Gerangan tumbuhan manakah yang menghasilkan bunga warna putih ini yang semerbak di awal pagi menjadi tarikan si lebah yang rajin kumpulkan makanan? Walaupun setangkai menghasilkan gugusan bunga, kebarangkalian supaya buahnya menjadi besar sepanjang tapak tangan mungkin satu atau dua biji buah limau yang akan terhasil dari gugusan bunga setangkai. Semasa tangkai berbunga ianya masih mampu berdiri tegak, lama kelamaan rantingnya lentur jatuh ke bawah kerana tidak dapat menampung buah yang makin besar dan mengandungi jus berkhasiat tersebut.
Selalunya ketika mencari buah limau telur buaya yang ranum, Tukang Kebun kena angkat ranting-ranting rimbun. Ini kerana yang bahagian belah bawah pokok biasanya jika buahnya dah mula nak masak akan baring meranum di tanah macam pemberat yang tidak dapat tangkainya menanggung tergantung di udara. Mula-mula Big Boss agak risau anak pokok limau telur buaya yang ditanam bersebelahan pokok kelapa mungkin tak dapat hidup dengan baik (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah kini makin rimbun dan tidak putus-putus menghasilkan buah (related posting klik sini).
Cemburu agaknya, pokok coconut tersebut pun sekarang dah mula menunjukkan tanda mula nak menghasilkan buah. InsyaAllah akan Tukang Kebun kongsi ceritanya kemudian. Yang berminat untuk tanam pokok limau telur buaya di kebun masing-masing ada stock.
~ 1 tut pokok limau telur buaya RM25.00 ~
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00 (boleh pos laju) ~
~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 (Self-Collect Only) ~
~ 3 biji isi kelapa tua parut RM5.00 (Self-Collect Only) ~
Next Self-Collect Day:
~ 9th/10th September 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (Guthrie Corridor Highway exit Paya Jaras).
Awal bulan ini Syukur Alhamdulillah Abby dah 5 tahun. Kesian masa birthday Abby , birthday girl tak beberapa sihat on 9th August. Birthday girl demam panas kuat. Nak kasi ceria Mama Abby bergegas juga la singgah beli birthday cake dan pensil warna permintaan dah lama serta buku-buku untuk Abby. Tak larat juga nak belek-belek hadiah, esok baru ada mood lepas nenek bagi mandi pelbagai jenis daun termasuk daun limau.
birthday girl... kite blh share bday sama2....
BalasPadamdana nk balik kg lak ujung minggu nih kak... klu tak nk sgt merasa limau telur buaya akak tu
Assalamualaikum Kak Diana & family...
BalasPadamSalam Aidiladha buat kakak sefamily, happy birthday girl buat Abby, semakin comel si Abby ni, rambut ikal mayang tu pun makin panjang, semoga menjadi anak yg solehah & cemerlang dunia akhirat...
Kak Diana buat mandian daun limau tu, utk redakan demam ka? bleh share2kan info hihi....SubhanAllah, cantik betul bunga limau tu, nanti kalo ada rezeki, mau juga Julie tanam pokok limau ni hihi, lagi2 bunga limau ni fav si lebah! bestnya....Happy weekend kak Diana...
Bestnya tengok pokok2 sihat Tu. Happy birthday kepada birthday girl Yang comel tu
BalasPadambaru pertama kali saya tahu limau telur buaya.
BalasPadamterima kasih.
Salam Bahagia Dana,
BalasPadamNext year boleh planning celebrate Birthday sama-sama dengan Abby.
Ada ramai Ayyan boleh bermain sekali ni.
Waalaikumsalam Julie,
Rambut Abby dah tak sekerinting dulu, tapi kekadang masih sukar nak sikat kasi rapi tu.
Mandian daun limau tu kira kasi segarkan badan juga Julie, baunya citrus tu kan selalu buat kita rasa semangat semula.
Oh Julie ambil campur je petik-petik pelbagai jenis daun limau/citrus yang ada. Sebelum rebus kasi carik-carik atau blender dengan air pun boleh. Kemudian kumpul airnya tu didih. Pastu adjust air jadi jangan terlampau panas sangat untuk kasi tuan badan tak sihat tu. Bagi rendam tuan badan demam tu dengan air rebusan tu.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Terima Kasih sudi tinggalkan jejak di sini.
Moga kita dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Salam Bahagia Adam,
Ada juga panggil limau kerbau ni hehehe...