Salam Ramadhan dan terima kasih banyak-banyak kepada Sis A dari Kota Kuala Muda, Kedah selalu menceriakan hari Tukang Kebun dengan perkongsian perkembangan pokok-pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama ke kebunnya. Kekadang ada rasa malas juga Tukang Kebun nak update posting terbaru, tapi bila lihat khabar berita pokok-pokok kiriman ke kebun Sis A yang subur sekali dijaganya rasa naik semangat semula. Nampaknya adik beradik keluarga Clerodendrum si mekar putih panggilan White Butterfly dan si mekar merah jumpa panggilan Rose Glory Bower di belakangnya meriah berbunga.
Adik beradik pokok Heliconia si Halloween dan si Guyana pun cepat juga merimbun di kebun Sis A. Si Hippeastrum Equestre juga sudah mekar di kebunnyya.
Paling mengejutkan si fragrant Frangipani yellow picotee balinese yang tumbuh dari keratan pun dah tinggi memanjang membesar di kebun ibu sis A. Pokok mawar merah separa memanjat pun bahagia menghasilkan mekaran bunga-bunga di kebunnya.
Bunga Orkid yang tangkai bunganya tumbuh panjang boleh mencapai lebih 1 meter mencari cahaya matahari pun tersenyum mekar di kebun Sis A yang dikenali sebagai spesis Myrmecopila tibinicinis .
cantik2
BalasPadamTumpang Bahagia tengok anak2 pokok dari KBB meriah berbunga di kebun rakan-rakan.
PadamWah menjadi semua orkid tu
BalasPadamOrkid jenis ni mudah nak bela sebab semut rajin tolong bagi baja.
PadamPokok menjadi cantik bermula dari benih yang baik.
BalasPadamSis A ni pun tangan hijau dan sabar menunggu hasil
PadamSukakan nature jg..suka lihat hijau,menenangkan perasaan..done follow dri cikguzim
BalasPadamSalam Perkenalan Cikguzim,
PadamTerima kasih jadi teman baru Kebun Bahagia Bersama.
p
BalasPadamSelamat Hari Raya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
BalasPadamThank you Sis Mamapp ingatkan kami ni walaupun blog ni hiatus dah setahun ketika itu.
PadamSalam Puan
BalasPadamsy berminat mahu beli keratan mulberry putih. TQ ada sy email
Terima Kasih banyak2.
Padambunga elok nian...
BalasPadamFrangipani saya dah dibuang oleh bapa saya....misi mencari semula datang kemabli ni...
BalasPadamPokok ni senang nak bela semula.
PadamDia ni kenapa lama x update perkembangan...sakit ke
BalasPadamMohon maaf sibuk uruskan hal-hal lain.
PadamInsyaAllah kami akan cuba update sekerap yang mungkin.
Ala...rindunya...awak kat mana?
BalasPadamSaya pun rindu Kak.
PadamTerkandas ni kat Kampung.
Selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
BalasPadamSelamat Hari Raya.
PadamMaaf Zahir dan Batin dari kami Kebun Bahagia Bersama.