Percutian ke Jepun kali kedua bersama anak-anak pada bulan Mac 2019 salah satunya nak tunjukkan mereka kawasan gunung berapi yang aktif sebagai contoh tempat pelancongan terkenal di sekitar Gunung Fuji yang dipanggil Owakudani. Boleh juga naik gondola/cable car macam di Pulau Langkawi tu sambil menikmati pemandangan lembah gunung. Jika bayaran single atau couple mungkin murah naik gondola/cable car tapi jika family macam kami ini 5 orang on budget kena skip cable car. Kami ke sini menaiki kereta sewa dan disarankan bertolak awal sebab nanti bertongkol berbaris nak tunggu parking kosong yang ada jaraknya kalau public holiday atau bukan hari bekerja boleh jadi lebih 1 km. Sebagai contoh macam pelancong yang di Kundasang nak lawat ladang lembu DESA tu, kalau musim cuti memang berbaris kereta panjang nak masuk situ boleh tunggu lebih 1km. Advantage kalau peak tourist season nak jimat masa guna cable car lah bagi yang ada budget lebih dan scenic panorama view. Kebetulan hari pertama kami mendarat di Narita airport public holiday. Walaupun hari Khamis, macam di Malaysia mesti ada yang ambil cuti extra jadikan cuti long weekend. Tambahan pula, itu adalah minggu terakhir cuti sekolah di Jepun jadi ibubapa masing-masing sibuk last minute bawa anak-anak bercuti. Tak kira di mana sama ja bak parent Malaysia dan parent Jepun hehehe....kalau orang Jepun tanya bawa anak-anak jalan sebelum cuti sekolah buka ke nak mudah kami iya kan je...hehehe...Sesi naik persekolahan baru jika di Jepun bermula pada awal bulan April yang mana di Malaysia awal bulan Januari.
Syukur Alhamdulillah hari kedua kami di Jepun kali ini cuaca cerah dan kelibat puncak Gunung Fuji kelihatan. Hari pertama belah petangnya area Gunung Fuji dekat Hakone hujan ribut sudahlah nak navigate kereta cari tempat penginapan keliling jalan kampung bukit kecil tu berlingkar tu nak kena fokus betul-betul siap kat tepi jalan terserempak babi hutan saiz besar lagi keluar dari hutan.
Ada juga kuil kecil di kawasan ini kelihatan orang Jepun berbaris ambil giliran cuci tangan dahulu sebelum masing-masing berdoa. Sebelum itu mereka akan membersihkan diri dahulu dengan cara basuh tangan.
Jika kepulan asap yang keluar dari gunung berapi ini terlalu banyak, tempat pelancongan ini akan ditutup sehingga tahap yang selamat.
Jika sampai sini salah satu tarikannya adalah nak merasa telur rebus dari kawasan air panas sini. Papa Abby kata telur rebus paling mahal pernah beli hahaha....yalah kalau dah sebiji telur rebus pun harga RM4.00 . Pastu kami ada 5 orang. Hasil tindakbalas kimia dari mineral dalam air panas menyebabkan kulit telur bertukar jadi hitam, isi dia biasa ja macam kita rebus biasa. Kononnya kalau makan telur rebus ni panjang umur. Pastu telur rebus tu dibagi dengan sepaket kecil serbuk garam sebab orang Jepun style makan telur rebus suka cicah dengan garam untuk sarapan.
Ilhan Mikhail tengok kulit rebus begitu teragak-agak nak makan seperti biasa suruh adiknya testing dahulu. Berebut-rebut pelancong beratur nak beli telur rebus rendam dalam air panas sini punya pasal. Nak ambil gambar dengan telur rebus hitam replica ni pun , kita menunggu giliran beratur dengan tertib tau.
Bila tengok kasut biru Ilhan ni baru teringat dia pakai sekejap je sebab dah tak muat walaupun beli saiz besar sedikit masa ni 1 saiz besar dari Tukang Kebun. Keadaan kasut ni pun masih elok lagi ni, nak kena cari maknanya boleh Tukang Kebun guna sebagai backup untuk aktiviti hiking yang menurun kena tahan kaki elok longgar sikit. Sekarang saiz kaki Ilhan besar lagi dari papa Ilhan. Siap sepasang kasut sekolah lepas PKP tak muat nak dipakai lepas mula sekolah kembali.
Ada limited stok benih padi bukit jika ada yang berminat seperti gambar di atas:Bokilong (research article link)
Pandasan (research article link)
Lantai
1 pek berharga RM3.00 .
Boleh pesan directly wassup contact 019-293-1340.
Bagi kawan-kawan yang nak self-collect boleh ambil barang pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh pada 6/12/13hb September 2020 pada pukul 9:00 pagi.
telur rebus tu unik bebeno kak oi... cantik pemandangan gunung berapi tu dari jauh
BalasPadamSalam Bahagia,
PadamTelur ayam biasa bila rebus dengan air panas kawasan gunung berapi tu jadi kulitnya warna hitam tapi isi macam telur rebus biasa bentuknya.
Yang jauh tu Gunung Fuji, Gunung berapi juga tapi lebih dormant.
Bestnya pengalaman di negara matahari terbit!
BalasPadamSaya belum berpeluang jejak kaki ke sana!
Mudah-mudahan ada rezeki suatu hari nanti.
Salam Bahagia Kak Amie,
PadamInsyaAllah mudahan ada rezeki suatu hari nanti jejak kaki di tanah Jepun.
Teringin mama naknoergi jepun tapi takpelah layan gambar je kat sini dulu
BalasPadamSalam Bahagia Sis Mamapp,
PadamKami pun berbulan juga buat planning internery ke Jepun ni. Bolehlah buat wishlist tempat2 yang diminati dulu sementara masih belum bebas keluar negara.
Salam Bahagia Diana,
BalasPadamBudak2 sekarang pun cepat matang juga sebab banyak informasi secara online dan pendedahan lebih banyak.