Halaman

Sabtu, 31 Disember 2016

Zz Sup Tulang

 Sambil-sambil menunggu anak-anak puas bermain di Thomas Town (related posting klik sini), berbincanglah dengan dearest husband ada ke teringin mengidam makan apa-apa di Johor untuk makan malam ni. Dearest husband kata dia teringin nak makan sup. Lalu google je best spot untuk makan sup. Bila google banyak keluar review untuk ZZ Sup Tulang. ZZ Sup Tulang pun banyak cawangan jadi kami pilih yang mudah on the way balik ke hotel.
 Sekali tersilap masuk jalan bila nak pusing semula, terkeluar ke jalan yang berdekatan dengan bangunan Tabung Haji di bandar Johor ada illumination banner atas jalan raya. Kalau tak silap sense of direction Tukang Kebun dah tak berapa bagus dekat dengan istana. Anak-anak pun sebenarnya dah kepenatan tertidur di belakang kereta. Berhentilah kami sebentar dah alang-alang nak letakkan kenderaan pun ada ruang. Kejutkan anak-anak semua cuma si Rayyan sahaja tak terbangun langsung. 
 Berhenti di sini, Abby yang masih bertenaga banding dengan abang-abangnya sambung bermain bubbles. Bertuah sungguh rakyat Johor banyak tempat untuk beriadah dengan keluarga sekarang pada waktu malam juga ada tempat-tempat boleh sekeluarga ambil angin.
 Selepas nampak gaya Abby dah puas bermain, kami bergeraklah semula mencari ZZ Sup Tulang. Tukang Kebun kali pertama makan di cawangan ZZ Sup Tulang dekat JKR ini. Menarik konsepnya macam warung-warung di kampung. Ramai sungguh pelanggannya. Walaupun kawasannya luas banyak meja, tiada tempat kami tunggu sebentar sementara ada pelanggan yang dah siap sedia habis makan. 
 Kami tak memesan banyak cuma seekor ikan pari bakar, dua sup tulang dan satu burger untuk si Ilhan. Nasi kami tak pesan, cuma meratah lauk sahaja. Lagipun sebelum bertolak di Puteri Harbour (related posting klik sini), kami dah isi perut anak-anak dengan Sushi di Sushi King. Takut diorang masuk angin seharian tak makan cuma makan breakfast sebelum masuk indoor theme park. Lepas tu ingat main sahaja sambil-sambil makan snack.
 Harga Sup tulangnya berpatutan cuma RM10 semangkuk. Yang peminat sup tegar keluarga kami ini dear hubby dan si Rayyan. Jadi Rayyan kongsi dengan mama. Ramai pelanggan kedai pada malam tersebut jadi kena tunggu jugalah. Ikan pari sampai awal dahulu berbanding dengan makanan lain. Mungkin ramai sungguh pelanggan pada malam tersebut jadi makanan bila sampai pun dah kurang suam.
 Sebelah jalanraya kedai makan ZZ Sup Tulang ini kemas nampak mini kebunnya baru dikemaskan. Kawasan tanah yang ada dimanfaatkan. Ada deretan pokok-pokok pisang. Pagi terakhir di Johor Bahru kami singgah sarapan di Hutan Bandar. Di Hutan Bandar pun ada cawangan ZZ Sup Tulang tapi yang di situ buka sebelah siang sahaja. Pada waktu malam ada kami lalu deretan gerai makan di Hutan Bandar tapi macam gelap sahaja. Teringat pernah bawa Ilhan jalan-jalan di Hutan Bandar masa baru sedang belajar berjalan.
 Pertengahan Disember bulan ini ada kami pindahkan beberapa pokok pisang mas di kawasan ini. Untuk mengelakkan kekeliruan kawasan ini buat sekelompok tanaman pokok pisang mas. Yang berminat untuk dapatkan sulur pisang mas batang merah, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan dan boleh juga dipos.

~ 1 sulur pisang mas batang merah RM10.00 ~

 Bulan ini ada Tukang Kebun kemas-kemaskan bekas pokok bemban yang disediakan untuk dibekalkan kepada yang berminat. Masa alih-alihkan bekas bekalan stok pokok bemban mana yang dah terkeluar isi-isinya, Tukang Kebun pun keluarkan dan bandicoot atau curi tuai sahaja isi ubinya. Kemudian pindahkan sahaja ke pot lain pokoknya dengan bekas yang baru dan tambahan tanah bakar.
 Lihatlah walaupun bekas kitar semula sekecik ini pun pokok ubi bemban amat mudah untuk hidup. Sangat sesuai untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad. Rasanya baru bulan September lepas, Tukang Kebun pindahkan pokok-pokok ubi bemban ini ke bekas baharu. Terkejut tengok dah ada isi sudah yang boleh dituai dalam masa tiga bulan lepas dituai ubi yang sebelumnya.
 Walaupun pokoknya tinggi ini sahaja di bekas kecil atas, ada juga hasil ubinya dan ada juga ubi yang dah bertunas untuk menjadi pokok baru. Mungkin tanah bakar yang digunakan sebagai medium tanah untuk pokok-pokok ubi bemban yang ditanam dalam bekas ini bersesuaian untuk zat pokok tersebut menghasilkan ubi-ubi. Jika rakan-rakan gardeners lain gunakan bekas yang lebih besar lebih eloklah, kami tanam dalam bekas-bekas kecil ini kerana mudah nak dipos dan jimat kos penghantaran kerana kurang berat serta banyak ruang dalam kotak prepaid nak diisikan lagi dengan pesanan lain.
 Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan tanah bakar bagi yang berminat. Berapa berat? Beratnya pun Tukang Kebun nak sakit pinggang mengangkat hehehe....ada paling kurang 10kilogram satu beg. Bagus juga dijadikan baja untuk pokok-pokok yang nak berbuah.

 Tanah bakar ini pun ada campuran arang semulajadi bagus untuk tanaman. Bacaan lebih lanjut boleh rujuk posting kami sebelum ini 'Tanah Arang' (klik sini).

Tawaran untuk bulan Januari 2017 ini sahaja untuk 3 beg tanah bakar RM10.00.
Harga biasa kami bekalkan 1 beg RM5.00 .
 Ubi-ubi bemban yang dituai dalam bekas sempit itu, Tukang Kebun buat masak dengan sup ayam. Biasanya bila tanya aunty-aunty yang ada jual hasil ubi bemban di Sabah ini syorkan masak dengan sup ayam bagus untuk badan katanya banyak khasiat.

 Bacaan lanjut mengenai ubi bemban (klik sini).

~ 1 bekas ubi bemban/garut (West Indian Arrowroot) RM7.00 ~

Happy New Year!
Happy Holiday!

Jumaat, 30 Disember 2016

Thomas Town

 Tujuan utama ke Puteri Harbour (related posting klik sini) adalah untuk bawa anak-anak cuti sekolah di Thomas Town. Belum sempat lagi masuk ke dalam Thomas Town baru sahaja sebelum entrance door pun anak-anak dah excited. Habis semua Thomas & Friends dipanjatnya satu persatu.
 Dalam semua ride attraction dalam Thomas Town yang paling Ilhan seronok main berkali-kali ialah Bumper Car. Pening tengok Ilhan bermain berpusing-pusing walaupun dah dipesan banyak kali stereng jangan asyik dipulas banyak. Memanglah berpusing-pusing. Rayyan pula semangat nak naik sorang-sorang , cita-cita tinggi tapi tak padan dengan badan kena juga mama atau papa yang temankan tolong bawa. 
 Memandangkan Abby masih belum lepas had ketinggian lagi, sementara tunggu abang-abang main bumper car terpaksalah banyak kali papa Abby teman Abby naik kapal terbang merry-go-round pusing-pusing ini.
  Antara ride attractions yang ada juga dalam Thomas Town ini juga ialah mini ferris wheel. Puaslah anak-anak main banyak kali kebanyakkan ride attractions di dalam Thomas Town dari pukul 3 petang sehinggalah Thomas Town tutup. Sampai makan pun lupa sibuk ingat main sahaja.
 Ambillah kenangan dengan Barney and Friends. Abby tak kenal siapa Barney ini. Masa abang kecil di Adelaide je yang sempat mengenali tengok Barney and Friends ni.
 Bulan Disember 2016 ini masuk kebun kurang sikit dapat buat self-collect. Next Self-Collect pun pada 14/15 hb Januari 2017 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. 
 Yang meriah berbunga ketika ketiadaan Tukang Kebunnya pada bulan Disember ini juga ialah jenis Heliconia psittacorum 'Halloween' (more info klik sini). Berguguran bunga kemboja bali kuning di atasnya. Juga bakal memeriahkan suasana di Kebun pada tahun baru ini. Bunganya kembang lama.

Special Sale for January 2017 only for 1 moist bare-rooted Heliconia psittacorum 'Halloween' RM8.00 (save RM7.00).

Selamat Tahun Baru 2017.

Khamis, 29 Disember 2016

Puteri Harbour

  Pada awal Disember lalu, kebetulan semasa kami bercuti hari pertama di Johor adalah Birthday Big Boss. Jadi mintalah cucu-cucu nenek posing buat bentuk hati dengan tangan mereka di Puteri Habour ikut replika di background mereka. Kemudian hantarlah gambar tersebut wish nenek Happy Birthday. Sebelum kami bercuti di Melaka dalam bulan Disember ini (related posting klik sini), kami bercuti di Johor dahulu sebenarnya. Selama tiga hari kami berada di Johor.
 Kali terakhir rasanya Tukang Kebun jejak kaki di Johor adalah pada Ogos 2008 bila berhenti kerja di Senai untuk sambung belajar. Ketika itu Ilhan pun baru berusia setahun lebih. Kebetulan pula semasa mengarang posting ini terserempak di Tamu Tamparuli terakhir untuk tahun 2016 tadi dengan first live-in babysitter Ilhan iaitu si Nancy. Nancy pun pertama kali pergi ke Semenanjung dapat duduk di Johor dalam setahun lebih bantu Tukang Kebun jaga Ilhan semasa berkerja. Nancy pun sekarang dah ada seorang anak perempuan sebaya umur dengan si Rayyan. Dah lapan tahun tidak ke Johor banyak perubahan di Johor. Masa duduk di Johor dulu tiada tempat Puteri Harbour ini. Sekarang salah satu tempat menarik di Johor boleh bawa sekeluarga berjalan-jalan atau beriadah.
 Ke Johor bertolak malam sebab tunggu dear husband habis kerja baru bergerak. Bila sampai R&R Seremban nak isi perut dahulu dah pukul 10 malam lebih. Sambil tunggu makanan papa beli di A&W dah terlelap si Rayyan dan Abby. Dah lama betul kami tak bawa kereta jalan jauh malam-malam, sampai di Pagoh R&R terus berhenti kereta, terus tidur ada satu jam. Masalahnya Tukang Kebun nak jadi Driver Back-up pun sendiri dah mengantuk. Sampai ke Johor dah pukul 3 pagi di Berjaya Waterfront Hotel. Walaupun banyak jalan-jalan dah nampak berubah bila masuk Johor, Syukur Alhamdulillah tidak perlu berpandukan WAZE tak sesat sampai ke hotel. Padahal dulu selalu makan mee rebus di Stulang satu jalan je ke Berjaya Waterfront Hotel. Sengaja ku mengusik dear husband, bikin malu kalau guna WAZE padahal bertahun-tahun duduk di Johor.
 Banyaknya bangunan-bangunan tinggi di Johor dan tempat-tempat baru sekarang. Sebelum masuk ke bangunan Puteri Harbour kami berjalan-jalan di luar dulu dekat air. Sebelah petangnya pula kebetulan ada event sambutan Christmas. Adalah salji olok-olok, seronoklah budak-budak bermain dengan lagu rancak Christmas berkumandang.
 Dah tiga anak baru sempat nak cuti ke Johor semula. Makan anginlah sekejap di Puteri Harbour Marina tengok bot-bot yang disimpan di situ. Syoknya lah kalau ada bot sendiri, bila-bila boleh pergi memancing di laut. Kami sampai di Puteri Harbour pun dah nak dekat tengahari rasanya sebab cover tidur dan singgah sarapan dulu.
 Selepas berjam-jam main dalam bangunan, sementara Tukang Kebun keluarkan cash di ATM sempat pula papa Abby belikan mainan bubbles pun anak-anaknya. Duduklah sekejap di Puteri Harbour marina layan anak-anak puas hati bermain semasa cuti sekolah ini. Terlihat ramai juga pasangan pengantin baru ambil gambar di kawasan Puteri Harbour ini dengan macam-macam aksi.
 Gambar tanaman di bawah yang dikongsikan oleh Encik H yang duduk di Iskandar Puteri, Johor bulan ini dari tanaman yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama bulan lepas ke kebunnya telah berbunga iaitu Yellow Walking Iris (Trimizia martinicensis) dan Bawang Berlian (Eleutherine bulbosa). Adakah kawan-kawan tahu bahawa Yellow Walking Iris dan Bawang Berlian ini adalah tergolong dalam keluarga yang sama dengan tanaman Iris iaitu Iridaceae?

Info Yellow Walking Iris (klik sini).

Info Bawang Berlian (klik sini).


Promosi hanya untuk bulan Januari 2017:

~ 1 pot Yellow Walking Iris RM5.00 .

~ 1 pot bawang berlian/bawang dayak/ tampaka RM5.00 .

Rabu, 28 Disember 2016

Cruising Kinabatangan Early Morning

  Kisah kenangan di Abai Sungai Kinabatangan cuti September lalu (related posting klik sini) pun sudah lama tersimpan dalam folder gambar. Sambungan untuk pengalaman kami bercuti di kawasan Abai Sungai Kinabatangan untuk hari kedua sebelah pagi pula. Tukang Kebun suka sangat tengok jenis adik-beradik pokok kantan atau halia ini. Cantik sungguh bunganya banyak didapati di kawasan Abai ini. Tidak pasti pula adakah ini betul adik beradik Ginger Native kawasan rendah Kinabatangan ini atau tidak. Pokoknya memang mirip dengan pokok lengkuas dan kantan.

  Jika yang berminat nak dapatkan bibit anak pokok halia merah atau halia bara ada stok kembali.

  Tawaran istimewa untuk bulan Januari 2017 untuk 1 pot halia merah/bara dengan harga RM5.00 .

 Info lanjut mengenai halia merah/halia bara boleh (klik sini). 

 Jika nampak tanah kena kais-kais macam gambar di atas itu bolehlah agak kerja apa yang mencari makanan style gitu kalau bukan wild boar. Awal-awal pagi lagi kena bangun sebab boat trip menyusuri Sungai Kinabatangan nak bertolak awal supaya dapat tengok binatang-binatang liar yang keluar pagi mencari makan. Elok je keluar dari chalet, terkejut tengok wild boar punya ibu sedang keluar dengan anak-anaknya mencari makan depan chalet. Tidaklah ia mengganggu masing-masing buat hal sendiri. Lalu kami pun berjalanlah pergi sarapan dahulu di restoran resort. Disebabkan itu menarik walkway kawasan resort ini tinggi. Jadi menarik melihat sambil berjalan ada binatang liar lalu di bawah walkway. Dia membawa anak-anaknya mencari makanan, kami pun bawa anak-anak kami untuk isi perut dengan makanan juga.

 Selepas sarapan masih belum beberapa cerah lagi kami menunggu guide bersiap sedia untuk membawa kami ke bot di luar restoran. Ternampak selalu ada banyak burung besar suka bertenggek di atas pokok tinggi yang tiada daun ni. Tanya guide katanya sejenis merpati yang besar. Orang tempatan kadang-kadang tangkap buat makan juga. 
 Sementara menunggu santai di luar restoran resort, menarik juga untuk kanak-kanak berkenalan dengan serangga-serangga semulajadi di Kinabatangan. Dapatlah mereka jumpa Rhinoceros beetle dengan sejenis caterpillar. Rhinoceros beetle ini besar juga, takut si Rayyan nak pegang. Kalau kat Jepun musim panas ada harga juga Rhinoceros beetle ini jual di Petshop boleh dapat puluhan ringgit duit kita. Kemudian tengok gelagat kura-kura ini laju juga ia melarikan diri bila ambil cebisan roti-roti yang pada mulanya ingat nak panggil tupai dekat. Kura-kura pula ambil kesempatan.
  Resort ada juga sediakan teropong seorang satu untuk budak-budak cuba pakai. Raincoat juga ada disediakan takut kalau tiba-tiba hujan dengan cuaca yang tak menentu. 
 Awal pagi di Sungai Kinabatangan masih cuaca sejuk lagi. Abby masih kaku dalam dakapan Papa Abby belum cukup warm up lagi.
  Memandangkan ketika kami pergi boleh dikirakan banyak hujan juga jadi ada beberapa tempat yang tenggelam boleh dijadikan jalan pintas untuk ke channel sungai Kinabatangan yang lain. Siapa yang tinggi kepala kena hati-hatilah tak tersangkut dekat ranting pokok.
 Sebenarnya sungai kawasan ini lebih lebar tetapi telah dihuni oleh tumbuhan-tumbuhan air yang invasive berdekatan ke tebing hingga nak sampai tengah sungai. Kalau musim kering lagi jalan sungai menjadi lebih sempit. Masa pergi banyak hujan jadi ada yang hanyut membuatkan jalan sungai lebih lebar. Tempat di bawah ini juga adalah antara perhentian popular membawa pelancong untuk berhenti sarapan.
 Ada juga beberapa jenis predator bird yang dapat juga kami lihat gerak-geri mereka mencari makanan. Yang sempat Tukang Kebun ambil gambar adalah dua jenis helang di bawah. Yang belah gambar di atas macam adik beradik Lang Merah pada mulanya sedang khusyuk buat observation di pokok tinggi tepi sungai. Cepat betul ia sambar mangsanya terbang tinggi bawa makanan hidup macam gambar di bawah. Besar juga tangkapannya kan. Kemudian dapat juga melihat seekor Borneo Serpent Eagle juga mencari makan untuk breakfast paginya yang gambar belah bawah. Borneo Serpent Eagle ini memang cekap memburu ular untuk santapannya. Kalau dalam gambar tak nampak besar sangat saiznya, tapi besar juga saiz predator bird ni. 
 Lepas sarapan barulah Abby dah warming up dan ada mood manja-manja dengan salah seorang guide resort RJ. Seronok juga tour naik bot je dekat sungai. Tukar angin dari asyik dalam kenderaan atas jalan raya.
 Balik ke resort, anak-anak bermain mandi di luar pula. Berehat-rehat petang nanti ada lagi trip naik bot.

HAPPY HOLIDAYS!

Selasa, 27 Disember 2016

Kampung Ketek

  Hari ini masih sambungan kisah Cuti-Cuti Melaka kurang daripada 16 jam. Dari Masjid Kampung Kling (related posting klik sini) kami ingat nak menuju ke Makam Hang Kasturi yang sehaluan dengan Kuil Cheng Hoon Teng. Generasi Ilhan sekarang dah tak berapa tahu Hikayat Hang Tuah dan sahabat-sahabat. Banyak sangat pengaruh characters animation super hero macam Ninja Go dan Pokemon. Jadi untuk menarik minat mereka membaca cerita yang ada unsur-unsur hikayat teladan, tunjuklah tempat bersejarah dahulu. Bila dah pergi, perasaan ingin tahu itu akan berkembang secara semulajadi.

  Menurut signboard terus sahaja ke arah belah Kuil Cheng Hoon Teng, kalau di gambar atas nampak bangunan di hujung macam architecture kuil Cina itu berhadapan dengan Kuil Cheng Hoon Teng sudah. Tidak jauh jaraknya dengan Masjid Kampung Kling. Rupa-rupanya di antara kuil Cina tersebut dan warisan Rumah Melaka Lama tersebut ada sebuah jalan yang juga tersimpan tempat-tempat bersejarah menarik di Melaka. Rumah Melaka lama ini sebenarnya tak perasan jika kita tak berjalan kaki di hadapannya diapit dengan bangunan-bangunan lain yang berukiran pengaruh dari negara Cina kurun dahulu.
  Setelah mengamati ukiran-ukiran atau corak-corak lama di Kuil Cheng Hoon Teng, baru perasan di hadapan kuil Cina ini ada Makam Syamsuddin Al-Sumatrani. Semasa Portugis ingin menakluk kota Kerajaan Melaka pada awal kurun ke-16, Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani adalah salah seorang pahlawan Acheh yang membantu mempertahankan Kota Melaka dengan pahlawan-pahlawan lain. Alang-alang sudah di sini, kami singgah masuk melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani dan kawan-kawannya juga.

  Lepas beransur dari melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ada kami singgah beli air mata kucing di tepi masuk jalan ini seperti gambar di atas. Pengalaman anak-anak kekok minum air dalam plastik pegang biasa. Itulah zaman sekarang kan lebih mudah air paling kurang beli di pasar diisi dalam cawan plastik. Geleng-geleng kepala maknya suruh pegang pun banyak ngomel, macam mana ni nanti air terkeluarlah, macam mana nak peganglah blahblahblah...zaman Tukang Kebun dulu tapau air isi dalam plastik biasa je kan.
  Ikut arah anak panah Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani masuk ke dalam di situlah tersoroknya Kampung Ketek yang sudah berkurun-kurun dibuka sejak zaman Belanda memerintah lagi. Sebenarnya di rumah depan ini adalah muzium boleh masuk dilawati. Jika dibandingkan dengan info blog-blog lalu untuk bertahun-tahun lepas mengenai Kampung Ketek dulunya seperti tidak berpenghuni, sepi sikit suasananya sebab baru dibangunkan semula setelah UNESCO declare kawasan ini sebagai warisan sedunia (rujukan lain klik sini, dan klik sini). Sekarang ini lebih bagus sudah kawasan ini dijagai kerana diberikan care-taker rumah muzium ini duduk berjaga di rumah ini dengan ada annex bangunan di belakang jadi nampak lebih hidup kawasan kampung ini jadi tidaklah nampak lama-kelamaan terbiar begitu.

  Di belakang rumah kampung Melaka warisan ini, telah disambung dengan bangunan baru di belakangnya untuk care-taker selesa duduki untuk kehidupan harian biasa. Semasa kami berlegar-legar di depan rumah ini, ada nenek dan cucu pelawa masuk. Kalau anak nak masuk makcik bukakan pintu depan, baru tadi ada pelawat lain datang melawat. Cuma aku malu tak bertempat sebab kami tergesa-gesa dengan masa yang suntuk nak tinggalkan Bandar Melaka maka terpaksa kami menolak naik ke atas rumah. Tak syok pula kalau pusing-pusing begitu keluar tanpa berkenalan dengan nenek tersebut rasa kurang manis. Berborak sekejap sahaja dengan soalan biasa-biasa seperti asal datang dari mana begitu. InsyaAllah lain kali jika ada rezeki kami datang lawat muziumnya.
 Lalu kami masuk ke dalam Kampung Ketek ke arah kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani. Tiba-tiba si Rayyan ini nak pergi ke tandas pula. Minta tunggu kejap nanti kita patah balik ke tempat penginapan. Tahanlah si Rayyan sekejap. Nasib baik sebenarnya dalam perkarangan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani  ada facility tandas yang boleh digunakan. Nasib si Rayyan baik siap nak keluarkan saham besar pula. Papa Rayyanlah yang meneman sementara Tukang Kebun skodeng tanaman-tanaman penghuni kawasan Kampung Ketek ini. Subur juga pokok limau kasturi, kunyit dan kemuning yang ditanam dalam pasu. Kelihatan sedang menyemai benih-benih bendi dengan beberapa anak-anak pokok bendi sedang membesar di dalam pasu. Tukang Kebun perhatikan pokok kunyit dan limau kasturi adalah antara tanaman popular yang ditanam dalam pasu di kawasan Jonker Walk.

Anak pokok kemuning/Orange Jessamine ( 1pot RM10) ada stok kembali dalam senarai Kebun Bahagia Bersama.

More info on Kemuning/Orange Jessamine klik sini

 Mula-mula tak sedar sebenarnya rumah yang dihujung sekali di deretan masuk ke Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini adalah warisan rumah Munshi Abdullah antara lagenda penulis lama Melayu yang juga pakar dalam beberapa bahasa. Yang itu sahaja rumah berwarna putih di deretan rumah kayu bercat coklat. Ingatkan rumah orang mula-mula sebab ada tilam dijemur di situ. Rupa-rupanya adalah rumah bersejarah juga.
 Kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani amat dijaga dengan baik. Bersih kawasannya dan redup. Selesa untuk beristirehat. Kemas betul Tukang Kebunnya menjaga kawasan ini. Elok pangkasan pokok-pokok buah-buahan nampak cantik versi bongsai. Dekat dengan makam Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini bersebelahan dengan pintu masuk itu adalah pokok melaka. Ketika kami melawat sedang berbuah pokok Melakanya seperti gambar di atas. Bulat-bulat buah melaka berwarna hijau macam kuih onde-onde atau kuih buah melaka. Pokok Melaka daunnya memang mirip dengan pokok petai dan pokok assam jawa. Tukang Kebun lihat di area bangunan Stadhuys besar pokok melakanya macam saiz pokok assam jawa seperti gambar di atas. Elok betul Tukang Kebun Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani memangkas pokok melaka jadi pokok renek. Tahun 2017 akan datang ini lepas habis musim buah assam jawa, nak dipangkas juga kasi renek pokok assam jawa di Kebun Bahagia Bersama tu.
 Di Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh sekarang sedang meriah buah assam jawa sedang bergayutan. Yang teringin nak makan celagi muda, boleh booking pesanan buah celagi muda boleh dipos atau self-collect tetapi kena tunggu tahun depan.

~ 1 kilogram buah assam jawa/celagi muda RM5.00 ~

More info on assam jawa refer to previous postings (click here).
 Selain dari buah assam jawa, ikut musim rezeki Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan anak pokok, pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa.

Pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa juga boleh dimakan dan khasiat yang bagus.

~ 1 ikat pucuk muda daun assam jawa RM1.00 .

~ 1 ikat bunga assam jawa RM1.00 .

~ 1 pot anak pokok assam jawa RM25.00 (self-collect sahaja).

Talian internet tiada jadi email semalam dan hari ini belum dapat terjawab ya. Ini posting dah automatic schedule sebab kami masih di kampung.

Happy Holidays!

Isnin, 26 Disember 2016

Masjid Kampung Kling

  Tempat yang dituju sambil mencari sarapan pada hari kedua kami di kawasan Jonker Walk di Melaka ialah jalan-jalan mencari makam Hang Jebat. Sambil menulis posting ini tanya si Ilhan yang sedang membantu terbalikkan kain yang baru dibasuh, Hang Jebat itu siapa? Ilhan jawab adik-beradik Hang Tuah. Bertuah betul anak ini, bukan adik-beradiklah, sahabat handai Hang Tuah. Nampaknya kenalah Tukang Kebun mencari buku-buku lama kami dalam bilik study atuk Ilhan. Di atas dikatakan makam Hang Jebat tapi kalau baca hikayat atau versi rujukan sejarah rasanya ibarat Tugu.
  Selepas sarapan di Kaya Kaya Cafe di Jalan Tukang Besi (related posting klik sini) kami menuju ke Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas atau juga dikenali sebagai Jalan Harmoni. Dipanggil Jalan Harmoni kerana di jalan ini ada tiga bangunan ibadat berlainan agama berdekatan menunjukkan suasana harmoni masyarakat di sini pelbagai budaya, bangsa dan agama. Sebenarnya malam sebelumnya kami dah berhenti di depan Masjid Kampung Kling dalam perjalanan balik ke tempat penginapan (related posting klik sini). Tapi kami tak masuk di perkarangan dalam masjid walaupun pintu masih terbuka luas sebab waktu pun dah lebih 11 malam. Kami pun terkejut tak perasan rupanya ada masjid dekat sahaja dengan tempat penginapan kali ini. Lain kali jika ada rezeki kami nak cuba pula menginap di tempat penginapan yang menghadap Masjid Kampung Kling ini. Mudah untuk berjalan solat di masjid lebih jelas nak dengar azan. Kali ini masa berjalan-jalan dalam Jonker Walk, minaret Masjid Kampung Kling menjadi landmark untuk memudahkan kami tahu di mana sebenarnya kami sekarang untuk bergerak.
 Yang menarik mata Tukang Kebun ialah mercu pintu gerbang pintu di Masjid Kampung Kling. Tak dapat Tukang Kebun ambil gambar dengan jelas tapi bentuk seperti pasu porcelain rekabentuk Eropah tu nampak sweet sangat. Sangat unik banyak gabungan antara pelbagai budaya atau pengaruh.
 Kami tak masuk sehingga ke dalam bangunan masjid memandangkan pakaian kurang sesuai. Tetapi ada disediakan jubah dan penutup kepala di depan pintu masuk masjid untuk pelancong-pelancong pakai yang ingin mengamati ukiran dalam interior masjid lebih dekat.
 Tempat mengambil wuduk juga sangat menarik reka bentuknya. Sehinggakan Abby yang macam anak koala bear tak lepas dari dukungan papa dia nak turun ke bawah jalan sendiri. Habis si Sumandak ni buli papa dia nak berdukung memanjang masa di Melaka. Kalau papa takde kami keluar, tak berdukung pun. Tengok si Rayyan dan Abby ini geram terbayang-bayang agaknya dalam kepala ingat kolam renang kut. Sikit-sikit pergi dekat, kalau tak dipantau mau dah rendam kaki.
 Selepas melawat Masjid Kampung Kling, kami mencari makam Hang kasturi pula. Dalam kawasan makam Hang Kasturi ada pokok kemboja merah gelap wangi sedang berbunga. Jenis kemboja merah wangi ini ada kami bekalkan fresh cuttings (1 cutting RM15.00).
 Seperti makam Hang Jebat ianya dikelilingi dengan bangunan cuma kawasan makam Hang Kasturi lebih sibuk dan sempit.
 Makam Hang Kasturi berhadapan dengan gambar di bawah ini. Tukang Kebun perhatikan lorong dalam Jonker walk berdekatan dengan Hang Kasturi ini banyak berpusat menjual biskut-biskut tradisional. Banyak juga kedai menarik rasa nak singgah tetapi tak sempat kali ini kerana dah hampir waktu nak check out. Indikator status business level ketika itu.
 Melihat rekabentuk bangunan kedai di depan makam Hasng Kasturi ini mesti dulu adalah antara successful businessman di lorong tersebut. Perbelanjaan mesti banyak nak upah skillworker untuk ukiran dan tiles yang banyak pada zaman tersebut. 
 Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Z di Kuala Muda, Kedah yang berkongsi gambar pokok Dove Tail yang telah berbunga pos dari Kebun Bahagia Bersama ditanam dalam pasu.

 Info lanjut mengenai Dove Tail boleh rujuk posting lepas (klik sini).

 Special offer for January 2017 only , 5 moist bare-rooted Dove Tail for RM10.00 .