Halaman

Selasa, 21 Februari 2017

Water Lettuce

 Sumber organik yang paling mudah nak dapat cepat ialah dari pokok kiambang (Pistia stratiotes) yang berbentuk seperti kubis ini untuk berkebun. Pokok kiambang yang hidup mudah dalam air ini sebenarnya boleh dijadikan sumber makanan ketika gawat. Tak delah rasa sedap. Daun mudanya boleh dijadikan sumber makanan tetapi kena masak dahulu. Selain dari itu ianya adalah sumber semulajadi untuk rawatan pelbagai jenis masalah secara tradisional. 

  Daunnya boleh dilumut halus supaya keluar jus daunnya untuk digunakan sapu luaran badan bagi rawatan pelbagai penyakit kulit contohnya seperti bisul atau syphilis. Daunnya juga salah satu rawatan alternatif sekiranya ada urinary tract infection. Akarnya pula boleh ditumbuk lumat-lumat dan ditempel di bahagian yang melecur panas kena api.

~ 7 pokok kiambang/water lettuce for RM4.00 ~
 Dalam kolam perhiasan sesuai juga digandingkan pokok kiambang dengan pokok keladi bunting dan pokok pandan seperti gambar pertama dalam posting ini. Gambar atas kebun pokok pandan Aunty Janet. Big Boss sedang gali keluar lengkuas setelah bersihkan tempat di atas untuk bahan sup ikan.

~ 1 moist bare-rooted pandan plant RM4.00 ~

 Kiambang juga seperti pandan masuk dalam senarai pilihan untuk '3 plants mix for RM10' (Click Here).

 Terima kasih banyak-banyak kepada Kak S dari Pahang yang berkongsi gambar progress pokok keladi bunting dan kiambang yang telah dipos dari Kebun Bahagia Bersama hidup di kolam Kak S (Gambar ke-3 dan Gambar ke-4).

2 ulasan:

  1. kebun bahagia..
    tengok hasil, hati pun turut bahagia..hehe

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia.

    Syukur Alhamdulillah.

    Memang bila tengok berbuah hasilnya jadi bertambah bahagia hati.

    BalasPadam