Gambar-gambar yang dah lama disimpan dalam folder kisah pertama kali kami mencuba buat lokan panggang sendiri di rumah. Biasanya bila ke Tamu Tuaran kami singgah makan lokan panggang di Salut. Entah kenapa pertengahan Ogos lalu, terasa nak ambil pengalaman masak sendiri lokan panggang. Si suami terpaksa melayan kehendak si isteri, walaupun tahu yang tukang panggang adalah peranan si suami.
Mungkin disebabkan pertengahan tahun lalu ramai yang menjual pelbagai jenis pilihan makan laut berbentuk kerang menimbulkan minat untuk masak sendiri di rumah. Biasanya memang kalau ke Tamu Tuaran ini kami selalu beli banyak stok protein dari hasil laut. Yang mesti dalam senarai bahan untuk dibeli ialah ikan tenggiri. Selalunya paling kurang kami beli 2 kilogram lebih isi ikan tenggiri minta dah tolong siap dipotong-potong. Biasanya ikan tenggiri kalau bukan musim banyak pun di Tamu Tuaran setakat tahun ini kami akan dapat dengan harga purata RM18 sekilogram. Jauh lebih murah berbanding di kawasan Lembah Klang.
Pelbagai jenis bahan-bahan untuk dinikmati bersama tembakau asli juga mudah didapati di Tamu Tuaran. Yang berminat untuk dapatkan bekalan buah pinang muda dan masak juga boleh didapati secara pos atau self-collect dari Kebun Bahagia Bersama. Buah pinang juga terdapat banyak nilai perubatan.
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 .
Bahan marinade yang tak cukup dari kebun Big Boss dengan mudah boleh dapatkan bahan segar di Tamu Tuaran ini untuk projek shellout. Biasanya kalau ke Tamu Tuaran memang tak sah kalau dear husband tak kena sekurang-kurangnya sekali hantar barang ke kereta dahulu sambil Tukang Kebun meneruskan aktiviti membeli belah.
Sebelum ini, Tukang Kebun tak pandai makan lokan, tahun ini dah mula suka makan makanan laut lokan. I started to appreciate this seafood 'Polymesoda expansa'. Dulu pandai makan kerang sahaja 'anadara granosa'. Lokan juga boleh dimakan mentah begitu sahaja. Kalau di Kudat, penduduk tempatan makan lokan mentah letak cuka atau perah air limau dengan cili. Isi lokan juga boleh dibuat rendang.
Makanan kesukaan anak-anak ialah udang. Kalau beli setompok nak sekilogram pun boleh Rayyan meratah seorang. Memandangkan anak-anak suka makan udang, sementara nak sediakan bahan rencah lokan panggang, Papa Abby pangganglah udang juga. Minyak yang harga mahal meningkat, alternative dari menggoreng boleh juga membakar lagi rasa manis isinya.
Sebelum nak letak rencah dalam lokan, kenalah buka kerangnya. Jadi untuk mudah lepas cuci kenalah panaskan lokan yang segar masih hidup supaya dia buka kerangnya kerana kepanasan.
Dah terbuka kerangnya barulah boleh kopek kulitnya. Kemudian letak rencah pada isi lokan dan dibakar semula.
Proses panggang lokan, barulah faham ambil masa juga nak menunggu pesanan lokan bakar di Salut. So sesiapa yang singgah makan lokan bakar di Salut (related posting klik sini) kena bersabar memang makan masa nak tunggu lokan bakar disediakan ya. Bila dah cuba panggang sendiri baru kita faham. Jika ada peluang bolehlah cuba buat lokan bakar di tepi sungai pula nanti.
Yang menunggu-nunggu berminat untuk mencuba tanam wild alpine strawberry. Ada limited stok biji benih wild alpine strawberry. 1 pek original packaging RM20.
Seronoknya tengok pasar hari begini...kak kalau balik kampung mesti nak pergi. macam2 nak beli yg kat tempat kita tidak ada.
BalasPadambestnya tgk seafood...meriah...
BalasPadammcm comel plak alpine strawberry tu...berkenan tp takut xpandai jaga
Assalamualaikum kak Diana,
BalasPadamAdui bestnya laaa tengok mcm2 jenis makanan laut. ...tqvm kak share2kan pic2 ni. ..terubat skit rindu dgn kg hihihi. ...
SLM, biji benih wild Alpine strawberry ade lg x ea
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala,
BalasPadamKalau Tukang Kebun pergi tamu bahaya sikit tak boleh control.
Laju ja nak beli segala hehehe...banyak yang mengidamnya.
Salam Bahagia CT Aju,
Memang seronok Tamu Tuaran ini banyak pilihan seafood.
Waalaikumsalam Julie,
Hujung tahun ini tak balik kampung ke Julie?
Salam Bahagia CT aisyah,
Biji benih wild alpine strawberry ada ready stock.
Pesan ke (kebunkmg@gmail.com).