Halaman

Jumaat, 30 Mac 2018

Kompleks Kuil Chuson-ji

 Bila turun di perhentian bas untuk melawat Kompleks Kuil Chusonji di bandar Hiraizumi, semasa musim luruh disambut dengan hiasan miniture Golden Hall dikelilingi oleh bunga kekwa yang secara tradisi adalah bunga musim luruh di Jepun. Salji pertama yang turun lebat dan lebih awal seminggu seperti kebiasaannya telah mengakibatkan beberapa pasu tumbang. Kesan dari salji pertama yang turun awal tahun lepas juga adalah ketibaan musim bunga sakura tahun ini berbunga seminggu lebih awal dari kebiasaan juga seperti yang dilaporkan oleh sumber berita baru-baru ini. Siapa yang lawat Tokyo sekarang bolehlah menikmati musim bunga sakura. Jika di kawasan Utara Jepun seperti Tohoku termasuk bandar Hiraizumi ini, musim bunga sakuranya dalam 2 minggu lebih lambat sebab cuacanya yang lambat panas sikit. Yang tak sempat lawat Tokyo sekarang tapi rancang ke Jepun lagi 2 minggu teringin tengok sakura yang lebat boleh ke kawasan Tohoku. 
Kompleks Kuil Chuson-ji telah diberikan pengiktirafan sebagai kawasan Warisan Dunia terdapat beribu-ribu artifak di kawasan ini. Nak ke area tempat Golden Hall atau Konjikido tu nak dekat 1km hiking naik bukit juga lah. Starting point bawah replika Golden Hall tu dah mula mendaki.

 Kuat-kuat kaki warga emas Jepun ni sentiasa berjalan kaki gigih untuk versi pilgrimage budaya mereka. Tersenyum mereka melihat kerenah dan gelagat anak-anak kecil sedang mendaki bukit. Ini kekadang yang generasi muda kita pun kalau nak beribadah di masjid, kalau boleh nak parking betul-betul depan pintu masjid. Yang kadangkala mengganggu orang lain. Tempat jenazah van pun nak diambil atau ditutup laluan. Parking macam di rumah sendiri gayanya, tak ingat boleh mengganggu orang lain dengan sifat mementingkan diri. Terdetik juga hati ni kekadang memikirkan elok-elok kita niat nak buat ibadah, tapi perbuatan kita ni buat orang terdoa yang tak elok pula balasannya. Walhal tempat parking yang betul masih banyak lagi kekosongan. Tapi tempat yang tak sepatutnya letak kereta di situlah juga nak parking. Sukar begitu orang Malaysia kita nak memupuk budaya hidup yang sihat.
 Ini kuil pertama yang akan dijumpai dahulu masa naik bukit. Kompleks Kuil Chusonji ni besar dan terdapat beberapa kuil di dalam untuk dewa yang berlainan.
 Di atas kawasan tinggi ini kita boleh melihat sebahagian kawasan bandar Hiraizumi yang sudah mula diliputi salji. Hiraizumi ni pun macam Tambunan (related posting klik sini) juga duduk dalam kawasan lembah di kelilingi banjaran. Kebetulan ada keretapi cargo sedang lalu di landasan keretapi.
 Seperti di Motsuji Temple (Click Here), Di sini pun ada juga Tukang Kebun perhatikan tanaman pokok iris Jepun di tempat berair. Banyak daun-daun maple merah gugur di atasnya. Pokok bunga iris dalam Bahasa Jepun panggil 'Ayame'. Macam pokok bunga 'Sakura' ramai juga orang Jepun suka namakan anak perempuan mereka 'Sakura', nama 'Ayame' juga popular untuk namakan anak perempuan mereka.
Macam karekter Ayame dalam anime Inuyasha episode 83 di bawah. Zaman merantau kat Jepun dulu rajin tunggu depan TV pukul 7:00PM nak tengok Inuyasha.
Jika ada yang berminat nak tumbuhan air yang pokoknya tinggi tumbuh dan bunga kembang besar macam Iris Jepun ini, di Kebun Bahagia Bersama kami buka semula untuk bulan April 2018 ini bekalkan semula rhizome Louisiana Canna bunga warna kuning.

More info on Louisiana Canna (Click Here).

~ 1 moist bare-rooted Louisiana Canna Kuning RM15.00 ~
 Pokok bunga Louisiana Canna ni amat mudah dibela di kawasan tropika. Dah bertahun-tahun terbiar tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. Baka induk yang diperolehi pun memang dibawa balik dari Jepun.
 Geram betul tengok buah-buah pisang kaki yang lebat berbuah di atas pokoknya.
Rayyan dan Ilhan laju je berjalan di depan. Kalau di negara Jepun ni di kawasan macam ini boleh dibiarkan anak-anak pandai-pandai bawa diri walaupun tak nampak bayang. Lagipun pelawat tidak ramai pada hari kami pergi.
Papa temankan ikut Abby punya pace. Pujuk-pujuk untuk jalan kaki sendiri naik berjalan sampai ke destinasi. Mama Abby pun tak overheating badan kali ni hiking (related posting klik sini), sebab cuaca dingin sejuk. 
 Akhirnya sampai juga di Kuil utama di dalam Kompleks Chusonji. Yang ni memang namanya Kuil Chusonji.
 Ramai pelawat Jepun bergilir-gilir khusyuk melengkapkan ibadah kunjungan mereka di sini.
 Berbaloi juga pendakian nak ke sini, cantik sungguh pemandangannyya. 
Masih ada pokok maple yang daunnya kemerahan belum gugur lagi dengan ada salji-salji juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan