Selepas menikmati suasana di Kanmangafuchi Abbyss (related posting klik sini), kami mula berpatah balik memandangkan ada dalam 2 jam lagi untuk balik naik keretapi yang terus ke Kinugawa Onsen station tak perlu tukar keretapi. Dalam perjalanan ke kawasan terkenal Nikko UNESCO World Heritage ini nampak banyak pokok renek tepi jalan depan rumah orang yang daunnya sudah tukar kemerahan dipenuhi dengan gugusan buah ala berry kecil. Kecil je gugusan buahnya tapi warna rona ungu berkilatnya tu amat menarik perhatian Tukang Kebun. Terlintas dalam kepala apa pula bentuk bunganya sebelum bertukar ke gugusan berry ungu ini. Tak pasti boleh dimakan atau tidak. Tengok terbiar gitu macam burung pun tak sentuh, mungkin tak agaknya.
Dari Kanmangafuchi Abbyss ikut jalan pintas tak jauh pun pula rasa nak ke Nikko UNESCO World Heritage ini tempat makam Tokugawa Ieyasu dalam 15minit. Kawasan ini Tukang Kebun pernah pergi dengan kawan-kawan Jepun sama program dan sama batch buat master dahulu, mana kami pergi trip release tension nak dekat Viva.
Rinnoji temple sedang renovation duduk dalam bangunan sampai 2019 atau 2020. Siapa nak tilik nasib belakang bangunan Rinnoji temple tu ada.
Ilhan minta ambil gambar depan Stone Dorii Gate tapi kena tunggu pelancong lain kurang sesak sikit kalau tak nampak apa.
Ambil gambar di Cedar Avenue pun menarik juga dengan ada tambahan warna daun merah dari pokok maple yang menyelit semasa musim luruh ni.
Ilhan teringan nak ambil gambar dekat dengan Omotemon (pintu depan) Toshogu sebab ada dua patung besar yang jaga tu. Tapi siapa beli tiket masuk je boleh naik sampai dekat dengan tangga pintu masuk. Harga tiket pun dalam 1500 Japanese Yen ke orang dewasa. Memandangkan papa Abby pun jenis tak berapa minat nak belek-belek hasil seni, tak masuklah kami. Lagipun Tukang Kebun dah pernah pergi jadi tak perlu nak masuk ke dalam. Masih banyak temple yang akan dilawati lepas ni. Harapan Ilhan tertunai juga tu tempat temple lain lagi besar dua dewa ambil gambar nanti. Berapa kali dah Ilhan ajar nama dua dewa tu asyik tak ingat, satu ada kaitan dengan angin lagi satu kilat (Edit: Fujin dan Raijin).
Kalau di Jepun ini jenis pagoda lima tingkat lebih popular design lama. Pagoda lima tingkat juga dipanggil Gojunoto. Menara Tokyo Skytree buat design untuk tahan gegaran impact gempa bumi dia punya konsep ikut binaan Gojunoto di Nikko ini ya.
Di dalam Kebun Bahagia Bersama pun ada pokok pagoda merah kekadang memanggil-manggil makhluk Allah datang kepadanya, maka ia juga dikenali sebagai 'pepanggil'. Pagoda merah ini lagi bertingkat-tingkat banding dengan Gojunoto. Ini jenis pokok tahan lasak. Cuma jangan terlampau kasi baja, nanti mabuk daun dan membiak. Akarnya tu berjalan jauh dalam tanah, jadi tahan dengan cuaca kemarau tanah rendah ni.
Info lanjut mengenai Pagoda merah atau pepanggil ini boleh juga refer pada posting lepas (klik sini).
Sempena Hari Natal dan Tahun Baru 2018 ini, Kebun Bahagia Bersama buat promosi pokok bunga pagoda merah.
~ 3 moist bare-rooted pokok bunga pagoda merah/pepanggil for RM5.00 (promotion valid until 10th January 2018).
For further enquiry email (kebunkmg@gmail.com).
Cantik pokok pagoda Tu sebijik macam pagoda kan
BalasPadamSalam Bahagia Sis Mamapp,
BalasPadamBerpadanan dengan namanya hehehe...