Halaman

Khamis, 16 November 2017

Kids Snorkeling Pulau Kapalai

  Selepas dari daratan besar Semporna kami ke Pulau Mabul sampai dalam masa tengahari (related posting klik sini). Lepas makan tengahari bermula aktiviti snorkeling yang pertama. Tempat untuk aktiviti snorkeling yang pertama ialah di kawasan Pulau Kapalai yang berdekatan dengan Pulau Mabul.
 Untuk Ilhan yang berumur sepuluh tahun ini bukan pengalamannya yang pertama snorkerling. Thanks to my sisters pernah bawa si Ilhan pergi Snorkeling sama-sama di Tunku Abdul Rahman National Park berikan keyakinan si Ilhan suka snorkerling. Walaupun Ilhan belum belajar berenang secara formal tapi Ilhan dah boleh terapung menggunakan life jacket sambil berenang. Tak sabar-sabar si Ilhan nak turun ke laut ikut makcik-makciknya.  Dah tak tengok belakang pun, parents yang masih sibuk uruskan adik-adik nak masuk ke dalam laut.
               
 Yang perlukan persediaan mental dan emosi kali ini ialah adik-adik Ilhan si Rayyan 8 tahun dan si Abby yang 4.5 tahun untuk masuk ke dalam air laut yang masih gelap untuk jinakkan snorkeling. Biasanya suka main di persisiran pantai si kecil dua ni. Untuk keselamatan pelancong snorkeling yang lain, bot ada tempat had tertentu boleh berhentikan pelancong untuk turun sementara mereka tunggu. Ada juga bawa pelampung bulat dan jacket pelampung untuk Rayyan dan Abby, tapi belum lagi papa Abby prepare tiup angin ke dalamnya. Mama Abby pun dah lama tak snorkeling jadi seperti si Ilhan tak sabar-sabar jugalah nak masuk dalam air laut tu. Syukur Alhamdulillah ramai yang dapat bantu turunkan dua anak-anak ini dalam laut yang masih gelap dalam. Adik perempuan Tukang Kebun yang bongsu juga patah balik datang membantu sebab yang adik lagi satu boleh tengokkan si Ilhan. Sebab ada lagi satu keluarga dari negara China yang ada kanak-kanak, maka tinggal spare satu pelampung dari bot bahagi bersama kami. Nasib baiklah si Rayyan dan si Abby ni kurus jadi mereka boleh sumbat dalam satu pelampung. Papa Abby kena tinggal dalam bot dulu masih sibuk baru nak urus barang-barang anak dia, nak betulkan masklah baru terhegeh-hegeh. Ada remaja guide seorang juga yang jaga sisi pelampung sebelah sementara Tukang Kebun tarik mereka berdua ke tempat yang lebih cetek bila dah malas nak tunggu papa Abby masih atas bot.
 Beginilah keadaan awal rupanya, adik beradik ni membelakangi antara satu sama lain. Pegang rapat dengan pelampung. Sempat jugalah mereka nampak seekor penyu sedang berenang-renang sementara kami bergerak berenang ke tempat yang cetek. Di kaki anak-anak ni pun ikan dok pusing-pusing berenang. Cuma lain kali kena belikan mask yang proper, beli yang kat supermarket nampak je comel segala tapi tak praktikal. Untuk kanak-kanak lebih baik bawa sendiri, sebab kebiasaannya tiada saiz yang sesuai nak dipinjam. Macam Ilhan dia mudah sikit sebab cepat tinggi, saiz tapak kaki pun dah sama dengan Tukang Kebun. Bolehlah pakai mask dan flipper orang dewasa.
 Lepas Papa Abby dah turun ke laut, giliran papa Abby pula jaga si Rayyan dan Abby dengan ditemani guide remaja kami. Kalau mask yang dibeli elok padan dengan si Rayyan dan Abby ni pasti lebih seronok untuk mereka. Itu je lah kekurangan pengalaman percubaan pertama aktiviti snorkeling si Rayyan dan si Abby. Tapi mereka berdua sporting juga ikut je lah terapung kena tarik sambil kedua ibubapa menikmati pemandangan dasar laut. Takde buat perangai merengek-rengek, Syukur Alhamdulillah mereka yakin yang mereka selamat dijaga.  Kalau ikutkan hati nak juga pergi diving sebab alang-alang dah dekat pun dengan Pulau Sipadan tetapi takde siapa pula nak babysitting anak-anak ni. Sementara menunggu mereka besar boleh juga sertai aktiviti diving sama kita kasi mereka biasakan dengan snorkeling dulu. Elok jugalah pengalaman ini mereka tak panik walaupun berada di laut dalam. Cuma nanti bila Ilhan dah belajar berenang secara formal bolehlah masukkan dia untuk ambil lesen diving. Jika ada rezeki boleh si Ilhan ikut teman makcik-makciknya yang rajin pergi diving.
 Abby dan Rayyan dah dalam jagaan papa mereka bolehlah Tukang Kebun enjoy bebas snorkeling dengan Ilhan dan Sumandak. Terima kasih kepada adik Tukang Kebun ada kamera waterproof bolehlah kami rakamkan memori ini sambil snorkeling. 
 Semakin dekat dengan resort semakin cetek airnya dan visibility untuk lihat hidupan dasar laut lebih terang. 
 Nak kata resort Pulau Kapalai ini atas pulau tidak juga. Cuma kawasan air di sini cetek jadi boleh buat pembinaan resort di atas laut. Jika ada budget lebih, mungkin lebih seronok menginap di Pulau Kapalai ini berbanding Pulau Mabul. Perairan berdekatan Semporna ini memang rata-rata ada kawasan yang airnya cetek disebabkan itu tiada bot-bot besar yang dapat lalu.
 Seronok juga kalau kita dapat duduk di atas resort ini di bawah air lautnya ada pelbagai jenis hidupan. Bila-bila je boleh pergi snorkeling atau main air.
 Bilalah ada rezeki lagi nak bercuti di Pulau. Setakat ini belum lagi ada rancangan. Ada teman-teman lain yang akan bercuti ke Pulau hujung tahun ini? 
 Sekarang ada stock biji benih bunga campur-campur French Marigold dalam original packaging ya.

~ 1 pek anggaran 3ml (lebih 50 biji benih) RM18.00 ~


Rabu, 15 November 2017

NightLife in Tabin

  Hujung bulan Jun 2017 kami menginap di Tabin WildLife Resort selama 3 hari 2 malam. Jadi setiap malam ada night walk. Nak kata walk pun takdelah sebab naik small open truck ikut jalan kelapa sawit setiap malam. Kemudian ada juga lah satu night walk dekat resort jalan kaki. Syukur Alhamdulillah ada rezeki juga terserempak dengan 2 ekor leapord cat atau kucing hutan. Yang pertama kali terserempak tak sempat ambil gambar sebab terkejut tiba-tiba dia keluar muncul sebelah truck. Leapord cat tu pun agak terkejut, dia reverse masuk semak balik. Yang gambar atas ambil dari zoom jauh ini memang macam territory dia main sini sebab guide selalu suluh cari dia ni. Ada juga macam nampak bayang musang juga celah pokok-pokok kelapa sawit. Kawasan berdekatan pokok kelapa sawit ini biasa banyak tikus sebab tu pelbagai jenis predator tikus pun gather di kawasan ladang kelapa sawit.
 Kebanyakkan gambar ini pun gambar yang adik Tukang Kebun ambillah sebab kamera dia lagi power. Tukang Kebun camera dah macam nazak bilalah dapat budget tukar baru. Antara sebab kurang mood nak update blog. Lagipun kawasan Tabin ini malam sejuk, anak-anak pun biasanya dah terbuai-buai lena, tangan ni penuh dengan anak-anak minta kena hug kesejukkan sambil duduk naik open truck. Elok pakai baju tebal sikit masa night walk. Walaupun pakai dah baju lengan panjang dan jacket masih lagi rasa sejuk. Makin gelap makin sejuk rasanya. Beberapa kali juga nampak beberapa spesis enggang sedang tidur atas pokok. Sebagai contoh Rhinoceros Hornbill di gambar atas. Waktu senja seronok juga tengok jenis red flying squirrel besar melompat macam terbang jauh dari satu tempat ke satu tempat. Boleh tu terbang macam jarak lebih 50 meter tengok. Besar jenis tupai ini sebab dari jauh pun nampak besar.
 Kawasan Tabin ini memang banyak habitat jenis burung-burung helang. Banyak sungguh agaknya sumber makanan mereka di sini. Burung belatuk juga ada nampak kelibatnya. Di Tabin ini memang macam syurga buat peminat burung, pelbagai jenis spesis burung ada. Burung enggang sahaja ada beberapa jenis spesis berlainan yang dapat dilihat terserempak dalam sehari. Burung Kingfisher pun ada beberapa jenis, termasuklah burung helang dan lain-lain. Biodiversity untuk satu keluarga burung amat tinggi. Kali ini lawatan di Tabin, Tukang Kebun sempat tengok 2 jenis ular, seekor sedang berenang dalam air yang lagi seekor duduk camaflouge atas pokok.
 Masa NightWalk di celah-celah daun kecil pokok yang renek kekadang terserempak jenis burung saiz kecil jadikan tempat berteduh. Begitu juga katak dan serangga-serangga yang lain.
 Rilek je Buffer Fish Owl ini bertenggek atas pokok tak gerak-gerak walaupun banyak mata-mata yang sibuk memerhatikannya.
 Pelbagai penghuni kecil yang dijumpai ketika berjalan kaki pada waktu malam di Tabin. Sentiasa bawa lampu suluh gelapnya sungguh.
 Yang nak pokok instant dah berbunga dan besar tinggi pokok susun kelapa ada stoknya. Jika ada balcony cerah nak tanam dalam pasu kasi semua passerby nampak pun cantik rasanya. Kalau tanam dalam pasu bila cuci beras/sayur/ikan boleh siram dekat bekas pokok. Pokok susun kelapa ini tak tamak air sangat jadi tak risaulah kalau 3 hari takde di rumah nak siram.

~ 1 bekas bunga susun kelapa single-petal RM7.00 (Self-Collect Sahaja)~

~ 1 bekas bunga susun kelapa multi-petal RM9.00 (Self-Collect Sahaja) ~

Next Available Self-Collect Day : 2nd/3rd December 2017.

Selasa, 14 November 2017

Pulau Sibuan Semporna

 Pulau terakhir yang kami singgah sebelum kami bergerak semula kembali ke Tanah Besar Semporna ialah Pulau Sibuan. Di Pulau Sibuan ini ramai pelancong singgah sebab di sini bagi mereka yang tak terlibat dengan aktiviti snorkelling atau diving adalah lebih terlibur kerana boleh mandi air yang cetek terutamanya kanak-kanak riang.
  Kemudian ada juga mereka yang baru nak belajar diving juga buat latihan di sini. Yang bimbangkan keselamatan, di sini ada beberapa pegawai keselematan atau ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) berpusat bertugas meronda di Pulau ini untuk memastikan keselamatan pelancong dan rakyat Malaysia. Pada Raya Aidilfitri hari ketiga ini, ramai petugas ESSCOM berkhidmat jauh dari keluarga untuk menjaga keselamatan negara. Bukan sahaja di Pulau Sibuan ini tetapi di pulau-pulau lain juga yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Buhay Dulang (related posting klik sini) ada pegawai ESSCOM yang bersedia berkhidmat untuk pastikan mereka yang berada di Tanah Sabah ini selamat dari penceroboh-penceroboh mengancam keselamatan negara. Keselamatan kawasan perairan di Sabah ini memang diambil berat seperti Cuti-Cuti Malaysia kami menyusur Kinabatangan juga di resort kami ada base pegawai-pegawai ESSCOM yang setiap hari meronda Sungai Kinabatangan dari perkara yang tidak diingini (related posting klik sini).
 Yang dewasa dah kepuasan rendam dalam laut. Tapi kanak-kanak riang macam Rayyan dan Abby di sinilah mereka mula seronok sebab tak perlu takut air dalam boleh bebas bermain sepenuhnya.
 Di Pulau Sibuan ini ada jugalah perkampungan kecil etnik Bajau Laut seperti gambar sayup background di bawah. Seganlah sampai nak pergi masuk kampung orangkan. Tidaklah seperti di Pulau Tatagan (related posting klik sini). Ada kala kanak-kanak Bajau Laut di sini menjual juga buah air kelapa muda. Kecil-kecil lagi dah pandai pakai parang kopek kelapa untuk pelancong-pelancong minum, anak sulung kami si Ilhan pun kopek kulit bawang terkial-kial lagi bila disuruh. Anak-anak Bajau Laut ini seperti gambar di atas kecil-kecil lagi dah berdikari. Jika diperhatikan dengan betul-betul gambar di atas sebenarnya kanak-kanak perempuan tersebut sedang mendayung sambil menjaga adiknya yang dalam linkungan setahun usia sebab masih lagi dia bawa berdukung sana sini di celah ramai pelancong. Di Pulau Sibuan ini juga pelancong dapat mendekatkan diri dengan penduduk etnik Bajau Laut.
 Ilhan di sini sibuk berguru belajar berenang dengan guide bersama-sama menjaga kami. InsyaAllah kalau rezeki masa ada dikurniakan, Tukang Kebun kata hujung tahun ini cuba masukkan kelas intensif berenang. Ilhan kalau pakai jaket keselematan dah mula berani berenang-renang sendiri. Rayyan pula di Pulau Sibuan ini baru ada keyakinan main terjun-terjun dari bot sambil pakai jaket pelampung. Berani juga tu walaupun Tukang Kebun pun tenggelam kedalaman sebelah bot diorang main naik terjun. Lagipun Aunty Kesayanagan mereka ada juga tengok-tengokkan.
 Bulan Disember 2017 ini, InsyaAllah ada tinggal limited baka jenis jagung pulut lagi.

~ 1 pek jagung pulut kuning RM3.00 (baka Sabah)~

~ 1 pek jagung pulut putih RM3.00 (baka Sabah) ~

~ 1 pek jagung pulut hitam RM20.00 (baka Jepun original packaging) ~



Isnin, 13 November 2017

Nenas Madu Sabah berbuah dalam bekas teman KBB

 Tumpang Bahagia kami apabila Teman KBB berdekatan di Lembah Klang TTDI juga memberikan khabar berita yang bekalan sulur nenas madu Sabah yang diambil 19hbJun2016 tahun lepas dibela dalam pasu akhirnya telah menghasilkan buah di tamannya. Tukang Kebun pun tak pernah cuba bela dalam pasu pokok nenas jadi excited sangat bila dengar sulur tersebut telah membesar menghasilkan buah.
 Kemudian tambah berita gembira lagi dari Teman KBB yang di Lembah Klang berdekatan Puchong memberikan khabar berita bahawa biji-biji benih yang dibekalkan dari KBB setelah disimpan lebih dua tahun dalam peti ais dapat masih bercambah dengan baik. Antara yang muncul adalah biji benih bunga sweet pea, asparagus, kapas dan kacang hijau. Kami doakan supaya kesemuanya memberikan hasil yang gembira kepada gardeners yang menjaganya.
 Buah Nenas Madu Sabah ini memang kesukaan sekeluarga. Abby seorang pun boleh habiskan sebiji. Harga Buah Nenas Madu Sabah pun makin meningkat kerana kemanisannya yang semulajadi. Kebun Bahagia Bersama buat harga istimewa sulur-sulur Nenas Madu Sabah sehingga 31hb Disember 2017.

~ 3 sulur nenas madu Sabah RM5.00 (valid till 31st December 2017) ~

 Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ni buah rasa manis enak sekali, sebab air hujan tidak berlebihan dan pokok pun tak berapa kekurangan air. Bak kata orang Mat Salleh just right lah water quantity yang diterima secara semulajadi. Buah pun tak berair lebih but still juicy and super sweet. Yang tak sempat nak buat pesanan buah kuning telur dan buah ciku hujung minggu baru-baru ini, InsyaAllah awal bulan Disember akan datang ini masih ada lagi.

 Aduilah masalah angsa-angsa di kebun ini suka sangat makan batang pokok daun halia/lengkuas termasuk jugalah Tukang Kebunnya pokok kegemaran Borneo Beehive Ginger ini. Tukang Kebun suka sebab bukan sahaja ianya pokok herba tapi nampak macam pokok hiasan dengan kon yang muncul keluar dari tanah warna merah macam beehive. Kemudian di celahnya sisip bunga sebenar yang mekar.
More info on Borneo Beehive Ginger (Click Here).

~ 1 set rhizome Borneo Beehive Ginger RM25.00 ~

Ahad, 12 November 2017

Gong Kampung Sumangkap

 Pada bulan Ogos lalu, ada Tukang Kebun sempat pergi ke Kudat ada jemputan dari Jawatankuasa Kampung yang menganjurkan Pesta Lokan. Supaya tak kalut, kami turun sehari sebelum acara perasmian pesta lokan tersebut. Dalam perjalanan mencari tempat penginapan, hujan pula dah mula rancak. Ternampak kawasan kampung yang telah dijadikan sebagai kawasan pelancongan atas initiatif kerjasama komunitinya. Kampung ini terkenal dengan pembuatan gong dikenali dengan nama Kampung Sumangkap.
 Tak sempat juga nak menjelajah betul-betul kali ini sebab keadaan cuaca yang tidak beberapa menginzinkan. Yang tak dapat bawa balik gong besar, jangan hampa ada juga gong yang saiz mini mampu milik juga dijual sebagai cenderahati dalam anggaran RM10 satu seperti gambar-gambar di atas sebagai kenangan.
 Sepanjang jalan utama Kampung Sumangkap ini ada beberapa kedai dan bengkel yang pelancong boleh berhenti melawat. Cuma kalau dah hujung jalan tu sikit lagi masuk kebun getah orang, patah balik lah. Di depan kedai/bengkel pembuatan gong ini juga mereka rajin hiasi bukan sahaja dengan pokok-pokok hiasan tapi ada juga dengan pokok makanan macam cili dan betik.
 Banyak spot menarik di Kampung Sumangkap ini untuk bergambar, cuma kali ini tak berkesempatan sebab cuaca tak mengizinkan. Maka sini Tukang Kebun kongsilah pukulan gong oleh kampung yang menjemput kami untuk meriahkan acara Pesta Lokan yang diadakan kali kedua. Ikut ethnic dan kawasan bilangan gong dan rentak irama ada perbezaannya. Itulah keunikan tanah Borneo ini.


12hb Ogos 2017 Pesta Lokan kali kedua di Kampung Kopunadan, Daerah kecil Matunggong, Kudat pukulan gong untuk mengiringi penari-penari menari menghiburkan tetamu dan memeriahkan acara.


 Syukur Alhamdulillah acara berjalan lancar dan ramai pengunjung memberikan sokongan serta memeriahkan acara. Harap Tuan Rumah tak serik mengajak kami lagi untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Lokan yang ketiga kali.


Syukur Alhamdulillah tahun ini Tukang Kebun dapat berkenalan dan beramah mesra dengan ramai penduduk di kawasan Kudat. Warga emas sungguh banyak memberikan sokongan bila ada acara keramaian sebegini. Sebenarnya lagi warga emas, lagi mereka ini best dresser Tukang Kebun tengok dan sangat sporting melayan generasi yang lebih muda. Kekadang mengubat rindu kepada arwah nenek

 Trip ke Kudat yang awal tahun ada Tukang Kebun saja gedik mohon izin ambil biji benih kenangan ulam raja dari lawatan ke Kudat. Tukang Kebun semai biji benihnya, sebab kesibukan tak rajin ambil pucuk-pucuknya dan mula meriah hasilkan generasi baru seterusnya. Yang berminat ada biji benih segar ulam raja dalam stok kami sekarang (semoga boleh kongsi rezeki derma semula kepada penduduk kampung).

~ Anggaran 30 biji benih ulam raja organik RM1.00 ~

 InsyaAllah awal bulan Disember 2017 akan datang ini ada juga biji benih padi kampung jenis padi sawah dan padi huma yang baru mula dibekalkan oleh kami. Mana tau ada yang nak tanam padi di depan rumah seperti gambar di bawah.
 Saja-saja letak gambar si Abbiyana dan si Rayyan selfie menunggu di Kota Kinabalu International Airport bulan Ramadhan yang lepas. Kesian diorang dua ni selalu kena tinggal dengan nenek bila Tukang Kebun ke Kudat. 

Rabu, 8 November 2017

EggFruit Season

 Syukur Alhamdulillah bulan November 2017 ini kembali musim buah kuning telur. Ianya juga dikenali sebagai "EggFruit" juga. Sesiapa yang mengidam untuk mendapatkan buah kuning telur atau buah mentega ini, jika Self-Collect cuma weekend ini sahaja kami available. Pos Laju juga boleh dan hari Isnin depan sahaja kami dapat pos untuk bulan November ini. Pertengahan bulan November hingga awal Disember 2017 kami akan berehat (much needed rest).

~ 1 kilogram eggfruit RM5.00 ~
 Bagi pokok jenis egg fruit tidak mengambil masa yang lama untuk berbuah, kebiasaannya dalam 4 tahun ianya sudah berbuah dari benih ya. Sebagai contoh pokok egg fruit seperti gambar di atas walaupun batangnya masih halus sudah mula berputik bunga dan berbuah. Ini hasil pemerhatian sebenar dari kami dari benih yang bercambah sendiri, akhirnya tak sampai 4 tahun ianya telahpun menghasilkan buah ranum. Ini baby hidup sendiri ya, tak pernah diberikan makanan dan minuman, semua mother nature yang provide. Bagi pertumbuhan yang pantas, pokok egg fruit suka kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang banyak.
 Pokok egg fruit dari pengalaman Tukang Kebun lebih sesuai ditanam dari biji benih bukan dari keratan atau tut. Sebab hasil pemerhatian pokok egg fruit yang bukan membesar dari biji benih adalah lebih menghasilkan batang yang besar tetapi tidak lumayan buah yang dihasilkan. Berbanding dengan dari biji benih buahnya sangat lumayan dan lebih rajin berbunga kemudian berbuah. Jika dari keratan atau tut, pokoknya kalau musim tak menentu, kemarau lama kemudian tiba-tiba hujan ribut selalu rebah jadi pokoknya kerana akar yang tidak kuat serta tidak dalam/shallow roots.
 Pokok kuning telur dari biji benih adalah kegemaran anak-anak Tukang Kebun panjat. Sedangkan Abby yang 5 tahun juga mudah panjat pokok kuning telur. Terutamanya semasa melarikan diri dikejar oleh ayam belanda di kebun belakang. Batang-batang pokok yang tidak besar memudahkan anak-anak pegang dan panjat pokok kuning telur. Anak-anak sekarang boleh latih tolong ambil buah-buah eggfruit yang dah ranum atau tolong lenturkan batang-batangnya ke bawah.

Info lanjut mengenai pokok eggfruit boleh baca di posting lepas (klik sini).

 Jangan keliru dengan bentuk buahnya seperti mangga juga daun pokoknya macam daun mangga. Musim buah kuning telur juga biasanya lebat. Dari berputik bunga sehingga buahnya membesar ranum biasanya ambil dalam masa hampir 3 bulan. Kami juga bekalkan anak pokok buah kuning telur. Juga keratan buah naga.

~ 1 pot anak pokok kuning telur RM15.00 ~

~ 1 keratan buah naga RM10.00 ~
 Eggfruit juga adalah sebenarnya tergolong dengan keluarga buah ciku. Jika tanah anda sesuai tanam ciku, maka maknanya sesuai jugalah tanam pokok eggfruit. 

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
Self-Collect This Month:

11th/12th November 2017 Saturday/Sunday Morning between (10:00AM~10:30AM) in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras Exit Guthrie Corridor Highway).

Mohon maaf kepada rakan-rakan kebelakangan ini tak sempat nak melawat ke blog rakan-rakan sebab kesibukan dengan komitment yang lain.

Terima kasih kepada semua yang rajin bertanya khabar dan berikan perkembangan bibit-bibit yang diperolehi dari Kebun Bahagia Bersama.