Halaman

Isnin, 22 Oktober 2018

UNESCO HERITAGE Radimlja Necropolis

  Sebelum tibanya hari bertugas, ambil peluang untuk menambahkan pengalaman dengan hari kedua di bumi Herzegovina, ambil private tour dengan agensi pelancongan 'Herzeg Day Tour' untuk pakej 'Exploring Vjetrenica Cave Day Tour'. Bukan satu hari teroka gua sahaja tetapi melawat kawasan-kawasan menarik sepanjang perjalanan ke sana dibawa oleh local guide yang sangat berpengalaman dan passionate dengan tempat lahirnya. Pukul 9 pagi kami diambil di tempat penginapan dan tempat pertama persinggahan ialah kawasan yang gazette sebagai UNESCO World Heritage iaitu Radimlja Necropolis berdekatan bandar Stolac. 
 Dekat kawasan ini yang banyak tertumpunya batu nissan (tombstone) pelbagai lukisan dipahat di dinding batu-batu tersebut. Semuanya memberi hints dari keluarga yang dari golongan mana. Teringat pula area dekat Pamukkale, Turkey ada juga perkuburan Roman lama yang tombstone dia lebih besar dengan pelbagai bentuk masa lawat sana zaman student dulu. Cuma sejarah asal usul etnik yang amalkan stecak ni masih kabur lagi bagi pengkaji sejarah. Stecak ni sebenarnya terdapat mana-mana juga dekat kawasan Balkan ni.
 Cuma keadaan Stecak di sini nampak dalam keadaan yang tidak berapa baik kerana dah tak nampak jelas gambar-gambar dan mesej yang dipahat di batu tersebut mungkin dari kesan proses luluhawa (weathering).
 Nak masuk kawasan ini kena ada entry fee tapi kami tak masuk cuma tengok dari tepi pagar sahaja. Lagipun ada juga beberapa Stecak yang berada di luar seberang jalan boleh ditengok juga.
 Semasa kami lawat kawasan Herzegovina ini tengah peak musim buah delima. Pergi mana-mana sarat pokok delima dengan buah delima yang telah ranum.
 Hari ini Tukang Kebun kongsi gambar pokok kantan yang bunganya berwarna putih. Tetapi perhatikan betul-betul ya , bunga kantan yang mekar penuh sebenarnya yang ada nampak tak muncung warna krim kekuningan itu? Itulah sebenarnya bahagian kelopak bunga kantan putih yang sedang mekar kembang. Satu tangkai bunga kantan putih ini sebenarnya adalah gugusan bunga yang layer by layer akan mekar. Pokok bunga kantan putih di sudut gambar bawah ini bahagia juga berkawan sesama dengan pokok daun kadok.
More info on white torch ginger (Click Here)

~ 1 moist bare-rooted rhizome white torch ginger plant RM50.00 ~

~ 7 moist bare-rooted wild betel leaf plant RM5.00 ~

Hujung minggu ini InsyaAllah boleh Self-Collect bagi gardeners yang nak ambil sendiri barang yang dipesan pada 27/28 October 2018 pagi antara pukul 9:00AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

InsyaAllah yang teringin nak cuba buah pisang raja udang/pisang tembaga (Click Here) juga ada bekalan.

~ 1 sisir buah pisang raja udang organik RM5.00 ~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan