Halaman

Isnin, 19 Mac 2018

Tugu Peringatan Mat Salleh

 Cuti Tahun Baru Cina 2018 kami bawa anak-anak jalan-jalan ke Tambunan. Pertama kali kami sekeluarga melawat Tambunan ni. Jarak perjalanan pun sama sahaja dari Kota Kinabalu ke Kundasang nak ke Tambunan ni. Cuma Kundasang lebih popular dan pasti kawasan Kundasang akan sesak pada cuti am long weekend tersebut dengan pelancong-pelancong.Tapi Tambunan juga keindahannya tak kalah dengan Kundasang masing-masing ada keistimewaannya. Jika tidak mahu nak bersesakan masa melawat Sabah pada cuti umum, pergilah Tambunan.
 Antara tempat persinggahan di lawatan Tambunan kami ini ialah Tugu Peringatan Mat Salleh. Tempat Tugu Peringatan Mat Salleh ini ada Penjaga nya juga menjaga kawasan ini apabila waktu buka. Kebetulan kami datang hari Jumaat, lepas tu terpandang pula kepada beberapa pokok-pokok bunga jenis crinum yang tangkainya tinggi baru je lepas kembang. Tak tahu kebetulan ke tidak tersenyum membaca kembali posting lama Kebun Bahagia Bersama yang bertajuk "Suka Kembang Malam Jumaat" (klik sini). Lagipun asal baka pokok crinum species sama yang tumbuh di Kebun Bahagia Bersama juga diambil berdekatan daerah ini juga. Pokok crinum jenis ini bahagia tumbuh dengan penerimaan cahhya matahari yang banyak.
 Rayyan lah setia menemani Tukang Kebun sementara papa Abby masih lagi memujuk dua orang yang grumpy dalam kereta. Eloklah juga bawa anak-anak ke sini untuk lebih mudah mendalami subjek sejarah yang memang akan belajar mengenai tokoh Mat Salleh.
 Top three tallest mountain in Malaysia, ketiga-tiganya adalah di dalam negeri Sabah. Yang menariknya di dalam daerah Tambunan anda dapat menyaksikan dua gunung tertinggi di Malaysia. Yang memang diketahui Gunung Kinabalu paling tinggi, kemudian diikuti oleh Gunung Trusmadi seperti gambar di atas. Bahkan dilaporkan bahawa lebih mencabar untuk mendaki Gunung Trusmadi berbanding Gunung Kinabalu. Ada juga beberapa gunung dalam daerah Tambunan yang boleh didaki selain dari this two majestic moutains.
 Pertama kali cuba serunding Tuhau di Tambunan. Sedap juga. Di Kundasang juga ada jual serunding tuhau ni. Jangan lupa cuba rasa ya. Kalau penat berkebun, sekadar masak nasi panas makan dengan serunding tuhau juga bangkit selera. 
 Di Tambunan ada juga gerai-gerai tepi jalan menjual produk tempatan. Banyak Tukang Kebun beli pelbagai jenis beras tempatan untuk stok dapur ada lebih RM100 belanja untuk beras sahaja. Belum lagi benda-benda lain. Kebetulan bila tengok pisang hijau tergantung atas ni macam familiar je seperti ada koleksinya di Kebun Bahagia Bersama. Bila Tukang Kebun tanya ini pisang kadau ke? Ya betul sekali. Pisang kadau ni mengambil masa lama sikit nak tukar ke warna kuning bila tanya tuan gerai kami sependapat. Takdelah nak kelamkabut habiskan cuma kena sabar. Kulitnya tebal sikit tapi isi lembut. Buahnya sebiji besar cepat juga kenyang. Diameter buah pisang kadau adalah lebih besar atau gemuk dari pisang berangan ya.
 Pisang kadau bentuknya berbulat-bulat sikit kurang bersegi. Perbandingan size buah pisang kadau dengan buah pisang mas di gambar atas. Walaupun setandan pisang kadau sisirnya tak sebanyak pisang mas tapi sama je isipadunya.

More info on pisang kadau (klik sini).
Pisang kadau ni kalau di Sabah ni adik beradik terdekat ialah Pisang raja udang yang kulit berwarna merah tu. 

~ 1 sulur pisang kadau kuning moist bare-rooted RM10.00 ~

~ 1 sulur pisang raja udang moist bare-rooted RM20.00 ~

Bila ada bekalan buah organik pisang kadau dari KBB juga dibekalkan sesisir RM5.00 .

4 ulasan:

  1. Tak nak bawak semenanjung pokok tarap ke ?

    BalasPadam
  2. bgs jgk ke tempat2 tugu peringatan gini utk anak2 yg sekolah, nambah ilmu...

    serunding tuhau tu dana penah rasa.... mula2 rasa mcm pelik lps dh mkn bebrapa kali sedap jgk... pastu rasa ratah gitu je.... sbb ada kwn dulu dia keje kt jupem sabah... tp skrg dia dh pindah semenanjung

    BalasPadam
  3. Baca pasal Tambunan, macam nak ke sana plak suatu hari nanti

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Alish,

    Dah ada dah pokok tarap di Kebun tengah tunggu membesar dan berbuah ja.
    Tapi masih baru nak remaja pokoknya.

    Salam Bahagia Dana,

    Anak-anak mudah lagi nak faham dan ingat jika dibawa lawatan sebegini.
    Kekadang kita dah lupa peristawa tu, diorang yang ingat.
    Makan dengan nasi panas baru masak dengan tuhau serunding memang selera Dana, lagi-lagi kalau baru buat kerja guna tenaga.

    Salam Bahagia Nurhidayu,

    Tak jauh dah Tuaran gak boleh balik hari.
    Bawa bekalan makanan dari rumah siap-siap, seronok berkelah nanti tu.

    BalasPadam