Syukur Alhamdulillah bulan November 2017 ini kembali musim buah kuning telur. Ianya juga dikenali sebagai "EggFruit" juga. Sesiapa yang mengidam untuk mendapatkan buah kuning telur atau buah mentega ini, jika Self-Collect cuma weekend ini sahaja kami available. Pos Laju juga boleh dan hari Isnin depan sahaja kami dapat pos untuk bulan November ini. Pertengahan bulan November hingga awal Disember 2017 kami akan berehat (much needed rest).
~ 1 kilogram eggfruit RM5.00 ~
Bagi pokok jenis egg fruit tidak mengambil masa yang lama untuk berbuah, kebiasaannya dalam 4 tahun ianya sudah berbuah dari benih ya. Sebagai contoh pokok egg fruit seperti gambar di atas walaupun batangnya masih halus sudah mula berputik bunga dan berbuah. Ini hasil pemerhatian sebenar dari kami dari benih yang bercambah sendiri, akhirnya tak sampai 4 tahun ianya telahpun menghasilkan buah ranum. Ini baby hidup sendiri ya, tak pernah diberikan makanan dan minuman, semua mother nature yang provide. Bagi pertumbuhan yang pantas, pokok egg fruit suka kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang banyak.
Pokok egg fruit dari pengalaman Tukang Kebun lebih sesuai ditanam dari biji benih bukan dari keratan atau tut. Sebab hasil pemerhatian pokok egg fruit yang bukan membesar dari biji benih adalah lebih menghasilkan batang yang besar tetapi tidak lumayan buah yang dihasilkan. Berbanding dengan dari biji benih buahnya sangat lumayan dan lebih rajin berbunga kemudian berbuah. Jika dari keratan atau tut, pokoknya kalau musim tak menentu, kemarau lama kemudian tiba-tiba hujan ribut selalu rebah jadi pokoknya kerana akar yang tidak kuat serta tidak dalam/shallow roots.
Pokok kuning telur dari biji benih adalah kegemaran anak-anak Tukang Kebun panjat. Sedangkan Abby yang 5 tahun juga mudah panjat pokok kuning telur. Terutamanya semasa melarikan diri dikejar oleh ayam belanda di kebun belakang. Batang-batang pokok yang tidak besar memudahkan anak-anak pegang dan panjat pokok kuning telur. Anak-anak sekarang boleh latih tolong ambil buah-buah eggfruit yang dah ranum atau tolong lenturkan batang-batangnya ke bawah.
Info lanjut mengenai pokok eggfruit boleh baca di posting lepas (klik sini).
Jangan keliru dengan bentuk buahnya seperti mangga juga daun pokoknya macam daun mangga. Musim buah kuning telur juga biasanya lebat. Dari berputik bunga sehingga buahnya membesar ranum biasanya ambil dalam masa hampir 3 bulan. Kami juga bekalkan anak pokok buah kuning telur. Juga keratan buah naga.
~ 1 pot anak pokok kuning telur RM15.00 ~
~ 1 keratan buah naga RM10.00 ~
Eggfruit juga adalah sebenarnya tergolong dengan keluarga buah ciku. Jika tanah anda sesuai tanam ciku, maka maknanya sesuai jugalah tanam pokok eggfruit.
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
Self-Collect This Month:
11th/12th November 2017 Saturday/Sunday Morning between (10:00AM~10:30AM) in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras Exit Guthrie Corridor Highway).
Mohon maaf kepada rakan-rakan kebelakangan ini tak sempat nak melawat ke blog rakan-rakan sebab kesibukan dengan komitment yang lain.
Terima kasih kepada semua yang rajin bertanya khabar dan berikan perkembangan bibit-bibit yang diperolehi dari Kebun Bahagia Bersama.
Tlg simpan 1 biji/ 1 anak pokok dari bijinya untuk sexy eh. Tak sempat nak kejar hari isnin ni. Takpe, sexy tunggu pertengahan disember/ awal 2018. Jangan lupa benih blue crossandra k. Selamat berehat (walaupun tugas kita tak pernah habis waima tinggal dalam gua, minyak angin n balm panas utk sakit urat dilupa jgn. he2).
BalasPadamWah...sihat2 dan cantik hasil kutipan.
BalasPadamSedapnya.. Rupa dia mmg mcm mangga lah
BalasPadamSalam Bahagia Sexy,
BalasPadamInsyaAllah masih ada rezeki untuk Sexy.
Syukur Alhamdulillah dapat berehat lapangkan kepala.
Balik ini banyak betul kerja yang menunggu.
Salam Bahagia Kak Mala,
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.
Buah canistel jarang kena ganggu atau sengat.
Salam Bahagia sis Mamapp,
Hehehe rupa mangga, tekstur di dalam berlainan.
Saya mau beli biji macam mana caranya..dr kuching sarawak
BalasPadam