Halaman

Sabtu, 18 Februari 2017

BerBunga-Bunga Katak Puru

  Hari ini mari kita enjoy bentuk bunga pokok katak puru ya. Walaupun nama pokok ini tak indah, bunganya cukup indah diamati.
 Siapa sangka bunga-bunga kecil ini akan menghasilkan buah yang kulitnya macam menggerutu ada mirip macam organ otak kan. Macam organ ginjal juga kan. Mana tau buah katak puru ini sebenarnya terkandung banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan ginjal atau otak kita kan. Pernah dulu terima email yang koleksi gambar buah yang dimiripkan dengan organ manusia yang telah dikaji khasiatnya dan memang telah dibuktikan bagus untuk kesihatan organ yang mirip bentuk buah-buah tersebut.
 Kelopak bunga pokok katak puru berwarna putih. Manakala tengah bunga itu berwarna merah menjadikan mata ini keliru menampakkan bunga-bunga yang kecil itu berwarna merah jambu. Buah katak puru kaya dengan kandungan Vitamin C dan Vitamin A.
 Jika buah katak puru ini dah ranum memang tupai dan burung suka pergi makan buahnya. Yang aneh juga kadangkala Tukang Kebun perhatikan lebih-lebih lagi musim panas, semut-semut suka tebuk isi buah katak puru dan duduk beramai-ramai dalamnya.
 Tukang Kebun ingin ambil kesempatan hari ini untuk maklumkan juga bahawa anak pokok katak puru/nam nam yang pokok buah nadir sudah ada semula untuk yang berminat.

~ 1 anak pokok katak puru RM10.00 ~

6 ulasan:

  1. Ada orang panggil pokok nam nam.
    Banyak khasiatnya terutama untuk pengidap kencing manis,
    darah tinggi dan batu karang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Warisan Petani..
      Bukan buahnya sahaja ada manafaat kan. Pucuk daunnya juga membantu pelancaran air kencing bagi pesakit yang mengalami masalah kesakitan membuang air kencing.

      Padam
  2. Alahai..sdpnye.. sis ade jual buahnye x utk ms ni..tringin sgt nk mkn..
    pkk tu nk beli mcm mn sis..self collect or blh pos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Nur Fathiah.

      Sekarang belum lagi bermula musim buahnya di tempat kami. Masih dalam proses pembesaran buahnya.
      Anak pokok boleh Self-Collect atau dipos.
      Further details boleh email ke kebunkmg@gmail.com.

      Padam
  3. Kakak tak pernah jumpa pokoknya
    Tapi selalu jumpa di blog Dee ini
    Teringin nak merasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Zakie.

      Pokok nam nam ni mudah tumbuh dan tak besar pokoknya. Renek je.

      Padam