Hari kedua di Bosnia dan Herzegovina, kami menjelajah kawasan barat daya Herzegovina yang salah satunya ialah berjalan-jalan dalam Gua Vjetrinica. Gua Vjetrinica adalah maksudnya juga gua angin. Ianya adalah salah satu gua yang dianggap penting sekali di Bosnia dan system gua ini dikatakan dapat berjalan menghubungi sehingga negara Slovenia dan Croatia. Gua Vjetrinica sekarang sudah dalam senarai percalonan untuk mendapatkan title UNESCO world heritage site. Tukang Kebun pun harap Gua Niah kita juga akan dapat tittle UNESCO world heritage site soon kerana sudah dicalonkan. Pintu masuknya adalah kecilkan, nanti masuk dalam macam dalam sebuah dewan bangunan besar dah dengan pelbagai chamber dan arah.
Teringat berapa kali Tukang Kebun tanya Camil our marvellous guide dari 'Herzeg Day Tours', ok ke tak Tukang Kebun pakai light jacket ni sebab macam ada tempat sejuk je, should I bring a thicker one. Tapi so far reading Tukang Kebun biasanya gua temperature macam constant saja sebab tempat bagus simpan makanan kalau negara Mediterannen. Katanya ok je with light jacket. Cuma dekat dengan muka pintu tu agak sejuk sebab penjelasannya adalah disebabkan pertembungan dua angin dari arah yang berbeza menyebabkan fenomena begitu. Itu yang pada awalnya disuruh diri lama sikit kat area pertembungan tu nak kami rasa perbezaan suhu.
Makin masuk ke dalam gua dah tak sesejuk pada awalnya and comfortable temperature macam kita biasa suka kalau beraircond. Kat atas ini ada replika adik beradik kucing besar untuk bagi gambaran kepada pelancong-pelancong di mana tulang kucing besar dijumpai.
Salah satu kebanggaan dan kepentingan bagi Herzegovina dengan gua ini adalah ianya amat kaya dengan biodiversity fauna. Gambar di atas adalah gambaran binatang hidup atau tulang-tulang yang dijumpai dalam pengambaraan Gua Vjetrinica ini.
Jalan dalam gua ini agak baik cara mereka buat pathway, cuma jangan lupa pakai kasut sukan lah ya lebih baik. Formation dalam dinding gua adalah hasil dari proses luluhawa angin. Sebenarnya kami ni berdua je ambil private tour bersama Camil untuk pakej 'Exploring Vjetrinica Cave Day Tour'. Tetapi kebetulan semasa kami sampai mendaftar beli ticket, ada pelancong-pelancong muda dari Dubrovnik, Croatia pun sampai. Jadi meriah sikit dan dapat berkenalan buat kawan-kawan baru. Camil juga bekerjasama dengan penjaga Gua Vjetrinica pada masa hari tu dengan bawa mereka sekali di dalam gua bersama-sama kami.
Stalactites yang bahagian atas dinding gua tak berapa banyak, kalau stalagmites lagi jarang nampak. Cuma Tukang Kebun perhatikan stalactites formation di sini kebanyakkan berwarna gelap tak biasa macam warna putih salji. Lekuk-lekuk kolam ni menurun ke bawah teringat kawasan air panas di Pamukkale, Turkey.
Ada juga ruangan yang sempit, asyik sibuk ambil gambar nasib baik disuruh pakai helmet. Dong...terlanggar dinding tak sempat tunduk sikit salah perkiraan hehehe...memang akan disediakan helmet dan kena pakai.
Rasanya di sinilah saja antara kawasan stalagmite terbesar yang dijumpai di pathway yang kami ikut. Stalactites di atas masih kecil pembentukannya berbanding stalagmites di bawah. Tukang Kebun memang jalan paling belakang seronok sendiri ambil-ambil gambar dan perhati sana sini amati.
Ada rezeki juga terserempak tengok mahkluk di bawah ini. Tak dapat ambil gambarna dengan jelas sebab gelapkan. Kalau tak suluh lampu pula lagi tak nampak.
Selepas menjelajah dalam Gua Vjetrinica kami pergi tengok muziumnya pula di luar. Di sini adalah ditunjukkan contoh awet fauna yang pernah dijumpai dalam gua ini. Sebagai contoh lintah putih dan labah-labah keputihan. Mungkin dari segi evolutionary, banyak hidupan yang tinggal dalam gua seumur hidup warna putih sebab nak adapt dengan kehidupan harian yang tak dapat cahaya matahari semulajadi banyak sepanjang tahun.
Selain dari pameran fauna, ada juga pameran artifak-artifak yang dijumpai dalam gua tersebut seperti jarum. Maknanya ada zaman, manusia duduk dalam gua ini.
Berdekatan dengan muzium ini ada bekas stesen keretapi dengan masih lagi ada rail keretapi yang sudah tidak digunakan lagi sekarang. Sekarang bangunan tersebut digunakan sebagai cafe atau restoran. Sementara tunggu guide datang ambil, kami berborak dengan penjaga muzium gua Vjetrinica. Katanya dia dulu dilahirkan dalam keretapi sedang bergerak. Orangnya nampak muda tetapi dah lima orang anak dah besar-besar lagi dari anak-anak Tukang Kebun. Walaupun tak berapa fasih Berbahasa Inggeris boleh juga kami sedaya upaya bercerita macam-macam. Tersenyum-senyum si Camil tunggu kami ni kena datang jemput lama benar tunggu tak sampai-sampai kami ini sibuk berborak.
Pemandangan di depan pintu masuk Gua Vjetrinica yang dikenali dengan panggilan Popovo Polje (Priest's Field). Tukang Kebun rasa patut negara kita cuba juga calankon Gua Gomantong untuk dapatkan UNESCO World Heritage Site sebab dia ada element culture juga tu sebab beratus tahun dah etnik tempatan turun menurun ambil sarang di situ untuk barang dagangan. Tambahan pula kita juga kaya dengan biodiversity. Bila pergi jauh pun tanahair masih tetap di hati. Negara Jepun sibuk calonkan pelbagai culture mereka untuk dapatkan UNESCO World Heritage Site. Sebab salah satu faedah bila satu kawasan sudah dapat acknowledgement UNESCO Word Heritage Site akan boost tourism kawasan tersebut.
Bulan Ogos lalu ada buat Photobook untuk Kangaroo Island trip zaman Ilhan dan Rayyan baby, baru teringat gua pertama si Rayyan masuk dalam dukungan nenek ialah di Kangaroo Island, South Australia di Kelly Hill Conservation Park. Gua di kawasan tersebut memang penuh dengan Staclatites and Stalagmites. Cepat betul masa berlalu, anak-anak ni pun pantas membesar depan mata.
Tanamlah pokok mangga yang berkualiti elok macam pokok mempelam telur ni, sampai 3 generasi boleh merasa paling kurang pun.
~ 1 pokok mempelam telur/ pauh ringan RM10.00 ~
Perkongsian tanaman pokok mempelam telur yang telah selamat dipindahkan di taman rakan Kebun Bahagia Bersama di Puchong khabar berita sudah tinggi paras pinggang dewasa. Moga banyak hasilnya setelah pokoknya matang. Terima kasih juga kepada Sis S yang kerap datang self-collect tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.
Seronok dapat masuk dalam gua begini. Semasa umur 20an dulu saya biasa masuk gua Batu Caves kita. Masa itu teruja tengok stalactites stalacmites dia. Sekarang ni macam mana keadaan agaknya.
BalasPadamSyoknya tengok trip diana ni.
BalasPadamBuah pelam telor ni dah susah org sekarang nak tanam. Kalau ada pun yg org dulu tanam punya.
wahhhhh tgk kt luar ingat mcm gua kecik rupanya dlm nya cantik... n terpelihara... kt gua diaorg takde kelawar ye kak? klu tak msti busuk n banyak serangga
BalasPadambanyak betul hidupan kt situ ye... lintah putih tu masih wujud lg ke?
tp bukan lintah yg isap darah org kan kak hehhehehe...
lama tak nampak akak up psl tanaman n buah2 akak... rindu lah
Salam Bahagia Auntie,
BalasPadamTukang Kebun pun dalam setahun berapa kali juga limpas Batu caves. Tapi pernah daki tangga sampai atas hanya sekali di Batu Caves tu pun masa zaman sumandak hehehe.....
Salam Bahagia Kak Mala,
Excited sungguh trip lawat negara balkan ni sampai tak terasa penatnya jadi semangat nak tengok tempat orang. Walhal belum baik sepenuhnya dari demam sampai lupa diri dengan keadaan kesihatan sendiri.
Mempelam telur pula mudah betul beranak pinak di kebun kami ni kak Mala. Senang pula tu tak perlu jaga dibiarkan je pun naik meninggi je. Sampai asyik cabut je anak pokok yang tumbuh sendiri.
Salam Bahagia Dana,
Panjang guanya ni Dana, dingin je rasa di dalamnya. Rasanya kelawar tiada sebab diorang tak dapat gunakan gelombang bunyi dengan baik, sebab bunyi angin yang arah macam berpusaran dalam gua ni. Jadi dalam gua ni bersih je lah sebab tak de bahan keluaran dari kelawar. Kalau ada kelawar nanti lipas pun banyyakkan.
Kebelakangan ni makin tingkat usia anak makin tak cukup tangan Dana.