahagia Bersama akan membungkus sekurang-kurangnya lima jenis buah dari Kebun Bahagia Bersama dengan jumlah berat menghampiri 2 kilogram. Untuk dalam Semenanjung Malaysia sahaja termasuk kos penghantaran berjumlah RM20 (Hampir 2 kilogram buah-buahan (RM6) tambah kos penghantaran Pos Laju Malaysia menggunakan kotak prepaid saiz small (RM14), jumlah RM20).

Email senarai pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).


Ahad, 13 November 2016

Sakura Shrimp Fritters

  Antara jenis udang segar yang diminati tetapi jarang-jarang dapat dibeli segar belum diproses sekarang mahupun di tamu  ataupun pasar jarang kelihatan adalah kalau di Jepun dipanggil 'Sakura Ebi'. 'Sakura' adalah bunga cherry blossom, manakala 'Ebi' adalah udang. Bila baru segar ditangkap warnanya dikatakan seperti bunga sakura. Entah kenapa nama panggilannya dalam bahasa tempatan tidak keluar dari kepala hari ini. 
  Selain dari udang yang jenis bersaiz sederhana, udang kecil adik beradik sakura ebi ini pun sedap sungguh dibuat cekodok atau cucur udang. Ranggup bila dibuat cekodak dan rasa ada air masin lautnya. Orang Jepun pun semasa musim sakura ebi suka buat sakura ebi fritters/cekodak makan dengan tempura lain bersamaan nasi ataupun soba/udon. Campur dengan nasi goreng sebagai perencah pun sedap. 
   Beberapa bulan lalu dalam bulan Mei terserempak penjual jenis sakura ebi segar di Tamu Tuaran, perasaan ingin mencuba lalu belilah sepiring. Simpan dalam fridge berhampiran tempat simpan sayur, lalu keesokkan paginya Tukang Kebun buat cekodok campur tepung gandum dengan 2 biji telur ayam kampung serta daun-daun herba.
Syukur Alhamdulillah anak-anak suka makan cekodok udang sakura yang ranggup. Gambar cantik hiasan tak sempat nak buat hehehe....biasalah dalam dapur sambil menggoreng pun banyak multi-tasking tak cukup tangan. Rayyan ini kena denda buat buku latihan sambil teman Tukang Kebun buat sarapan di dapur. Sambil itu snacking.
 Antara herba yang boleh diselitkan juga dalam bahan cekodok sakura ebi ialah ginseng jawa. Bunga pink ginseng jawa macam bentuk sakura pun boleh dimakan dan dicampurkan sekali. Bila dah dimasakkan sekali dalam cucur yang fussy eaters pun tak perasan kan. Pokok ginseng jawa adalah pokok herba yang bila berbunga nampak seperti pokok hiasan yang sesuai juga ditanam dalam pasu.
  Biji benih dan anak pokok ginseng jawa back available semula dalam ready stok kami untuk yang berminat untuk mendapatkan pokok ini.

~ 1 anak pokok ginseng jawa RM4.00 ~

 Manafaat dan cara menjaga pokok ginseng jawa boleh dibaca dalam posting-posting sebelum ini (click sini). 

Sabtu, 12 November 2016

Mexican Hydrangea

 Bulan ini yang mula dibekalkan dari keluarga bunga Clerodendrum adalah bunga yang berwarna merah jambu bermisai. Nama botani diberikan Clerodendrum bungei. Panggilan manja adalah antaranya 'Mexican Hydrangea', 'Rose Glory Bower', 'Mexicali Rose' dan 'Cashmere Bouquet'. Bunga merah jambunya yang sejambak mempunyai gugusan yang banyak juga menghasilkan haruman. Pokok Mexican Hydrangea juga amat sesuai ditanam dalam pasu. Jika ditanam bukan dalam pasu di atas tanah cepat juga ianya membiak dengan akarnya di dalam tanah bersifat seperti sulur keladi menghasilkan anak-anak pokok.
  Kudup bunganya yang mengembang sebelum buka bunganya mekar kelihatan seperti belon. Bentuk daun Mexican Hydrangea berbentuk 'hati'. Pokoknya sesuai diletakkan di tempat kena sinaran matahari sehingga separa matahari. Keperluan airnya juga sederhana sahaja. Ianya boleh ditanam pada tanah laterit yang keras. Suka tanah yang poros. Bila dah berusia lebih 6 bulan, tahan pada musim kemarau dengan tidak memerlukan siraman yang kerap (water-saving/drought-tolerant). Dalam anggaran 2 ke 3 kaki ketinggiannya tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. 
  ~1 bekas Mexican Hydrangea (Clerodendrum Bungei) RM8.00 ~

  Jika yang minat bunga putih, dalam keluarga Clerodendrum ada jenis kembang bugang (White Butterfly Bush). Misai bunganya juga lebih panjang dari misai bunga Mexican Hydrangea.

More info on Kembang Bugang (Clerodendrum calamitosum) (click here).
~ 1 bekas kembang bugang RM7.00 ~

 Jika yang berminat pokok keluarga Clerodendrum yang tinggi dengan bunganya yang warna merah garang dan misai lebih panjang ada juga pokok pagoda merah (Cledodendrum paniculatum) dalam stok kami. Jika ikut urutan panjang misai bunga antara 3 jenis Clerodendrum ini ialah Mexican Hydrangea< Kembang Bugang<Pagoda merah.

More info on Pagoda Merah (click here).
~ 1 bekas Pagoda Merah (Clerodendrum paniculatum) RM10.00 .

 Special offer untuk Bulan November ini sahaja while stock last 1 set keluarga bunga Clerodendrum dari Kebun Bahagia Bersama iaitu 1 plant Mexican Hydrangea, 1 plant Kembang Bugang dan 1plant Pagoda Merah for RM18 (Jimat RM7). 


 Dalam bulan ini masuk biji benih baru kemunting cina campur-campur jenis Pacifica XP dalam Original Packaging. 1 pek about 60 seeds for RM15.00 .