Halaman

Isnin, 1 Januari 2018

Geibikei Gorge

 Destinasi pelancongan yang pertama kami singgah di Negeri Iwate, Jepun tahun lepas ialah Geibikei Gorge. Dah masuk tahun 2018 dah hari ini.
Selamat Tahun Baru 2018.
Apa perkataan sesuai 'Gorge' dalam Bahagia Kebangsaan? 
Bolehkan dikongsi bersama? 
Tukang Kebun tak dapat fikir yang paling sesuai. 
Gaung?
Jurang?
 Berlari-lari kami dari Stesen Geibikei (related posting klik sini) ke tempat naik bot di Geibikei ni dengan salji pertama turun di kawasan ini. Dah lama Tukang Kebun tak berlari gara-gara nak dapatkan waktu naik bot pukul 10 pagi. Disebabkan salji turun di luar jangkaan biasa seperti tahun-tahun lalu, pekerja-pekerja pusat pelancongan ini pun jadi kelam kabut nak sediakan bot yang ada atap. Biasanya jika belum musim salji, bot terbuka begitu sahaja tanpa atap supaya pelancong boleh enjoy pemandangan sekeliling.
 Biasanya musim Salji dalam bulan Disember ke Februari, bot yang disediakan adalah bertutup kaca dan ada meja dengan pemanas (kotatsu). Memandangkan salji yang turun pun agak meriah, pekerja-pekerja sedang berusaha untuk menyediakan bot yang beratap dan bertingkap supaya nanti penumpang dia tak jadi snowman pula. Tapi kotatsu tu takde la lagi tak sempat.
 Memandangkan Geibikei ini terletak di kawasan pergunungan jadi dah penghujung musim luruh, kebanyakkan pokoknya dah botak. Kalau pergi musim bunga dan musim panas, hijaulah pemandangannya. Kalau peak winter, semuanya diliputi salji.
 Bot ride ini ambil masa dalam 90 minit ulang alik dengan jarak lebih kurang 2 kilometer. Bot ini kena dayung secara manual oleh pemandu bot dia ya bukan pakai motor. Gerakkan bot pakai segalah kayu panjang. Tradisional boat ride with nature. Harga ticket untuk orang dewasa 1600 Japanese Yen, Sekolah rendah 860 Japanese Yen dan belum sekolah lagi 200 Japanese Yen macam Abby. Jangan lupa bawa minuman dan snack kalau yang dijangka akan lapar.

 Itik-itik dekat sini jinak-jinak mengekor bot minta belas kasihan bagi makanan. Makanan dia boleh dibeli juga dekat tempat naik bot. Cuma Tukang Kebun pun tak tahu ada jual makanan itik atau ikan kat tempat tunggu tu. Tak tau pula banyak itik dan ikan kat sungai ini jinak minta makan. Ada 2 Japanese ladies yang duduk sebelah Tukang Kebun bagi makanan itik kat Tukang Kebun kata biar anak-anak tolong bagi makanan kat itik-itik yang mengekor. Pengalaman pergi Jepun kali ini terasa sangat betapa pemurah orang-orang Jepun terhadap anak-anak, macam-macam anak-anak ni dapat bila singgah mana-mana dari sampai Airport Narita hinggalah hari terakhir.
 Tengok itik-itik ni mengekor je, rasa rindu pula dengan itik dan angsa di kebun. Masa kami naik bot ni bot penuh dengan penumpang tetapi kebanyakkannya pelancong domestik.
 Naik bot ni tak perlu pakai jaket keselamatan kerana airnya terlampaulah cetek dan arusnya tenang sahaja. Dasar sungai ini berpasir. Sungai Satetsu ni airnya tak lah meradang macam Sungai Daiya (related posting klik sini).
 Lagipun rasanya tempat ini ada masalah 'sedimentation' juga ni sebab tu air sungainya makin cetek. Ini satu masalah untuk kekalkan kawasan ini sebagai geotourism dengan naik bot. Masa musim panas kekadang penduduk kena ambil initiatif gali keluar sedimen yang mendap di sungai ini.
 Masa kami sampai di penghujung tempat berhenti, bot yang berlepas pukul 9AM mula bertolak balik. Yang bot pukul 9AM masih cuma ada atap sahaja, belum dikelilingi dengan tingkap kaca macam kami. Maknanya memang tak sangka salji akan turun dengan meriah pada hari ini.
 Salji pun sekejap turun lebat, sekejap berhenti.
 Ada jugalah sepokok maple yang masih merah menyala manakala pokok-pokok lain semua dah luruh daunnya. Maknanya jika yang nak aim musim luruh peak di Gebikei macam end of October to early November.
 Jika Batu Caves cuaca jadi negara empat musim, macam ni lah juga agaknya permandangannya. Batu Caves kena panjat banyak tangga good exercise. Di sini naik bot menyusuri sungai cari ketenangan. Masing-masing dengan keunikannya.
 Geibikei Gorge ini termasuk dalam best 100 Japan beautiful landscape scenary. Geibikei Gorge ini ada official website dia.
 Siapa yang perlukan luck boleh cuba nasib baling bongkah kayu masuk ke dalam lubang. Bongkah kayu tu kena beli jugalah.
Makin mula meriah balik salji turun.

Pemandu bot pelancong di sini biasanya akan mendendangkan sebuah lagu untuk penumpang-penumpang. Cuma katanya kalau dia nyanyi open air lagi sedap dengar dengan gema dinding-dinding gaung semulajadi ni. Hari ni dalam bilik kaca lah sebab cuaca tak mengizinkan.

Maskot Geibikei nama dia Geibi dekat dah bunyi Abby.
Geibi and Abby.
Gigih betul itik-itik ni masih mengekor sahaja.
 Lepas turun dari bot, teringin pula nak makan ikan salai 'Ayu' salut dengan garam. Ikan sungai ini memang orang Jepun panggil 'Ayu'.
 Salji pertama turun di Gaung Geibikei ini mengingatkan kepada bunga-bunga kemuning yang semerbak baunya apabila gugur. Pokok bunga kemuning ni kan bunga dia meriah dan mekar serentak, bila gugur banyak kelopak-kelopaknya macam salji atas rumput. Anak pokok kemuning ada semula dalam stok Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pot anak pokok kemuning RM10~

Boleh dipos.

Info lanjut pokok kemuning (Orange Jessamine) (klik sini).

 Self-Collect InsyaAllah boleh on 6th/7th January 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm first before self-collect.

4 ulasan:

  1. Cantiknya pemandangan di sana.. Salam Tahun Baru Diana.. kalau akak ada tinggalkan komen bermakna akak guna laptop.. smartphone tak menjadi komennya..

    BalasPadam
  2. Selamat Tahun Baru Kak Mar.

    Diana ni pun kebanyakkannya kalau setiap hari ada posting keluar di Kebun Bahagia Bersama itu yang dah auto-scheduled in advance.

    BalasPadam
  3. Ya Allah cantiknya tempat ni. Air jernih sgt dgn itik2 alahai comelnya

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak mamapp,

    Banyak betul itiknya tu, takde yang buru gaknya.

    BalasPadam