Halaman

Isnin, 26 Disember 2016

Masjid Kampung Kling

  Tempat yang dituju sambil mencari sarapan pada hari kedua kami di kawasan Jonker Walk di Melaka ialah jalan-jalan mencari makam Hang Jebat. Sambil menulis posting ini tanya si Ilhan yang sedang membantu terbalikkan kain yang baru dibasuh, Hang Jebat itu siapa? Ilhan jawab adik-beradik Hang Tuah. Bertuah betul anak ini, bukan adik-beradiklah, sahabat handai Hang Tuah. Nampaknya kenalah Tukang Kebun mencari buku-buku lama kami dalam bilik study atuk Ilhan. Di atas dikatakan makam Hang Jebat tapi kalau baca hikayat atau versi rujukan sejarah rasanya ibarat Tugu.
  Selepas sarapan di Kaya Kaya Cafe di Jalan Tukang Besi (related posting klik sini) kami menuju ke Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas atau juga dikenali sebagai Jalan Harmoni. Dipanggil Jalan Harmoni kerana di jalan ini ada tiga bangunan ibadat berlainan agama berdekatan menunjukkan suasana harmoni masyarakat di sini pelbagai budaya, bangsa dan agama. Sebenarnya malam sebelumnya kami dah berhenti di depan Masjid Kampung Kling dalam perjalanan balik ke tempat penginapan (related posting klik sini). Tapi kami tak masuk di perkarangan dalam masjid walaupun pintu masih terbuka luas sebab waktu pun dah lebih 11 malam. Kami pun terkejut tak perasan rupanya ada masjid dekat sahaja dengan tempat penginapan kali ini. Lain kali jika ada rezeki kami nak cuba pula menginap di tempat penginapan yang menghadap Masjid Kampung Kling ini. Mudah untuk berjalan solat di masjid lebih jelas nak dengar azan. Kali ini masa berjalan-jalan dalam Jonker Walk, minaret Masjid Kampung Kling menjadi landmark untuk memudahkan kami tahu di mana sebenarnya kami sekarang untuk bergerak.
 Yang menarik mata Tukang Kebun ialah mercu pintu gerbang pintu di Masjid Kampung Kling. Tak dapat Tukang Kebun ambil gambar dengan jelas tapi bentuk seperti pasu porcelain rekabentuk Eropah tu nampak sweet sangat. Sangat unik banyak gabungan antara pelbagai budaya atau pengaruh.
 Kami tak masuk sehingga ke dalam bangunan masjid memandangkan pakaian kurang sesuai. Tetapi ada disediakan jubah dan penutup kepala di depan pintu masuk masjid untuk pelancong-pelancong pakai yang ingin mengamati ukiran dalam interior masjid lebih dekat.
 Tempat mengambil wuduk juga sangat menarik reka bentuknya. Sehinggakan Abby yang macam anak koala bear tak lepas dari dukungan papa dia nak turun ke bawah jalan sendiri. Habis si Sumandak ni buli papa dia nak berdukung memanjang masa di Melaka. Kalau papa takde kami keluar, tak berdukung pun. Tengok si Rayyan dan Abby ini geram terbayang-bayang agaknya dalam kepala ingat kolam renang kut. Sikit-sikit pergi dekat, kalau tak dipantau mau dah rendam kaki.
 Selepas melawat Masjid Kampung Kling, kami mencari makam Hang kasturi pula. Dalam kawasan makam Hang Kasturi ada pokok kemboja merah gelap wangi sedang berbunga. Jenis kemboja merah wangi ini ada kami bekalkan fresh cuttings (1 cutting RM15.00).
 Seperti makam Hang Jebat ianya dikelilingi dengan bangunan cuma kawasan makam Hang Kasturi lebih sibuk dan sempit.
 Makam Hang Kasturi berhadapan dengan gambar di bawah ini. Tukang Kebun perhatikan lorong dalam Jonker walk berdekatan dengan Hang Kasturi ini banyak berpusat menjual biskut-biskut tradisional. Banyak juga kedai menarik rasa nak singgah tetapi tak sempat kali ini kerana dah hampir waktu nak check out. Indikator status business level ketika itu.
 Melihat rekabentuk bangunan kedai di depan makam Hasng Kasturi ini mesti dulu adalah antara successful businessman di lorong tersebut. Perbelanjaan mesti banyak nak upah skillworker untuk ukiran dan tiles yang banyak pada zaman tersebut. 
 Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Z di Kuala Muda, Kedah yang berkongsi gambar pokok Dove Tail yang telah berbunga pos dari Kebun Bahagia Bersama ditanam dalam pasu.

 Info lanjut mengenai Dove Tail boleh rujuk posting lepas (klik sini).

 Special offer for January 2017 only , 5 moist bare-rooted Dove Tail for RM10.00 .

6 ulasan:

  1. Pokok Dove Tail ni senang hidup kan...dulu ada banyak..sekarang dah pupus dah..

    BalasPadam
  2. Banyak tinggalan sejarah di bumi Melaka ni.

    BalasPadam
  3. Dah lama betul lady x ke Melaka. Dlu pergi pun time belajar. Smpt melawat bbrp tempat shj.

    BalasPadam
  4. cantik betul rekaan masjid kampung kling tuh, sgt unik....

    cantik la bunga dove tail tuh, wangi tak kak bunganya? mule2 td ingatkan bunga harum sundal mlm

    BalasPadam
  5. Seronok makan angin:)

    Dove tail tu macam pistachio kakak tengok.
    Cantiklah..

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Kak Fida,

    Ya pokok dove tail ini memang mudah hidup, tak remeh sangat nak jaga.

    Salam Bahagia Warisan Petani,

    Ya bumi Melaka banyak tinggalan sejarah, tapak yang kita berjalan atas bandar Melaka semuanya ada sejarahnya tersendiri.

    Salam bahagia LadyBird,

    Samalah kita lama tak pergi Melaka dari zaman kecil.
    Bila tengok perubahannya terkejut juga.

    Salam Bahagia Dana,

    Memang unik bentuk masjidnya.
    Kalau siang tak perasan bau bunganya.
    Macam harum sundal malam bila malam baru wangi.

    Salam Bahagia KakZakie,

    hehehe...memang ada bentuk kacang pistachio.

    BalasPadam