Halaman

Ahad, 2 April 2017

Kerepek Ubi Kayu Air Tangan Kanak-Kanak

  Cuti sekolah bulan Mac lalu, permata hati kami Ilhan Mikhail, pertama kali Tukang Kebun kasi cuba tarik sepokok ubi kayu untuk tuai hasil akar-akarnya yang dah gebu. Adalah juga yang terputus akarnya masih tinggal dalam tanah yang Tukang Kebun gali keluar kemudian sementara Ilhan belajar potong rumput buat pertama kali juga. Tapi seronoklah si Ilhan merasa cabut pokok ubi kayu nak kasi keluarkan akarnya.
 Apabila waktu petang dah masuk rumah, hujan pun sudah turun, Tukang Kebun pun hiris-hiris lah ubi kayu yang baru Ilhan tuai untuk digoreng. Makan panas-panas setelah digoreng, empok isinya. Berebut-rebut anak-anak makan.
  Lusanya apabila teringat ubi-ubi kayu yang dituai tak banyak pulurnya bersama-sama dengan Ilhan kami cubalah buat kerepek ubi kayu. Kecil-kecil saiz ubi kayu yang Ilhan cuba hiris pakai penghiris. Kekadang Ilhan yang hiris, kekadang Ilhan yang tolong jaga menggoreng. Itu sebab colourful sikit dan kecik saiz kerepek ubinya. Cuti-cuti Sekolah ini lah pengalaman pertama Ilhan buat kerepek ubi kayu. Banyak juga dapat pengalaman baru untuk Ilhan dengan ubi kayu masa cuti sekolah yang lalu. Kerepek ubi kayu Ilhan yang ranggup licin jugalah dimakan oleh adik-adik. Nasib baik disimpan sikit untuk papa Ilhan kalau tak habis dimakan adik-adik.
  Terjumpa semula rekod gambar bila ditanam keratan ubi kayu di petak ini. Rupanya mungkin dalam bulan Jun tahun lepas. Sekarang ini kalau tak dipagar keratan ubi kayu memang bila keluar pucuk habislah dimakan binatang yang dibela di belakang kebun. Jadi kami tanam dengan keratan ubi kayu yang tinggi-tinggi supaya pucuk yang keluar di bahagian atas masih terselamat kalau malas nak buat pagar.
  Syukur Alhamdulillah boleh hidup juga apabila ditanam seperti ini. Yang pucuk di bahagian bawah memang togel tapi bahagian atas yang leher binatang perliharaan tak sampai selamat dari kena santapan. Memandangkan pokok ubi kayu ini dah tinggi membantu kami untuk dijadikan penahan pagar apabila kami pindahkan sulur-sulur pisang yang masih rendah dan mudah dimakan oleh binatang perliharaan. Baru teringatkan nak buat kiraan berapa usia pokok ubi kayu yang ditanam seperti dalam gambar bawah ini asal posting dari 'pisang tembaga' (related posting klik sini) baru-baru ini. Mungkin ada dalam 8 bulan usia pokok ubi kayu di kawasan ini.
Kalau angsa-angsa ini tak teman di kebun terasa sunyi juga. Jadi tukang kebun kenalah tanam keratan ubi kayu tinggi-tinggi begitu kalau tak memang tak merasalah kami. Habis pucuk-pucuk ubi kayu yang baru keluar dimakannya. Bukan sahaja angsa yang suka makan pucuk ubi tetapi itik dan ayam belanda pun sama pergi makan. Jadi pokok ubi kayu dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang tinggi-tinggi bila ditanam begitu, cahaya matahari pun bolehlah dapat bila kongsi tempat berdekatan dengan pokok pisang.
 Bulan April ini InsyaAllah kami ada bekalkan juga ubi kayu selagi ada.

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 (Self-Collect atau Pos Laju)~

atau

~ 7 keratan ubi kayu baka Sabah RM5.00 (Self-Collect atau Pos Laju)~

Self-Collect Schedule April 2017 (Please email us to confirm the meeting):

~8th (Saturday)/9th (Sunday) /14th (Friday)/ 15th (Saturday)/16th (Sunday)/22nd (Saturday)/23rd (Saturday) April 2017 Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).


4 ulasan:

  1. teringat dulu2 masa sekolah rendah, jual kerepek ubi kayu sambal sembunyi2 dekat sekolah.

    BalasPadam
  2. Salam singgah..Moh ler ke blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Jangan lupa tinggalkan komen tau. Hmm kalau tak kisah masukkanlah blog saya dalam senarai bloglist awak. Huhu

    BalasPadam
  3. sedapnya tgk kepek ubi tuh....

    angsa2 tuh tak penah ke serang akak? dana fobia betul ngn angsa, sbb penah kene kejar n kene cubit ngn paruh dia

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Warisan Petani,

    Saya masa kecik-kecik pula suka beli kerepek ubi kayu.
    Lebih sihat makan dari potato chips sekarang kan.
    Buat sendiri halus-halus ubi kayu pun sedap macam potato chips dan boleh buat pelbagai salut rencah asli.
    Di Jepun sekarang pelbagai kerepek sayur juga sedang commercialise macam kerepek labu atau kerepek keledek.

    Salam Bahagia.

    Terima kasih lawat blog kami.
    InsyaAllah akan kami lawat semula.

    Salam Bahagia Dana.

    Angsa-angsa kami tak serang Dana.
    Manja bukan main.
    Kalau nampak orang bukan menyerang tapi minta makan sebenarnya hehehe...

    BalasPadam