Halaman

Sabtu, 26 Ogos 2017

Bunga Jambu Bol

 Dalam pokok-pokok jambu antara yang paling Tukang Kebun suka tengok bunganya ialah pokok jambu bol. Kebanyakkannya kalau jenis jambu air dan jambu batu bunganya adalah berwarna putih. Begitu juga pokok daun salam yang bunganya juga berwarna putih (klik sini).
 Jika warna merah ini boleh dikategorikan masuk warna fuchsia la kan. Syukur Alhamdulillah makin matang sudah pokoknya dan makin rajin berbunga. Cuma sebab terletak di belakang sekali kekadang terlepas pandang buah-buahnya dah masak dah. Binatang lain pula tak menyabar suka gigit sebelum buahnya dah ranum penuh. 
 Suka juga tengok bunganya yang berguguran tu. Menarik contrast warna kelopak bunganya bersama warna tanah ada iras macam musim luruh pula di negara empat musim. Kadangkala jika cuaca elok bernasib baik belum lagi buah yang ada di pokok ranum semua dah mula ada ranting-ranting pokoknya menghasilkan gugusan putik bunga yang baru. Sekarang ni baru lepas musim bunganya, jika ada rezeki, InsyaAllah lagi sebulan adalah buah yang boleh kami rasa jika tak terlepas pandang lagi.

~ 1anak pokok jambu bol RM25.00 ~
 Syukur Alhamdulillah dah masuk 8 tahun sudah Rayyan Haniel semalam. Awal bulan ini demam ke klinik ukur berat dah 17 kilogram. Hopefully next check up di Hospital Serdang cardiologist puas hati dengan pertumbuhan Rayyan and overall health. Wish that you're always in good health and your dreams come true. 

4 ulasan:

  1. kat tempat kak panggil jambu keling. Sedap masam2 manis.

    BalasPadam
  2. Oh lupa nak wish...Happy birthday Rayyan

    BalasPadam
  3. Cantik warna bunga ni. Happy Belated Birthday Rayyan.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak Mala,

    Diana memang suka betul jambu yang rasa masam-masam manis macam jambu keling ni.

    Salam Bahagia Ainniah Zulkefli,

    Menarik warnanya lain dari jenis jambu lain biasanya berwarna putih.

    Terima Kasih singgah, moga tak serik singgah sini lagi hehehe....

    BalasPadam