Halaman

Rabu, 21 November 2018

Herzegovina Belah Bandar Baru Mostar

 Di hari kedua berada di bumi Bosnia dan Herzegovina, kami menjelajah di bahagian Herzegovina berdekatan dengan bandar penuh bersejarah Mostar. Aktiviti pertama adalah mengikuti private tour dengan Herzeg Day Tours untuk pakej 'Exploring Vjetrinaca Cave Day Tour' yang amat seronok sekali bersama tour guide kami Camil. Tukang Kebun syorkan gunakan perkhidmatan Herzeg Day Tours jika nak menjelajah kawasan berhampiran dengan Mostar. Kami booking dua hari tour dengan Camil. Setelah selesai tour hari pertama dan Camil telah selamat hantar kami semula di tempat penginapan, barulah kami ambil peluang pula untuk bersiar-siar di bandar Mostar.
 Kawasan pertama yang kami jelajah di bandar Mostar ini ialah di bahagian bandar baru. Seperti di Sarajevo, di bandar Mostar ini juga ada bahagian old city dan new city. Jika di Mostar kalau kawasan new city kebanyakkannya adalah etnik Croats, manakala bahagian old city majoriti etnik Bosniaks. Sungai yang melalui bandar Mostar ini ialah Sungai Neretva. 
 Di Bandar Baru Mostar ini, menurut Camil ada shopping complex baru buka yang terkini pusat membeli belah paling besar di Bosnia and Herzegovina namanya Mepas Mall. Jika ikut standard di Malaysia pun, yang pusat membeli belah terbesar di bandar Kota Kinabalu pun masih lebih besar lagilah apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Jika nak dibandingkan dengan Pusat Membeli Belah baru di Sarajevo bersebelahan bangunan parlimen (related posting klik sini), pun tak sebesar Sunway Pyramid.
 Tujuan kami singgah masuk pusat membeli belah Mepas Mall ni pun kerana hajat nak tukar duit sahaja ke Bosnian Mark dan mata wang Croatia. Cuma di Bosnia ini kita hanya boleh tukar wang dari mata wang popular ke Bosnia atau mata wang Bosnia ke currency lain. Tidak boleh jika kita misalannya nak tukar mata wang Euro terus ke mata wang Croatia atau negara lain. Jadi kena tukar mata wang Euro/dollar/Japanese Yen ke Bosnia currency, kemudian guna duit Bosnia currency tersebut tukar ke mata wang lain. Jadi processing fees jadi double commision lah ya. Pergi ke local bank di Bosnia pun begitu juga.
 Selepas selesai urusan pertukaran wang, kami ronda-ronda dulu tempat menarik utama di Bandar Baru sebelum berjalan ke arah Bandar Lama pula. Ternampak pula gerai bergerak jual berangan panggang di tepi jalan. Belilah satu pek. Banyak juga sampai 5 hari baru habis jadi sumber tenaga bila sibuk berjalan-jalan masa duduk diam dalam bas.
 Tempat yang biasa pelancong datang nak tengok di bandar baru belah Mostar ini ialah Sniper Tower. Sniper Tower ini asalnya adalah bank yang bangunan bercermin kaca. Sekarang bangunan ini terbiar dan tempat lukisan grafitti.
 Berhadapan dengan bangunan yang sekarang dikenali dengan Sniper Tower juga ada bangunan yang ditinggalkan penuh dengan kesan bedilan peluru. Di sini adalah salah satu titik tempat pertempuran yang genting juga semasa Perang Bosnia dahulu antara dua pihak yang berlainan.
 Berhampiran kawasan ini ada taman Zrinjevac tempat orang tempatan beriadah bawa anak-anak bermain atau pets berjalan-jalan. Yang menarik dalam Taman Zrinjevac ialah ada patung ikut size sebenar Bruce Lee yang pertama di dunia. Bukan di Hong Kong patung pertama Bruce Lee tetapi di Mostar, Bosnia and Herzegovina.
 Salah satu yang menarik masa tengok orang-orang bawa anjing belaan kesayangan di Bosnia ialah banyak jenis breed anjing yang tak pernah dapat tengok di depan mata kalau di Malaysia. Geram tengok lebih-lebih lagi anjing yang gebu-gebu hahaha...sampai tak segan minta bergambar dengan anjing belaan dengan tuannya. Sampai ada anjing tak nak dah ikut tuannya, nak ikut kita pula.
 Bangunan warna terang ini sekarang dikenali sebagai Spanish Square kerana ramai tentera bantuan dari negara Spain semasa datang membantu Perang Bosnia mati bertempur di kawasan ini. Pemandu pelancong kami si Camil kata dulu bangunan ini adalah sekolah dia. Camil kata masa Perang Bosnia dulu dia berusia awal 20-an. Banyaklah Camil dapat berkongsi pengalaman sebenar yang dialami semasa Perang Bosnia yang dia juga terlibat berjuang untuk pihak yang dia sebelahi.
 Ada tugu peringatan nama-nama askar Spain yang menghembus nafas terakhir di kawasan ini semasa Perang Bosnia.
 Antara jenis Zucchini yang kebiasaannya di tanam di Bosnia and Herzegovina adalah jenis Zucchini Italian Strip. Yang ini memang packaging asal yang dijual di Bosnia and Herzegovina yang kami bekalkan. Pokok Zucchini boleh dibela di dalam pasu juga sesuai untuk balcony gardeners atau container gardeners yang ada banyak cahaya matahari sebab bukan jenis pokok merebak menjalar.

~ 1 pek asal dari Bosnia untuk Zucchini Italian Stripe ada anggaran lebih 50 biji benih RM12.00 ~

Info lanjut Zucchini Italian Stripe (klik sini).

4 ulasan:

  1. mcm tak sangka ya dulu bosnia hazergovina ni dulu pernah berlakunya perang yg dahsyat, skrg nampak mcm dh makmur n dh cantik

    sniper towe tu dana ingatkan dpt nama sbb ada sniper yg ddk situ masa perang... bkn rupanya

    BalasPadam
  2. Wah sempat lagi dapat benih dari sana. Dah lama tak tanam zucchini

    BalasPadam
  3. Nanti nak 1 pack ya.. sekali ambil dengan tanah nanti..

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Dana,

    Ya Dana memang betul nama dia sniper tower sebab tempat snipers dulu tunggu nak tembak orang. Asalnya bangunan tu adalah bank dan bergelas kaca.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Kebetulan dapat singgah jenguk kedai hardware. Walaupun macam ayam itik berkomunikasi hahaha....Itu pun puas tunggu panggil mana tukang jaga kedainya takde dalam kedai.

    Salam Bahagia Oked,

    Terima kasih banyak-banyak selalu datang ambil tanah di Sungai Buloh.

    BalasPadam