Halaman

Sabtu, 10 Jun 2017

Raya Sale Spath Lily

 Pokok peace lily juga dipanggil sebagai spath lily. Pokok ini mudah untuk dijaga. Sesuai juga sebagai indoor plant kerana ianya tidak memerlukan cahaya yang banyak untuk hidup. Ianya juga tak perlu tanah yang banyak untuk hidup. Oleh itu, semasa tanam pokoknya tak perlu tutup semua akarnya dengan tanah. Bila tiba musim bunganya, nampak cukup striking warna putih bunganya dan daunnya yang sentiasa evergreen. Gabungan pokok spath lily ini sesuai letak berdekatan kolam, bagi nampak sejuk dan tenang. Kalau nak letak hias dalam tandas pun menarik kerana pokok ini suka keadaan yang kelembapan tinggi.
 Gambar di atas adalah bentuk kemunculan tangkai bunga. Daunnya bergulung-gulung dahulu, mata yang tak biasa mungkin ingat tangkai daun biasa sahaja. Kemudian  gambar di bawah dah mula buka gulungan kudup si bunga dah mula keluar intai dunia luar. Background boleh nampak hasil berbukit kalau memangkas atau bersihkan kawasan pergola ni. Itupun belum lagi selesai semua.
 Bunga jenis spath lily ini ada haruman juga. Bunga yang baru mekar akan bewarna putih, kemudian krim dan yang tua warna hijau pekat.
  Gambar terakhir gugusan pokok-pokok bunga spath lily mekar hampir serentak. 

Yang berminat untuk lihat landskap sesuai dengan spath lily atau cara penjagaan, boleh refer kepada posting-posting sebelum ini (klik sini).
 Sempena bulan puasa dan raya bulan Jun 2017 ini untuk peace lily ini kami buat sale.

~ 3 moist bare-rooted pokok peace lily RM10.00 (harga asal sepokok RM7, jimat RM11)~

Hari terakhir pengeposan untuk bulan Jun 2017 ini adalah pada 19hbJun2017.

Kemudiannya mula pos semula awal bulan Julai 2017.

7 ulasan:

  1. kak ada tanam jenis peace lily ini tapi daun dia jenis panjang sikit. Tak tahu kenapa dia tak mau bunga. Last2 bagi dkat kawan saja. Peace lily Diana ni nampak macam daun bulat dan tebal. Banyak pula bunga...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Diana & family, selamat menunaikan ibadah puasa & selamat hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelang tak lama lagi...SubhanaAllah cantik & subur betul peace lily kak Diana ni...Julie tanam mcm hidup segan, mati tak mau ja ni bunga hihi, dah lama terabai ntah hidup @ tidak dah ni bunga...

    BalasPadam
  3. Assalam Diana..boleh tak email kat saya list benih terkini.sy jga sedang cari corm pokok gladiolus...tq
    teacherhusna@gmail.com

    BalasPadam
  4. Aslm.. Ada lagi tak anak pokok buah naga. nurliliyani823@gmail.com

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Mala,

    Satu perangai peace lily ni Diana perhati diorang suka kerumun rapat-rapat yang rajin berbunga Kak Mala.
    Mungkin sebab peace lily ini gemar kelembapan tinggi jadi bila rapat-rapat sukar sikit udara kering tu yang meriah serentak berbunga.
    Mungkin kalau case peace lily ini tanam rapat-rapat lebih bagus dari jarak-jarak.

    Assalamualaikum Julie,

    Kak dah habis raya baru sempat nak jenguk comment ni.
    Tak sempat pula nak wish Julie sekeluarga ucapan Raya.
    Tahun ni Raya kat mana Julie?
    Peace Lily ni lagi rajin kalau terabai Julie, InsyaAllah masih hidup tu.

    Salam Bahagia Sis Husna,

    Ada kami email.
    Tapi corm pokok gladiolus tiada stock.

    Salam BaHagia.

    Anak keratan pokok buah naga ada stock.

    BalasPadam
  6. Salam Puan. Masih ada benih pokok peace lily tu. Nak dalam 2 pokok. Nak tanam indoor penyeri dlm tandas
    Bole hubungi
    kosong satu dua sembilan tujuh satu dua satu dua lima
    Terima kasih

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Shimi,

    Masih ada pokok-pokok peace lily untuk dibekalkan.
    Info lanjut mohon email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam