Setelah selesai larian Rail Run Papar 2018 (klik sini), kami bergerak mencari tapak Tamu Papar pula. Rasanya pertama kali sejak zaman dewasa inilah Tukang Kebun jejak kaki ke Tamu Papar. Yang satu kenderaan sama gerak ini lagilah memang pertama kali ke Tamu Papar. Tamu Papar adalah pagi hari Minggu (Ahad). Ada jumpa tapai nasi, apalagi grab lah sedap nampak Big Boss dan Dear Hubby makan. Dear Hubby kata baik Tukang Kebun tak makan walaupun sedap sebab takut perut Tukang Kebun tak tahan. Masakan berpulut adalah salah satu pantang larang Tukang Kebun gara-gara masa zaman student merantau di Jepun dulu tak jaga makan, mudah gastrik. Benda lain takde pula pantang larang, tak taulah kenapa cuma berpulut je tak boleh.
Jalan-jalan dalam Tamu kelihatan beberapa ikat jagung muda yang masih segar dalam kulitnya. Lalu Tukang Kebun berminat nak beli sebab anak-anak suka makan baby corn. Tanya seikat berapa RM2. Pastu kena offer beli 2 ikat RM3. Pastu tukang jual kata ambil 5 kira RM5. Takpelah beli je terus RM5 dapat 5 ikat lagipun satu ikat pun dah banyak. Tahan lama beli yang masih dalam kulitnya itu dari yang dah siap buka bungkus dalam plastik. Boleh tahan 2 minggu juga tu kalau simpan dalam peti ais. Jangan dilupakan yang rebusan rambut jagung juga boleh buat ubat turun tekanan darah tinggi dan gula.
Lepas tu sama gerai jadi rambang mata tengok tembikai pula. Yalah dah puas lari tadi terasa nak benda sejuk dan manis hehehe...Tukang Kebun memang suka tembikai kuning. Belilah sebiji.
Ilhan tanya: Kenapa mama beli tembikai kalau ada pilihan yang ada biji dan takde biji, Mama selalu ambil ada biji?
Mama jawab: Lagi selamat nak makan yang ada biji. Takde genetik pelik-pelik sangat.
Yang kami tertunggu-tunggu mencari sangat dalam kawasan Tamu Papar ini ialah makanan laut. Sebab peminat setia seafood. Ada juga di sini yang jual rumpai laut. Tapi kami tak pandai lagi makan rumpai laut.
Besar-besar ikan bawal di sini. Tapi tak bermusim bagi Tukang Kebun agak mahallah. Seronok si Ilhan ternampak ikan kesukaannya ikan bayan. Ada jenis warna biru atau pinkish. Belilah seekor baru RM10 untuk panggang petang nanti. Tukang Kebun hairan juga lah sebab kawasan pasar basah seafood di Tamu Papar ini agak kecil berbanding dengan Tamu Tuaran. Bila singgah beli chicken wing untuk barbecue petang nanti, rupanya tapak asal Tamu Papar ni tempat lain. Cuma kebetulan tempat kebiasaan Tamu Papar ini digunakan untuk pendaftaran calon-calon pilihanraya ke-14. Agaknya antara sebab kenapa ramai tak menjual kut. Kalau tak lagi meriah dan luas.
Tangkapan paling membahagiakan dear Hubby di Tamu Papar ini ialah udang galah segar. Sepiring udang galah dalam gambar ini baru sahaja RM25. Itu pun setelah setengah goreng kunyit sahaja dan separuh lagi masak lemak cili api juga tak habis. Punyalah banyak bila kira-kira lebih 40 ekor. Kali terakhir makan udang galah yang segar manis begini masa Cuti-Cuti Kinabatangan (related posting klik sini). Bahagia hati si Suami, kalau mengidam nak makan udang galah rasanya sanggup datang mencari di Tamu Papar ini. Kota Kinabalu ke Tamu Papar ni kalau jalan tak jem sangat pun dalam sejam naik kereta sahaja. Sotong segar pun sepiring hanya RM10.
Masa musim pilihanraya lalu rajin pokok-pokok bunga walking iris warna kuning mekar di taman. Pokok bunga walking iris ni sebenarnya tahan lasak sebab dia jenis pokok berubi. Kalau lupa siram masa musim kemarau kalau dia hilang sebab kita kesibukan, jangan panik nanti kembali musim hujan dia naik tu semula kalau ubinya sudah matang. Sesuai untuk busy novice gardener.
Info lanjut pokok yellow walking iris (klik sini).
Di bawah adalah antara contoh pokok-pokok yellow walking iris yang dah merimbun untuk dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama selagi stok sudah ada. Ada juga dalam 1 pot tu ada beberapa pokok dalamnya, kalau nak dibahagikan atau disusunkan kepada tempat lain-lain.
~ 1 pot pokok yellow walking iris RM9.00 ~
Sedapnye masakan udang galah tu
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah segar dan manis hasil dari Papar ni.