Destinasi terakhir kami di bandar kecil Shiogama pada hari kelima di Jepun ialah menaiki ferry di Marine Gate Shiogama untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima menghala ke arah bandar kecil Matsushima pula. Cuma jika anda naik keretapi turun di Hon-Shiogama Station arah jalan ke Kuil Shiogama dan Marine Gate Shiogama ialah berlawanan. Jadi ikut program masing-masing exit keluar dari Stesen Keretapi Hon-Shiogama ialah berbeza. Kalau nak ke Kuil Shiogama keluar entrance 'Jinja Sando'. Manakala Marine Gate Shiogama entrance arah berlawanan dari 'Jinja Sando'. Gambar di atas ialah arah entrance berlawanan dengan 'Jinja Sando' entrance (related posting klik sini). Di sini juga pintu keluar kalau nak ke AEON Shopping Mall Shiogama.
Jarak perjalanan kalau nak bandingkan dari Hon-Shiogama station ke Kuil Shiogama dengan Hon-Shiogama station ke Marine Gate Shiogama, lebih dekat ke Marine Gate Shiogama. Bila nampak Aeon Mall di sebelahnya ada jejantas tinggi. Boleh ikut jejantas tinggi akan bersambung terus ke Marine Gate Shiogama. Pada tsunami 2011 lalu, ramai yang dapat menyelamatkan diri dengan berada di atas tempat letak kereta bangunan AEON ini. Walaupun air ombak tsunami yang datang tenggelamkan dua tingkat bangunan AEON TOWN ini. Mereka yang berada di atas bangunan AEON ini mesti hati nya berdebar-debar menyaksikan banyak benda hanyut di keliling bangunan ini dan adakah mereka selamat berada di atas bangunan ini.
Mengambil iktibar dari kejadian Tsunami yang melanda pada tahun 2011 lalu, mereka telah membina jejantas tinggi ini supaya mereka yang berada berdekatan dengan air laut boleh melarikan diri mereka untuk mengurangkan mangsa tsunami pada masa hadapan. Jejantas ini menghubungi bangunan Marine Gate Shiogama dengan AEON town. Jika lari di atas tanah atau jalanraya ombak tsunami cepat melimpah sekelip mata hanyut. Sekurang-kurangnya jejantas ini dapat membantu memberikan masa untuk berlari ke tempat bangunan awam paling dekat iaitu samaada Marine Gate Shiogama atau AEON mall.
Mereka yang melarikan diri ke tingkat 3 bangunan Marine Gate Shiogama dulu selamat seperti gambar video di bawah. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah membuat jejantas tinggi sebelah laut. Jika diperhatikan dalam video di bawah dulu tiada jejantas. Hanya ada tangga nak naik sahaja masuk bangunan. Air dari ombak tsunami yang datang pun sekelip mata sahaja naik.
Setiap tahun pada hari Isnin ketiga bulan Julai ada festival tahunan besar di bandar Shiogama bersamaan dengan cuti am Hari Marin. Dua bot di bawah ini akan memainkan peranan yang besar dan diapit dengan bilangan bot yang banyak. Bot yang berkepala Phoenix dipanggil Hououmaru dan yang berkepala Naga dipanggil Ryuuhoumaru. Kisah lanjut mengenai festival bot parade ini boleh dibaca dari perkongsian blogger Nusantara pemilik JERFAREZA (klik sini). Nasib tak hanyut bot ni sampai Tanah Besar Amerika masa Tsunami datang. Masih ada di pelabuhan Shiogama untuk pelawat Shiogama nampak.
Video di bawah ini ialah di mana boleh kelihatan ramai berada di atas bangunan AEON mall yang diambil dari bangunan tinggi berdekatan. Boleh juga dilihat landasan keretapi. Juga dari jauh kelihatan bagaimana ombak tsunami melimpah masuk dari tebing tinggi dengan dua bot iconic Shiogama ini terapung-apung.
It felt surreal watching the reality from the video above and looking at how the community managed to revive as best as they can after six years walking along streets where tsunami had caused destruction. Masih lagi kita boleh perhatikan projek-projek di sepanjang tepi laut di bandar Shiogama ini untuk meningkatkan keselamatan penduduknya. Tebing-tebing yang dibina sepanjang perairan sedang dibina lebih tinggi dari sebelum tsunami 2011.
Gambar di bawah adalah bangunan Marine Gate Shiogama yang telah menjadi saksi kedatangan ombak Tsunami 2011. Di dalam bangunan ini juga ada tempat nak makan sambil tunggu ferry jika ada masa.
Tempat beli tiket ferry adalah di groundfloor. Kami naik ferry Asuka yang bertolak pukul 2:00 petang. Sementara tunggu waktu naik ferry kami makan bekalan yang dibawa. Teluk yang di Shiogama ini juga adalah sebahagian dengan Teluk Matsushima. Teluk Matsushima dikatakan adalah termasuk 3 TOP Teluk Tercantik dalam Jepun. Teluk Matsushima ini terdapat beratusan pulau-pulau yang amat kecil. Sebenarnya bilangan pulau-pulau kecil ini lebih banyak sebelah kawasan yang di Shiogama berbanding dengan dekat kawasan Matsushima dalam Teluk Matsushima.
Kebiasaannya pelancong yang melawat Teluk Matsushima jika nak menikmati pemandangan kawasan Teluk Matsushima akan naik ferry hampir sejam dengan ada pelbagai course. Ada yang naik dari Teluk Matsuhima dan turun semula di Teluk Matsushima. Ada yang naik dari Shiogama ke Teluk Matsushima atau dari Teluk Matsushima ke Shiogama. Kami susun program sebelah pagi lawat Shiogama dahulu kemudian naik feri lawat Matsushima pula sebelah petang.
Harga tiket feri dari Shiogama ke Matsushima adalah untuk dewasa 1500Japanese Yen dan untuk elementary students 750Japanese Yen. Kalau naik keretapi dari Hon-Shiogama ke Matsushima Kaigan sebenarnya lebih murah. Memandangkan tak pasti bila ada rezeki lagi nak melancong ke Teluk Matsushima ini kami naik ferry. Balik ke Sendai semula dari Matsushima Kaigan nanti dengan keretapi.
Tetapi if you are really in a tight budget, boleh juga menikmati pemandangan Teluk Matsushima dari laman luar Kuil Shiwahiko (related posting klik sini). Dari sini boleh sudah kelihatan pulau-pulau kecil yang bertaburan dalam Matsushima Bay. Photospot untuk selfie sambil background pemandangan Matsushima Bay.Marine Gate Shiogama tempat naik ferry juga boleh kelihatan dari sini dalam gambar di bawah. Cuma macam ada asap-asap keluar dari beberapa bangunan bawah kawasan rendah ni mengganggu fokus gambar.
Sebenarnya salah satu tempat yang ingin Tukang Kebun lawati di Shiogama ini ialah Shiogama Seafood Wholesale Market di gambar bawah ini. Ingat nak pergi awal-awal pagi lah konon tetapi semua tak terbangun awal masih kepenatan dengan penangan salji pertama Tohoku turun akhir tahun (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah hari kami lawat kawasan Teluk Matsushima ini cuaca baik mudah pergerakan sebab banyak aktiviti berjalan kaki. Cuma kalau naik keretapi ke Shiogama Seafood Wholesale Market ini kena turun stesen keretapi Higashi-Shiogama berlainan stesen dengan nak ke Shiogama Shrine dan Marine Gate Shiogama. Bila fikir jarak jalan kakinya kalau dari Kuil Shiogama pula dengan kanak-kanak riang ini ambil sejam kut. Bas pun tak banyak bila tanya penduduk-penduduk tempatan macam sejam sekali ada. Memandangkan masa kami sampai ke Shiogama pun dah dalam pukul sepuluh rasa tak sempat kalau kami masukkan aktiviti ke Shiogama Seafood Wholesale Market ini sebab masa opening hours pun sampai tengahari dan dibuka awal pagi lagi. Tukang Kebun kalau pergi seafood market sejam pun tak puas kan. Terpaksa drop lawatan ke market sebab fikir masa dan transportation yang diambil. Kalau berjalan without the kids sempat, with the kids mungkin kami tak sempat pula nak ronda di Matsushima pula nanti.
Sebenarnya pelabuhan Shiogama ini adalah tempat dimana banyak ikan Tuna segar dibawa masuk berbanding dengan Tsukiji market di Tokyo. Shiogama ini juga sebenarnya kedai sushi paling banyak di Jepun dalam kepadatan satu kilometer persegi. Sedih tak sempat nak makan sushi di Shiogama sebenarnya. Antara satu sebab kami memilih melawat Shiogama. Memang rasa tak puas lawat Shiogama, jika ada rezeki memang teringin nak pergi lagi. Setengah hari je dapat jalan-jalan ke Shiogama memang tak puas. Tak kesampaian lagi hasrat nak makan sushi Shiogama. Di Shiogama kami tak sempat jalan-jalan cari makan. Sempat tapau buah-buahan je.
Program Half-Day lawat Shiogama (5th Day):
Hon-Shiogama Station (Click Here)
Jalan Belakang ke Kuil Shiogama (Klik Sini)
Shiogama Shrine (Click Here)
Shiwahiko Shrine (Click Here)
Shiogama-Kaido Street and Okama Shrine (Click Here)
Marine Gate Shiogama (This Posting)
Yang mata rambang, susah nak buat pilihan pelbagai jenis bunga seri pagi baka Jepun, ada Original Packaging Japan yang kandungannya untuk jenis Seri Pagi Jepun campur-campur (mix) terkandung lebih 10 biji benih 1pek RM18.00 .
jepun antara negara yg bagus n bersiap sedia dlm menghadapi tsunami...
BalasPadamlangkah berjaga2 yg di buat mmg nmpk teliti n menjadi...
kejenya akak jlnnnn je kt sana je, mmg kene banyak berjln kalau ke jepun tu yek... takde ke gambar psr yg ada jual ikan tuna besar2 tu kak
subhanallah, kejadian tsunami tu mengimbau kenangan :(
BalasPadamTak sampai Hati nak play video tsunami Tu. Tali baguslah diorg Ada buat langkah counters measure
BalasPadamSalam Bahagia Dana,
BalasPadamYa jika di sana safety first yang diberi keutamaan selalu.
Berjalan kaki berkilo-kilometer setiap hari di sini Dana.
Ramai komen bila balik nampak susut sikit hehehe...walaupun banyak makan di Jepun. Tapi balik Malaysia rebound semula.
Gambar ikan tuna besar tak sempat nak singgah Dana.
Kak letak gambar ikan tuna di Pasar Tuaran je hari ni sharing hehehe...
Salam Bahagia Sis Umi Nazrah,
Ya tsunami ini memang menggerikan.
Supaya generasi yang tak pernah lalui ambil iktibar.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Kalau di Shiogama kira tak berapa teruk banding dengan tempat-tempat lain yang kena tsunami 2011.