Minggu depan Tuan Tanah dan Big Boss balik Semenanjung jadi untuk semua buah limau kami take a break bekalkan specially reserved for them. Yang berminat untuk buat makan-makan atau ada potluck nak buat lauk gulai nangka muda boleh dapatkan stok segar dari Kebun Bahagia Bersama.
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
Our first self-collect day untuk tahun 2017 adalah:
~ 14/15th January 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
Syukur Alhamdulillah dalam setahun pokok tut Buah Limau jenis Tahiti Lemon sudah mula menghasilkan buah. Walaupun agak terbiar tidak dibaja cepat pembesarannya. Pokok Tahiti Lemon ini semasa dipindahkan ditanam bersama-sama mayat itik Muscovy (related posting klik sini). Perlahan-lahan mayat itik tersebut telah menyuburkan pokok Tahiti Lemon tersebut.
Seperti biasa Tukang Kebun tak sedar sebenarnya pokok-pokok Tahiti Lemon yang di area diambil dalam gambar ini sudah pun mula menghasilkan buah. Bila ternampak pokok buah limau telur buaya sudah mula berbuah (related posting klik sini) baru terdetik nak intai pokok-pokok buah Tahiti Lemon pula. Rupa-rupanya dah berminggu menghasilkan buah apabila kelihatan buah-buah besar warna hijau tunggu hari sahaja nak masak. Sebelum bunga Tahiti lemon mekar kelopaknya berwarna Putih, kudup bunganya berwarna merah jambu. Pada awal pagi, wangi bau bunga putih Tahiti Lemon menarik agen pendebungan seperti lebah atau kelulut singgah mengeteh.
Kadangkala pada satu tangkai lemon Tahiti akan menghasilkan dengan satu gugusan beberapa buah Tahiti lemon. Jika nak buah yang besar nasihat kami ialah petik buah yang berlebihan tinggalkan 1 atau 2 biji pada tangkai yang sama. Jika satu tangkai ada buah yang banyak, kemungkinan ada yang saiznya kecil dari biasa.
Kebiasaannya buah yang menerima cahaya yang sekata akan mengambil masa dalam 2 bulan untuk masak bertukar ke kuning. Rasa buah Tahiti Lemon ini memang rasa lemon dan lebih sesuai ditanam di kawasan tropika. Berbanding dengan buah limau telur buaya, buah Tahiti Lemon lebih juicy buahnya macam buah lemon.
Pokok buah lemon tahiti juga boleh ditanam dalam pot yang besar. Bentuk buah lemon Tahiti lebih ke arah berbentuk bulat dengan ada pointy ekor di hujung.
~ 1 pokok lemon Tahiti RM25.00 ~
Buah-buahan yang available juga minggu depan:
~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 (biasanya lebih 2 kilogram).
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 8 biji buah kelapa tua RM10.
Senarai di atas boleh juga dengan penghantaran pos kecuali buah kelapa tua.
Kak punya pokok lemon dah merimba tapi belum juga berbuah...
BalasPadamKalau kakak memang tak tahu nak bezakan mana satu tahiti lemon ke bukan
BalasPadamTengok yg kat tapak tangan tu geram aje:)
bestnya kak... beso2 puas dpt air nya kalau gitu
BalasPadamSalam akk.. Teringin nak melawat kebun akk.
BalasPadamSalam Kak Mala,
BalasPadamBoleh petik-petik daunnya kak Mala buat air rebusan untuk mandi bagus untuk kesihatan.
Salam Bahagia KakZakie,
Lemon memang ada banyak jenis Kak.
Salam Bahagia Dana,
Sumber untuk Vitamin C.
Salam Bahagia LadyBird,
InsyaAllah.