Halaman

Isnin, 24 September 2018

Ueno Sakura Light Up Year Round

 Setelah berehat di depan kolam air pancut hadapan Tokyo National Museum (related posting klik sini), kami mula bergerak semula untuk melawat ke tempat-tempat menarik dalam kawasan Taman Ueno ini. Jam juga telah menunjukkan selepas pukul 4 petang dan cuaca pun sudah mula nampak mendung nak senja. Jika nak save budget melancong dalam kawasan Tokyo dengan budget pengangkutan, pergilah Ueno, satu hari pun agaknya tak sempat nak keliling semua kena pilih-pilih sebab banyak tempat yang menarik nak melawat ikut minat masing-masing. Dalam Taman Ueno ini juga ada Zoo Ueno yang salah satu penghuninya ialah panda. Disebabkan itu Ueno ini terkenal dengan souvenirnya ada maskot panda. Tak sempat nak kami pergi Zoo Ueno sebab dah nak masa tutup pun.
 Jalan tanpa rancangan dalam Taman Ueno ini, terjumpa pula Kuil Toshogu sebab ikut direction tulis ada Peony Garden (Botan Garden). Rupanya musim sekarang tidak dibuka Peony Garden tu cuma pada musim bunganya rupanya antara Januari, Februari, April dan Mei. Rupanya banyak juga gambar diambil ada pagoda lima tingkat. Bulan depan ada promosi pokok bunga pagoda merah ya.
 Kuil Toshogu pukul 4:30PM sudah tutup. Nasib fauna kelilingnya banyak menarik mata ketika itu. Yang geram tengok di sebalik belakang susunan street lamp traditional ialah pokok buah citrus yang meriah ranum buahnya.
 Tak kurangnya pokok maple yang menarik mata juga sudah kemerah-merahan menyala. 
 Antara aktiviti waktu senja dan malam di Taman Ueno ialah light up di batang pokok sakura untuk bayangan musim sakura seperti pada musim bunga.
 Sambil tunggu Papa bawa Abby ke tandas awam berdekatan, mama dan heroes mama enjoy tengok gelagat manusia di bawah sakura light up. Mesti cantik mekaran gugusan sakura di sini pada musim bunga sakura. Antara kawasan popular untuk menikmati sakura bersama keluarga pada musim bunganya. Moga ada rezeki lagi nak lawat UENO masa musim sakura pula kelak.
Promosi untuk pokok bunga pagoda merah sehingga 31hb Oktober 2018 di mana 5 pokok moist bare-rooted bunga pagoda merah (pepanggil) for RM4. Pokok bunga ini sangat lasak asalkan akarnya tak kering habis nanti keluar pucuk-pucuk baru. 

More info on red pagoda plant (Click Here). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan