Halaman

Selasa, 19 Disember 2017

Jambatan Shinkyo

 Destinasi Jalan-Jalan Jepun pada hari kedua ialah melawat Nikko yang sangat terkenal sebagai kawasan UNESCO World Heritage yang menjadi tumpuan para pelancong dari dalam negeri dan luar negara. Sebelum keluar dari Tobu Nikko Station sempatlah si Rayyan dan si Abby bergambar dulu jadi orang bangsawan zaman dulu.
 Destinasi yang ingin dituju adalah kena lalu dulu jambatan shinkyo. Kalau jambatan shinkyo biasanya ambil masa 20 minit berjalan. Sebab anak-anak ini pace dia lain dan asyik curious je tengok display di luar-luar kedai jadi nak sejam kut sampai jambatan famous shinkyo tu atau dipanggil juga Nikko Sacred Bridge.
 Memang banyak kedai menariklah sekitar kawasan Nikko dari stesen keretapi sampai nak ke jambatan shinko. Sebagai contoh yang menarik perhatian Rayyan yang seni naga ini juga antara masuk dalam senarai tripadvisor attraction sites rasanya. Seni dengan one brush stroke hasilkan lukisan seni naga begitu lah.
 Si Rayyan mood exploring masa nak jalan ke jambatan shinkyo, ini dia hairan bentuk bunga jadi begini. Yang besar tu adalah pokok kekwa hiasan. Kalau musim bunga, Jepun terkenal dengan musim bunga sakura kan. Kalau musim luruh, ikut tempat dalam bulan Oktober-November bagi Orang Jepun adalah musim bunga kekwa (Chrysenthemum). Bunga kekwa dalam bahasa Jepun panggil 'Kiku' juga adalah lambang simbol raja mereka. Zaman student di Jepun dahulu, Tukang Kebun hampir setiap tahun juga pergi tengok pesta bunga kekwa di Yahiko Shrine (aktiviti tahunan kuil ini). Mana tah Tukang Kebun simpan koleksi gambar-gambar pesta bunga tu, jika jumpa InsyaAllah akan dikongsikan. Saiz-saiz bunga kekwa yang besarnya ada besar muka orang. Tiap-tiap tahun banyak pertandingan bunga kekwa.
 Kebetulan salah satu hidangan pilihan buffet dinner malam di hotel Kinugawa Onsen Gyoen pada malam tersebut ada hidangan bunga kekwa yang dalam mangkuk kecil bentuk hati tu. Ada jenis bunga kekwa memang boleh dimakan kelopaknya. Biasanya pokok bunga kekwa ini boleh dilihat di tanam di sampingan tepi batas dekat kebun macam orang Malaysia tanam pokok kari la. At one corner, pokok tetap bila nak pakai tuai kan. Dulu Tukang Kebun ada buat part time mengajar Bahasa Malayia (semua student tua dari Tukang Kebun kebanyakkan warga emas), jadi ada makcik ajak ke rumahnya ajar macam mana nak sediakan juadah gunakan bunga kekwa. Biasa kelopak bunga kekwa ini akan dicelur terlebih dahulu baru letak dressing la. Kekadang boleh juga campur dressing dengan roasted paste sesame seeds (pes bijan panggang). 
 Tukang Kebun perhatikan banyak deretan kedai di Nikko ini suka hias kedai mereka dengan jenis cili ini yang berwarna-warni. Gardeners yang berminat untuk cuba tanam pokok cili seperti ini, Kebun Bahagia Bersama ada dapatkan benihnya dari Jepun Original Packaging 1 packet RM12.
 Belum lagi separuh perjalanan, dah nampak kerusi ambil kesempatan duduk berehat adik beradik ni. Depan kedai ini pula dihiasi dengan pokok bunga French Marigold yang sedang meriah berbunga.
 Bila lalu depan kedai yang ada jual anak patung tradisional dipanggil 'Kokeshi' ni tengok belakang kedai dia yang terdedah menarik pula. Semulajadi dinding batu begitu tak kacau nature dia. Terkejut kat belakang tepi dinding kedai ada pasu ditanam pokok bunga seri pagi masih berupaya berbunga dengan angin mula sejuk ni. Pandai tuannya cara nak bekalkan pantulan haba kepada pokoknya, itu disimpan betul-betul di tepi dinding bangunan yang tak begitu terdedah dengan angin. Ini contoh, bagaimana pokok bunga matahari ditanam dalam pasu sederhana dipasang pancang siap-siap supaya boleh melilit tinggi naik ke atas. Boleh semai anak pokok dalam 4 pokok kongsi satu pokok bagi jarak.
  Yang tertunggu-tunggu biji benih bunga seri pagi Jepun ada stok sudah beberapa jenis. Sebagai contoh gambar di atas adalah seri pagi Jepun jenis Kikyozaki (1 original packaging from Japan RM18.00 while stock last).
 Akhirnya sampai jugalah kami di jambatan shinkyo yang famous di Nikko ini. Dah berjaya sampai ambil gambar kenangan. Sebab Tukang Kebun target masa travel ke Jepun adalah musim luruh jadi mungkin cantiklah nak ambil gambar di shinkyobashi ini sebab ada background kemerah-merahan complement dengan jambatan yang warna merah itu. Antara sebab masuk Nikko dalam Travel Jepun kali ini. Kali terakhir Tukang Kebun ke sini, masa winter season 2006.
 Hai geram betul, beberapa kali ambil gambar tak dapat nak capture warna sungai sebenar in reality yang supposedly lebih kebiruan-biruan. Kami tak posing atas jambatan shinkyo sebab ada yuran tu nak berada atas jambatan ni. Harga total yurannya boleh beli lunch kami.
 Mood dan energy Abby dah makin low ni rambut jadi gitu. Semua anak-anak asyik tanya berapa lama lagi nak sampai kena jalan ni hehehe....belum lagi separuh jalan ooooo....dengan pace ni bila nak sampai. Jika destinasi pertama anda nak ke mouseloum Tokugawa Ieyasu yang popular UNESCO World Heritage Site tu, depan jambatan shinkyo ini lintas jalan ada tangga depan tu daki ya. Kami pergi tempat lain dulu yang paling hujung kami nak lawat sebab nanti patah balik boleh singgah lagi tempat ni.
 Elok jalan depan sikit lagi dari jambatan ini dalam 100 meter ada convenience store family mart. Jadi kami isi perut dululah beli pau kacang merah dengan riceball (budget). Siap ada servis tolong hangatkan riceball dari cashier. Luar convenience store ada meja boleh lepak makan. Siapa nak ke tandas sini pun ada.
 Sudah isi perut, mari kita sambung jalan-jalan. Abby bad mood kena sakat dengan abang Ilhan, pasal muffler je. Bila bad mood jadi alasan nak minta dukung. Convenience store Family Mart sebelah kiri kena lintas jalan.
 Destinasi yang pertama ingin dilawat di Nikko ini dekat sebelah sungai jadi kami ikut je lah sebelah sungai ini sambil menikmati pemandangan.

5 ulasan:

  1. Irihati betul dengan Tukang Kebun bila baca posting2 kat Jepun ni. Saya punya plan nak kesana asik tak jadi je. Last pegi Jepun masa musim luruh 2015. Saya pusing2 kat Kansai region. Miss the place so much. Anyway, all the best to Tukang Kebun and family. Have a good time ya. Cheers.

    BalasPadam
  2. Bestnya jalan2 jepun. Bilalah mama boleh sampai ni. Takpe lah cuci Mata tgk sini pun ok

    BalasPadam
  3. kedai2 kt jepun ni walaupun simple tp dia punya cara display kt luar tu, menarik minat org utk msk n belek barang2nya

    ooo tak tau pun bunga kekwa tu ada yg boleh di mkn... kt mlysia ni tau air teh bunga tu je hehehhe...
    cili api comel2 tu, boleh di mkn tak kak? ke utk hiasan je

    cantik betul bunga seri pagi jepun... ingat sama je mcm kt tmpt kite

    BalasPadam
  4. salams ana,

    cantiknyaaa view....ana study dekat Jepun dulu mesti boleh cakap bahasa jepun:):) akak pon baru balik dari sana, masih tak boleh move on...best:):)

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Annie,

    Lepas ni bolehlah rancang jalan-jalan area Tohoku Jepun pula.Tapi area Tohoku ni lagi awal musim luruh dia berbanding dengan kansai.

    Salam Bahagia Mamapp,

    InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki sampai ke negeri matahari terbit ni.
    Tukang Kebun pun lama menunggu chance nak ke Jepun.

    Salam Bahagia Dana,

    Ya pandai cara mereka susun barang ambil tarikan.
    Ada Dana yang warna kuning atau purple bunga jenis kekwanya.
    Bunga seri pagi Jepun saiz kembangnya besar dan lagi best ada yang kembang sehari suntuk.

    Salam Bahagia Kak Miza,

    Berkarat juga nak bercakap tu Kak Miza.
    Tak sabar nak tunggu update Kak Miza travel ke Japan with family.

    BalasPadam