Dah lama tak jenguk di sebelah pagar luar di rumah Big Boss di Kingfisher terkejut tengok pokok puding belacan yang Big Boss bawa dari Sungai Buloh ketinggian pokoknya lebih dari pagar luar. Dahulu masa mengemas pindahkan sulur-sulur pisang di sini tahun lepas kurang dari pembaris panjang. Dalam masa setahun dibiarkan dah tinggi dari pagar. Tambahan pula tanah di sini adalah jenis tanah merah keras. Nampaknya tahun ini tidak perlulah sudah Big Boss pesan bawa balik daun puding belacan untuk buat rendang Negeri Sembilan. Pokoknya pun dah lebat cukup bekalan segar. Lihatlah pelbagai pokok-pokok yang ditanam ala-ala guerilla gardening di luar pagar rumah yang tanahnya milik Majlis Perbandaran Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah sudah pun diterima keizinan MPKK untuk gunakan tanah yang tidak dipakai untuk bercucuk tanam.
Pokok puding belacan juga berbunga dan gambar di atas contoh kudup bunganya sebelum mekar. Pokok puding belacan mempunyai pelbagai khasiat. Salah satunya ialah penawar sembelit dan melawaskan air kencing. Rebus 7 helai daun puding belacan dengan 2 gelas air sehingga air rebusan tinggal 1 gelas sahaja. Tunggu air rebusan suam dan minum. Amalkan di sebelah pagi sehingga sembelit tidak dirasai (dinasihatkan mendapatkan juga nasihat dari yang pakar). Yang nak dapatkan anak atau sedang mengandung elok elakkan, rasanya kalau tak silap macam pernah terbaca artikel penyelidikan yang pokok ini ada unsur natural family planning. Oleh itu yang lain, mungkin bila makan rendang Negeri Sembilan yang banyak bahan daun puding belacan lebih-lebih lagi masa awal minggu Raya boleh kurangkan masalah sembelit.
Info lanjut mengenai pokok puding belacan boleh juga refer posting awal (klik sini).
Yang berjiran tumbuh sebelah dalam pagar pula dengan pokok puding belacan Big Boss di Kingfisher pula ialah pokok daun kadok. Ini pun dibawa dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Hari ini kita tengok kitchen garden Big Boss di KingFisher yang usianya baru nak capai 2 tahun.
~ 1 pot pokok puding belacan RM6.00 ~
~ 1 ikat helaian daun pokok puding belacan RM1.00 ~
~ 7 moist bare-rooted plant pokok daun kadok RM5.00 ~
~ 1 ikat helaian daun kadok RM1.00 ~
Boleh self-collect atau dipos. Ada juga daun-daun lain yang juga kami bekalkan.
Self-Collect This Week:
8th~10th June 2017 Thursday~Saturday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Pantas sahaja permata-permata hati membesar bila tengok gambar mereka pada tahun 2013, sama tahun kami mula bekalkan pokok daun puding belacan sudah hampir 4 tahun. Abang Ilhan Mikhail pun dan 10 tahun sekarang darjah 4 baru menyambut harijadinya hujung bulan lepas. Pertama kali sudah pandai bagi hint teringin hadiah apa. Nasib benda yang senang dicari iaitu finger spinner yang sedang popular dengan anak-anak zaman sekarang. Kek harijadi yang dipilih pun bentuk finger spinner perisa yam.
mula2 ingat msk puding apa lah siap boh belacan lg... rupanya pokok puding tuh... ingat puding yg dessert tu hehehhe
BalasPadamAda jual kah tu pokok puding belacan.. Harga termasuk postage ke sabah?
BalasPadamAssalamualaikum...boleh nak beli pokok puding belacan tu?
BalasPadamSalam Bahagia Dana,
BalasPadamHehehe...tak taulah kenapa dipanggil puding belacan.
Mungkin dikategorikan sama dengan pokok puding yang ada berwarna-warni tu..
Belacan pula sebab warnanya.
Salam Bahagia Carlz.
Ada kami bekalkan pokok puding bos.
Sepokok RM6.
Ada saiz boleh jimat kos muat kotak prepaid small ke Sabah yang RM27 tu.
Waalaikumsalam Puan Hani,
Boleh jika nak dapatkan pokok puding belacan ini.
Email ke (kebunkmg@gmail.com).
assalammualaikum.... ada jual lagi ke pokok puding belacan ni? kalau ada saya nak beli
BalasPadamassalammualaikum..ada lagi ke jual pokok puding belacan ni? kalau ada saya nak beli.
BalasPadamAssalamualaikum. Masih ada ke anak pokok puding (yg warna merah hitam) untuk rendang negeri sembilan? Boleh post ke Penang?
BalasPadamWaalaikumsalam.
BalasPadamPokok puding belacan masih dibekalkan dan boleh dipos.
Pokok puding belacan ni ada dijual ke? Saya dari Saujana utama
BalasPadamSalam Bahagia.
PadamKami ada bekalan anak pokok puding belacan.
Boleh contact wassup Nizam 0192931340 untuk maklumat lanjut.
Saujana Utama dan Merbau Sempak dekat je untuk self collect.