Halaman

Jumaat, 23 Disember 2016

Characters Beca

 Syukur Alhamdulillah setelah selesai kami dapat tempat penginapan (related posting klik sini), dah bayar untuk sewa semalam teruslah kami keluar berjalan-jalan lagi pada percutian spontan Melaka 2016. Memandangkan kami ini main redah je mana berada pun tak pasti. Peta pun tak tengok masih kabur di mana sebenarnya kami berada. Mengejar masa kerana kami cuma boleh berada dalam 16 jam sahaja di Melaka sebelum kena gerak balik. Cuma tahu anak-anak berminat nak naik feri yang menyusuri Sungai Melaka. Lalu sebelum keluar dari tempat penginapan, Tukang Kebun tanyalah orang dari Eropah yang menjaga sementara reception arah mana patut kami pergi nak menyusur Sungai Melaka untuk point naik feri. Setelah mendengar direction dari orang Eropah (bukannya tanya orang tempatan hehehe), maka berjalanlah kami mengikuti Sungai Melaka. 

 Rupa-rupanya taklah jauh pun salah satu tempat pelancongan utama di Bandar Bersejarah Melaka iaitu kawasan bangunan Stadhuys dari tempat penginapan dalam 1 kilometer je agaknya. Dalam 5 minit berjalan kaki. Kali terakhir kaki Tukang Kebun jejak di kawasan ini pun masa Sekolah Rendah. Sekarang bawa anak-anak sendiri pun paling tua dah nak masuk Darjah 4. Bayangkan betapa lama tak lawat Kota Sejarah Melaka ni. Jauh berbeza dengan dahulu. Lihatlah keliling dengan ramainya pelancong dari dalam negara dan luar negara juga.
 Jika zaman kanak-kanak Tukang Kebun boleh kira bilangan beca yang ada. Pada cuti sekolah zaman anak-anak sekarang berwarna-warni Bandar Bersejarah Melaka dengan hiasan beca yang berwarna-warni dan characters pelbagai. Banyak pilihan dan saingan. Rasa ada ratusan bilangan beca keliling Bandar Bersejarah Melaka pada musim ini. Tidak mengira bangsa khusus, 1Melaka sehati sejiwa dapat mencari rezeki pada waktu cuti sekolah ini atau holiday season untuk mencari sumber pendapatan sampingan dengan membawa beca. Bukan sahaja rakyat Melaka, pendatang asing pun ada juga mencari rezeki dengan membawa beca.
 Demi anak-anak yang belum pernah merasai naik beca. Papa belanjalah anak-anak naik beca untuk ronda ulang alik hingga ke Kota A Famosa. Papa dan Abby pilih beca tema Hello Kitty. Tukang Kebun, Rayyan dan Ilhan naik beca tema Pokemon. Sekarang siap sambil naik beca ada entertainment muzik bekumandang sedang popular lagi. Beca papa dan Abby lajulah ke depan sebab kami punya berat sikit kut. Siap Rayyan cakap kenapa kita punya tak laju. Ilhan tak buka mulut tengok mama dia hehehe....Pemandu beca yang bawa Papa dan Abby berdua lebih muda dari papa. Pemandu beca yang bawa kita bertiga dah umur lebih lima puluh tahun masih gigih mengayuh.
 Anak-anak lelaki tak sah kalau nampak meriam, mesti dipanjat nak duduk atasnya. Semoga lepas ini imaginasi anak-anak mudahlah nak menjawab soalan Bahasa Melayu bila berhubungkait dengan Bandar Bersejarah Melaka.
 Cuma dua tempat ini sahaja kami melawat dahulu bila dah mula senja, bergeraklah kami berjalan pulang ke tempat penginapan untuk mandi, berehat dan melaksanakan perkara wajib sebelum keluar semula mencari makan malam. Bila dah senja masih sesak lagi dengan kereta dan manusia. Beca pula dah mula bercahaya-cahaya menarik penumpang-penumpang.
 Bila dalam perjalanan balik ke tempat penginapan baru perasan dalam roundabout dekat dengan bangunan Stadhuys tu ada patung Sang Kancil. Sang Kancil ini yang Parameswara pembuka Kerajaan Melaka tengok anjing buru kena buli balik membuatkan ianya buka hati membuka tapak kerajaan di situ masa beristirehat di bawah pokok Melaka. Pokok Melaka di atas kawasan car parking belah atas berdekatan dengan Bangunan Stadhyus tu ada (gambar atas perenggan ini). Daunnya macam daun assam jawa. 
Bila dalam perjalanan balik ke tempat penginapan baru perasan dalam roundabout dekat dengan bangunan Stadhuys tu ada patung Sang Kancil. Sang Kancil ini yang Parameswara pembuka Kerajaan Melaka tengok anjing buru kena buli balik membuatkan ianya buka hati membuka tapak Kerajaan di situ masa beristirehat di bawah pokok Melaka. Pokok Melaka di atas kawasan car parking belah atas berdekatan dengan Bangunan Stadhyus tu ada. Daunnya macam daun assam jawa. 
 Kebun Bahagia Bersama buka semula promosi bibit/sulur Nenas Madu Sabah sehingga akhir bulan Januari 2017 untuk yang berminat. 

Info lanjut mengenai Nenas Madu Sabah juga boleh dirujuk ke posting sebelum ini (klik sini).

~ 4 sulur Nenas Madu Sabah RM10.00 (promotion valid for January 2017 only) ~

 Buah Nenas Madu Sabah kali ini kami tak bekalkan sebab belum peak season. Cukup-cukup untuk bekalan kami.

2 ulasan:

  1. Memang seronok jln2 Melaka.. kena dtg lagi...

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Kak Mar,

    Memang seronok jalan-jalan di Melaka, banyak tempat nak dikunjungi.
    Tak sempat nak tengok semua dalam beberapa hari kena cuti lama sikit kan.
    InsyaAllah kalau ada rezeki nak datang lagi.

    BalasPadam